Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Ahad, 29 Januari 2012

R & N / N & R



~Keronsang COMEL~

Sabtu, 28 Januari 2012

PHOTOGRAPHER DONE!!

Sana-sini juga survey photographer untuk hari SEKALI UMUR HIDUP (^_^) Kalu lelaki lain laa mungkin 'suka' nak sampai 4x pun. Almaklum bajet EKONOMI maka perlunya melihat pelbagai aspek untuk pemilihan, iaitu:

1. Murah - bawah 1K
2. Kreatif
3. Editing cantik
4. Tawaran package - album, gambar, dvd dll

Agak risau bila masih belum berjumpa photographer sebagaimana diinginkan. Majoriti meletakkan harga 1K ke atas. If ada package bawah 1K, apa yang ditawarkan dalam package amat terhad. No outdoor shoot, no sticker album, just picture in dvd. huhuhu. Sangat kurenggg..



Dan disaat akhir ketemu jua 

>berakhir sudah pencarian...............<  hihiihi3
[contoh sahaja]

Packages yang ditawarkan sangat BEST, bajet ekonomi untuk pengantin seperti saya, siap sticker album dan bukan yang biasa-biasa dan ini untuk 2 MAJLIS saya.

(Akad Nikah + Walimah Urus)
- Unlimited shoot
- 40 pcs 4R for each event (4′x6′digital editing enhanced)
- 2 pcs saiz A4 (edited)
- Free 2 DVDs (contains all pictures taken and slideshows) 
- 2 pcs sticky album (Quality sticky album)
- Free Outdoor (HADIAH KAHWIN UTK KAK NISA) 


Harga yang murah....


** berbaloi-baloi

Rabu, 25 Januari 2012

Kad Kahwin versi FB


 Alhamdulillah, menuju ke penghujung Januari 2012 banyak urusan yang telah diselesaikan. Mula berasa 'bahang-bahang' bergelar zaujah. Jangan ditanya RASA hati kerana pastinya PELBAGAI rasa yang tak mampu diungkap, Syukur pada RAHMAT & NIKMATnya.  Moga saki baki persiapan akan dipermudahkan dan lancar sehingga ke titik noktah. Noktah hidup seorang yang bergelar CIK. Insyaallah...

Hari ini mengisi sedikit masa lapang dengan mendesign kad perkahwinan. Kad perkahwinan yang bakal diTAG kepada kawan-kawan dalam FB. Simple, design yang tidak sarat tapi sangat suwit.... Menanti 1 Februari 2012 untuk memulakan acara JEMPUT-MENJEMPUT bukan jemput-jemput yea.


Ini dia KAD KAHWIN versi FB.

Design by,

~NKRS9312~

Ahad, 22 Januari 2012

Perkahwinan SAYA

( COMEL & SUWIT -Mood verangan versi kaler ijou)

“Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)

“Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak.” (Riwayat Ahmad)

Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy meletakkan definisi perkahwinan atau al-nikah sebagai ‘satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.’ Menerusi definisi ini, beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:

Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.

Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.

Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.

Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.

Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.


Jumaat, 20 Januari 2012

Buat BAKAL ZAUJku



Kehadapan bakal zauj ku...
Ana di sini sihat selalu walaupun terkadang kesakitan bertandang,
Namun janganlah anta bimbang... Ana di sini mampu menahannya kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan apa yang hambaNya mampu.
Diharap anta pun dalam keadaan sihat dan sejahtera serta sentiasa berada di bawah rahmatNya walau di mana jua anta berada.


Warkah ini dilayangkan bukan untuk mengganggu...
Sekadar ingin meluah rasa yang lama terbuku...
Maafkan Ana andai selama ini Ana leka dengan cinta dunia
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak menjaga tatasusila
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak mensiakan cintaNya
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak ingat padaNya
Ana serba kekurangan...diharap anta boleh melengkapkannya
Ana BUKAN jelitawan...diharap anta mampu menerimanya
Ana BUKAN cendikiawan...diharap anta mampu membimbingnya
Ana BUKAN hartawan...diharap anta sanggup bersama 


Yang Ana pinta BUKAN ketampananmu...
Yang Ana damba BUKAN hartamu...
Yang Ana mahu cuma imanmu...
Yang Ana ingin hanyalah tauladanmu....


Bimbinglah Ana...
Tunjukkanlah Ana...
Ana tidaklah puitis untuk menulis bait-bait kata...
Ana tidaklah petah dalam tiap bicara....
Namun, yang pasti...
Ianya ikhlas lahir dari hati....




Ana harap kita akan dipertemukan suatu hari kelak...
Di mana ketika itu...Ana sudah bersedia...
Ana HALAL untuk mendampingi anta...
Bukan hanya sebagai zaujah kepada anta...
Tapi UMMI untuk KHALIFAH KECIL kita..


Ana mencari siapa yang ikhlas menemani...
Ana mencari siapa yang sanggup memberi...
Ana mencari siapa yang mampu menerima...
Ana mencari siapa yang pasrah dan redha...


Andai jodoh kita berkekalan...
InsyaAllah kita akan berbahagia..
Meskipun hayat hidup tak sama...
Ana akan berusaha membahagiakan anta..


Andai jodoh bukan milik kita..
Usahlah anta bermasam durja...
Pasti ada hikmah di sebaliknya...
Ana doakan kebahagiaan anta..
Bermohonlah padaNya selalu..
kerna cuma Allah yang mendengar isi hatimu...


Dari bakal ZAUJAHmu......
NKS....

TANGGUNGJAWAB SEBENAR SUAIMI

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi satu perkara yang tidak kurangnya penting bagi menjamin sesebuah hubungan perkahwinan agar terus kekal.
Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami. Walaupun saya sendiri adalah kaum lelaki, tapi saya tidak pernah mengutarakan pendapat yang ‘berat sebelah’.

Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami.
Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
  • Menjaga anak
  • Menyediakan makan-minum isteri
  • Mengurus segala keperluan rumahtangga
  • Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
  • Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.

Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’

Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.

Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.

Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.

Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. 

Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.

Ok, sekian sahaja perkongsian buat kali ini. Semoga suami-suami di luar sana mula sedar akan perkara ini.