Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sabtu, 31 Disember 2011

Memburu IMPIAN 1


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.....
Bersama RAFAKkan rasa syukur pada DIA Maha Kuasa.

Misi memburu IMPIAN.
Apakah impian KAMI??


?
?
?
?
?


HARUSnya memiliki TERATAK KASIH ABADI, Kediaman untuk membina keluarga sakinah mawaddah wa rahmah. Dan alhamdulillah DIA permudahkan urusan KAMI. Namun ianya tidak semudah yang di kata. (^_^)

Agak panjang pemburuan kami sebelum ini. Dari satu rumah ke satu rumah. Menjelajah dan meneroka rumah UNTUK DIJUAL. www.mudah.my menjadi platform pencarian. Ada yang mahal, sederhana dan murah harganya. Semua tertakluk kepada BAJET sendiri. Mudah kata UKUR baju badan sendiri.

Dan setelah hampir PATAH SEMANGAT untuk meneruskan misi ini. KAMI bercadang untuk menyewa sementara waktu.  Lalu DIA 'hamparkan' kepada KAMI rumah dengan kos mampu bilik, dengan keluasaan yang memuaskan, kawasan kejiranan yang baik, persekitran yang sole, kemudahan yang banyak dsbnya.

SYUKRAN tidak terhingga kepada IBU & AYAH yang banyak berusaha dan membantu KAMI dalam misi memburu IMPIAN. Dari awal lagi, ibu dan ayah banyak memberi bantuan dan sokongan. Dan penemuan rumah ini juga merupakan antara usaha mereka inginkan yang terbaik untuk anak tersayang dan MENANTU serta cucu-cicit yang bakal hadir nanti.

Sesungguhnya, adik SAYAANNNGG ibu dan ayah sangat-sangat.  



Insyaallah.... akan menjadi TERATAK KASIH ABADI KAMI

[Pandangan dari depan: Boleh memuatkan dua buah kereta]


 [Pintu masuk utama]


 [Ruang tamu yang luas: Boleh dibahagi dua untuk ruang tamu dan ruang makan]

[Bilik utama; Sederhana luas]

 [Bilik utama yang disertakan bersama bilik air]

 [Bilik kedua; Bersebelah bilik utama]

 [Bilik ketiga; Berdekatan dapur]


[Tandas kedua; Di bahagian dapur rumah]


[Ruang dapur; Keluasa yang sederhana]

[Ruang luar; Untuk ampaian baju]


Urusan jual beli sudah pun 'ON'. LOAN sudah diluluskan, menanti untuk menandatangani SNP. Dimaklumkan oleh En. Tunang dalam 5k diperlukan untuk bayaran peguam+SNP. Jumlah yang tidak kurang banyaknya kerana dalam masa yang sama banyak duit yang diperlukan untuk urusan perkahwinan. Namun YAKIN, insyaallah membina sebuah PERKAHWINAN akan dilimpahkan dengan kemurahan rezeki. Pasti ada jalan untuk 'masalah' ini.


p/s: hati ini tak sabar masuk rumah sendiri... suda VERANGAN mahu mendeco-deco.

Jumaat, 30 Disember 2011

Rumah Idaman



Melihat pada sticker di atas yang  membuatkan hati 'gerun'. Rupa-rupanya sedikit sahaja berbaki hari untuk bertukar status Cik kepada PUAN. Dalam persediaan mendirikan RUMAHtangga pelbagai perkara perlu diselesaikan. Dan setiap pasangan mempunyai KEUTAMAAN masing-masing. Hasil perbincangan '2 hala' maka keputusan dibuat. Priority KAMI adalah memiliki RUMAH IDAMAN.

Apakah RUPA rumah idaman KAMI??
Jom terjah tengok...

1) Rumah pokok
  

2) Rumah terbalik

3) Rumah tergantung

4) Rumah terowong

5) Rumah bergerak

6) Rumah ais


Macam chomel jaaa rumah-rumah di atas tapi yang palingg Cik Nisa berkenaan dan menjadi IDAMAN kalbu adalah rumah di bawah ini.

Sila menunduk.... lihat ke bawah.


Soomellll, kalerful.
Nak...nakk...nak macam nihh. 

Selasa, 27 Disember 2011

Perfect 2



"Kita tidak perlu mencari seseorang yang SEMPURNA dalam membina BAITUL MUSLIM unggul, kerana kehadiran kita yang akan menYEMPURNAkannya. Dan kita tidak perlu terlalu memikirkan ketidaksempurnaan diri kerana kehadiran dia bakal menyempurnakan kita".  (nisa, 2011)

Ahad, 25 Disember 2011

SUAMI SOLEH dambaan ISTERI



Suami sebagaimana yang sebenarnya dimahukan oleh seorang isteri? Kali ini disenaraikan ciri-ciri suami yang amat didambakan oleh isteri di luar sana.




1 – Sedia mendengar
Seorang isteri sebenarnya mahukan suami yang sedia mendengar cerita dan keluhannya.


2 – Sentiasa menambah ilmu rumahtangga
Bukankah suami itu pemimpin bagi isterinya? Sebagai seorang pemimpin, suami wajib memberi bimbingan dan memberi pendidikan kepada isteri dan seluruh ahli keluarganya agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan.


3 – Menghargai
Mulakan dengan perkara kecil seperti ucapan terima kasih semasa isteri menyediakan kopi di waktu petang hari atau memuji masakan isteri yang sememangnya sedap.


4 – Tidak sentiasa menyalahkan
Sewaktu ternyata isteri tersilap, suami sebaiknya janganlah terus merungut, marah-marah dan terus menyalahkan hingga mencalarkan emosi pasangan. Daripada menarik muka masam, ada baiknya minta penjelasan daripada isteri tentang mengapa ia berlaku sambil memberikan nasihat. Jangan lupa tetap memberikan senyuman.


5 – Mampu menahan marah
Orang yang mampu menahan marah itu adalah orang yang kuat. Sekiranya suami bersikap panas baran, ia hanya akan menyemarakkan sikap bermusuhan dan rasa tidak puas hati di pihak isteri.


6 – Sayang diri sendiri
Sayangi diri dengan menjaga kesihatan, pemakanan, meluangkan masa untuk bersenam, mendapat tidur yang cukup serta tidak merokok.


7 – Boleh menerima pendapat isteri
Walaupun suami berperanan sebagai ketua keluarga, namun itu bukan bererti suami boleh bertindak sewenang-wenangnya atau membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan atau pendapat isteri.


8 – Pulang dengan senyuman
Tekanan di tempat kerja selalunya membuatkan suami stres. Begitu juga jika seharian melakukan kerja yang meletihkan di tempat kerja. Tetapi tidak perlulah perasaan itu dibawa kembali ke rumah. Tinggalkan masalah pejabat di pejabat sahaja. 


9 – Romantis
Memang agak sukar mengharapkan suami meluah dan menunjukkan rasa sayang serta cinta pada isteri setiap hari, tapi sekurang-kurangnya suami mempamerkannya pada hari-hari istimewa sang isteri


10 – Membantu urusan rumahtangga dan anak
Walaupun sekadar menyidai kain di ampaian, bantuan seperti itu sebenarnya amat dihargai isteri. Ingat, isteri bukan hamba suaminya. 


11 – Tidak cerewet
Menurut satu kajian, suami yang baik adalah seorang yang mudah, ringkas dan tidak cerewet terutama sekali dalam bab makan minum dan sebagainya. Sifat-sifat demikian akan memmudahkan isteri untuk melaksanakan tanggugjawabnya sebagai seorang isteri.

Sabtu, 24 Disember 2011

UlangBULAN ke-5


Dapnya.... nyum..nyum...
Famous Amos sempena ulangbulan ke-5.

>>Rajin btui dok kira naa.. <<


TERIMA KASIH buat awak..

Terima kasih daun keladi,
Nanti-nanti bagi LAGI.


d'KHITBAH


Alhamdulillah..
Dengan KEIZINAN-MU,
Terjalin satu IKATAN yang mengikat dua hati,
Moga-moga dipermudahkan urusan mendatang.

23 DECEMBER 2011
Genab 5 bulan pertunangan antara KAMI
Maka status telah siap sedia BERTUKAR.



Pelbagai reaksi...
Pelbagai persoalan....
Semuanya menyerang bertubi-tubi
Kiri, kanan, depan dan belakang.


Jawapannya: BIARLAH RAHSIA.
Sampai tepat waktunya pasti semua dijemput.
Terima kasih atas semua ucapan...


Apakah PERASAAN ini???

Rabu, 21 Disember 2011

CAvenzi

Assalammualaikum....


Di bawah ini terdapat entry berGAMBAR. (^_^)


SET BILIK TIDO



HALL DIVIDER


HALL DIVIDER GAK


>....SEKIAN...<



Ok3, Cik NKS nak tanya sesiapa ada pengalaman membeli barang3 di Cavenzi??
Ok tak barang3 dia, berkualiti, tahan lama??
Ecehh3, apakah MAKNA ini??


{Nantikan ceritera seterusnya... slow-slow kasi suprise}

Isnin, 19 Disember 2011

I PROMISE


3 HARI LAGI???
3 HARI LAGIII???
3 HARI SAHAJA LAGI???




Lagi 3 hari masa untuk menunaikan JANJI.
Even bukan sebuah janji sekalipun,
 Sudah sampai WAKTUnya.

Telah siap menjalani tempoh yang separa MATANG.
Perjalanan sebuah TA'ARUF.
Hampir melepasi UJIAN khitbah.
Sedikit masa lagi perlu berTAHAN.



Alhamdulillah..
Merasakan sudah sampai masanya
Untuk memaklumkan STATUS diri  yang terus menjadi tanda ???
Supaya tidak wujud lagi LAMARAN tidak berbalas.


Bakal bertukar status pada tanggal 23 December 2012.



YA ALLAH, lindungilah kami dari hasad dengki manusia. Peliharalah ikatan khitbah yang terjalin antara kami. KAU satukanlah kami dalam ikatan yang SAH. Moga kami terus diJAGA dalam rahmat dan kasih sayangMU. Amin..


p/s: nakkkkk lambatkan lagi boleh tak?? agak3 nak seminggu lagi kawen baru gtaw. hihihi.

Jumaat, 16 Disember 2011

Checklist untuk Bakal Pengantin




LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
•Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
•Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
•Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
•Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
•Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
•Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
•Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi pengantin lelaki:
•Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.


LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
•Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
•Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
•Membeli cincin kahwin.
•Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
•Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
•Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
•Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
•Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.


TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
•Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
•Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
•Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:
•Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
•Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)


DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Membeli barang kemas
•Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
•Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
•Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)


TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:
•Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).



TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:
•Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:
•Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)



PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki
•Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•Cincin / gelang tangan / rantai.
•Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
•Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.



PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
•Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
•Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.



TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

•Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Aku yang akan KAU KAHWINI




Aku Yang Akan Kau Kahwini Adalah Wanita Biasa
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,yang sangat jauh dari sempurna.

Karenanya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah..
Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bunda khadijah,
karenanya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.

Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
karena bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..
Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti
–insya’Allah-.



Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.

Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana…

Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan karena ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,

maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya.

Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.

Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,

tegurlah aku dengan hikmah,
karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian,
dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah..

Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,
walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajariku..

Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..

Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai keriput.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..

Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku..
Karena satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..

Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..

Maafkan aku karena aku bukan putri..
Aku hanya wanita biasa….
terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA…..
semoga kita bisa sama-sama bahagia…

Rabu, 14 Disember 2011

Imbas kembali



Bukan rakan persekolahan.
Bukan kawan sepermainan.
Bukan cosmate di universiti.
Bukan sahabat sekerja.

Dan kerana itu aku  terus berdoa.
Cukuplah dia menjadi TEMAN SEJATIku sampai syurga.

Antara kenal dan tidak kenal.
Sekadar kenalan biasa-biasa.
Dalam tempoh yang singkat.
Sekitar 1-2 bulan pertama.

Tidak diduga dan menduga.
Dirisik kata-kata ber'ISI' hajat besar.
Antara  percaya dan sangka ia JENAKA.
Dan risikan tidak rasmi diTEGASkan.

Dengan rasa tidak pasti dan keliru.
Dikhabarkan juga pada kedua orang tua.
Maka pihak sini mengalu-alukan pihak sana.
Pihak sana datang membawa 'MAKNA'.

Tempoh diminta untuk menimbang keputusan  tepat.
Istikharah jalan terbaik di sisiNYA.
Dan JODOH bila jalannya mudah
Alhamdulillah...




Khitbah tempoh pengenalan sebenar.
Ta'aruf menurut Islam dijalani.
Moga dia yang terbaik untukku
Dan aku terbaik untuknya.

Amin...amin.. amin ya rabbal amin



**ringkasan cuma untuk ingatan diri agar tidak lalai dan leka.



Selasa, 13 Disember 2011

Cokelat semangat??

Hadiah pertama sempena hari pertama bekerja. Ala-ala 'pembakar semangat' Terima kasih AWAK atas sumbangan men'chubby'kan lagi diriku. kui3. Chubby itu comel atau gemoss??

Ahad, 11 Disember 2011

SOPING BARANG HANTARAN

~Update setelah balik soping


Insyaallah, jika diizinkan hari ini bakalan outing untuk soping barang-barang hantaran. Memandangkan sekarang bulan DECEMBER juga merupakan bulan Y.E.S maka adalah waktu-waktu terbaik membelanjakan wang. Insyaallah pasti BERJAYA paling tidak 5-10 barangan yang dihajati dengan harga super duper murah daripada ASALnya. Maka sedikit sebanyak dapatlah B2B berjimat dan melorongkan penjimatan itu ke tempat lain. ~kelihatan ayat begitu SKEMA~



Sambil update blog sambil buat list barang-barang hantaran yang INGIN dibeli sebentar lagi. Antaranya:

1) KASUT - Carlo Rino/School
2) HANDBAG - Carlo Rino/Sembonia (Done)
3) JAM - Bonia (Done)
4) SET PERFUME - Estee Lauder  (Done)
5) PAKAIAN - Rias Idaman (Done)
6) TELEKUNG+SEJADAH
7) SET BUKU RUMAHTANGGA/AGAMA
8) HANTARAN+MAS KAWIN+GELANG - Habib Jewel (Done)
9) ??????

Harapnya dapatlah apa yang dicari, tak semua pun paling kurang separuh daripada barang-barang di atas. Bukan mahu tergesa-gesa cuma mahu bersegera supaya boleh menumpukan kepada perkara lain pula selepas ini.

p/s: rumit juga persiapan untuk kawen... tengok macam senang dah lalui baru taw. nak taw rasa, ce try. hihihi.

ORANG BARU

Alhamdulillah...
Kembali menulis di ruangan 'indah' ini.
Blog tidak terisi beberapa hari.... MAAF berjuta kali.
Sepanjang minggu ini sedikit kalut dan sibuk.
Dengan sambutan meraikan 'ORANG BARU'   teetttttttttt???



8-10 December 2011 Berkampung di KPJ DAMANSARA SPECIALIST HOSPITAL


Penang to KL
Then 
KL to Penang


Nihhh laa 'ORANG BARU' dalam family kecik kami.


Anak sulung kepada kak long saya dan abg ipar saya yang merangkap cucu sulung kepada ibu dan ayah, TOK Ibu dan TOK Ayah juga anak saudara sulung saya dan adik saya.

Baby nihh halus jea... panjang, jenis orang tinggi ikut daddy dia rasaya.
Tapi yang paling buat orang geram tengok cinonet nihh adalah pipi bambam dia yang very selambak ituh.
Nampaknya dia telah mengikut keturunan tok ibu dan ayah yang berpipi LABU SAYONG [orang tua-tua kata]
Doc pun siap kata lagi...... baby kecik jaa tapi pipi dia chubby sangat. (^_^)



--> Sila TENGOK pipi bambam di <--

Moga baby siaht dan cepat besar.


p/s: tetiba sangat tidak saya mahu ada baby sendiri.... apaKES???

Rabu, 7 Disember 2011

Perjalanan yang masih panjang

Bila baru mula membuka 'cawangan' [blog baru] makanya terlebih RAJIN saya meng'update' dalam masa sehari. Moga semangat ini hingga ke akhirnya. Rasa banyak yang hendak dilakarkan di sini.... setiap episod yang berlaku. Terlalu pelbagai rencah, kadang buat terfikir apakah ini REALITI.  (^_^)


Namun, masih sedar dan berpijak di bumi yang nyata bahawa JALAN ini masih panjang. Selagi belum ijab dan qabul maka belum SAH segalanya.



Ya Allah perkenankanlah DOAku 


Dengan nama ALAH yang maha pengasih lagi maha penyayang. Ya Tuhanku, aku akui kekuasaanMU, nikmat lagi rahmat buat dirku tidak terbalas olehku, Ya Allah, Ya Tuhanku, hambamu ini mensyukuri  rahmat yang KAU beri, umpama rezeki yang melimpah ruah, 
Ya Allah, Alhamdulillah. Dengan rahmatMU Ya Allah, KAU pertemukan kami maka satukanlah hati kami, titipkanlah rindu antara kami. mekarkanlah cinta antara kami. Lantas peliharalah kami Ya Allah dari bisikan syaitan yang datang menggoda, agar kami sentiasa teguh dalam syariat agamaMU. 
Ya Rahim, permudahkanlah jalan jodoh kami serta dipermudahkan rezeki kami. Jadikanlah kami antara pasangan yang bersyukur. Dengan rahmatMU Ya Allah, sinarilah hati kami dengan nur iman yang bergemerlapan, agar kami tidak hanyut dengan godaan dunia yang hanya pinjaman sementara. Amin... amin... amin ya rabbal amin.


p/s:  Sama-sama kita berdoa untuk kita dan pasangan kita yang telah ditetapkan Allah.