Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Selasa, 31 Julai 2012

Gaya keIBUBAPAan


Ada GAYA tak kawan-kawan????


Insyaallah, Ummi & Walid to be..........

Hiburkan HATI mertua


Bunyi tajuk macam MENANTU SOLEHAH a.k.a pilihan lagi. hihihihihi.
Tapi memang btul pun..... bawa Mak jalan-jalan memang niat nak hiburkan hati beliau.
Zauj bawak Mak naik Bukit Maxwell, Perak. Siap kena naik dengan land rover lagik.
Zauj cakap mak suka bunga-bunga...tumbuh-tumbuhan...
So kat atas sana ada laaa pelbagai bunga-bungaan yang boleh Mak hayati.

Nahhhhh...  pixel buat tatapan sebab dah malas nak tulihh dan bateri lappie dan nak HABEHH.



Nampak laa sedikita kegembiran di wajah Mak even tak banyak.
Sekurang-kurangnya, anak Mak (zauj) dan menantu cuba berusaha...
Selebihnya KAMI mampu berdoa supaya Mak sentiasa kuat, 
sabar dan menjalani kehidupan gembira di masa-masa akan datang... Amin..

Pertama kali BERPUASA


Jenuhhh pikir macam-macam bersempena bulan Ramadhan pada kali ini. Nak masak apa??? Nak makan apa?? Resepi apa?? Berapa jenis lauk?? Pukul berapa nak masak dll?? Dulu-dulu  selalu jaa dok ‘marah’ kat ibu supaya tayah pikir banyak-banyak sangat nak masak apa, masak ja apa yang patot  sebab bajet tak kisah/tak cerewat dalam hal makanan yang penting  boleh makan sudah.

Dulu kala zaman kecik kenit dan bila di rumah tercinta, WAJIB bersahur sebab kena kejutkan dengan ibu/ayah.  Siap kalu tak bangun ayah menjalankan operasi ‘GELETEK’ sampai bangun. Hohoooho.
Bangun dan terus ke dapur, semua dah terhidang atas meja, makan jea dengan muka yang mengantuk.

Zaman belajar pula, I.S.A (ikut suka aku) ada rasa rajin bersahur laa secara berjemaah pada waktu pagi atau supper berat malam-malam buta dengan rakan-rakan. Bila dilanda kemalasan melampau maka TIDO lagi enak.

Errrrkkkkk….. bertukar sudah; ERA BERUMAHTANGGA di kala bulan Ramadhan. Rupanya tidak mudah untuk menyediakan sahur dan iftar untuk  keluarga ; ZAUJ tercinta. Semestinya zaujah yang solehah akan berusaha untuk menyediakan yang terbaik buat zaujnya.

Masa iftar akan cuba sediakan lauk-pauk request dari zauj. Even tak mahir memasak tidak putus asa untuk cuba-cuba. Yang pasti time iftar kena kasi semua kenyang setelah penat menggunakan tenaga seharian. Menu bersederhana sekadar 2 atau 3 lauk, nak elakkan pembaziran dan amalkan jimat cermat. Hihiihihi.

Bersahur pula agak ringan kali ini kerana En. Zauj request untuk makan oat + kurma sahaja (jaga badan kekononnya). Jadi sekadar masak nasi secotet + jamah bersama sedikit baki lauk iftar.

Cabaran sungguh bilamana terus BERTIGA tanpa sempat berdua. Lebih penting memikirkan SI COMEL dalam tummy. Mahu atau tak, lalu atau tidak, WAJIB bersahur untuk memastikan  diri BEBAS dari gastrik, makanan baby adalah CUKUP dan  ummi KUAT untuk berpuasa sepanjang hari.

Kena susun makanan untuk bersahur; NASI + lauk pauk (ala kadar) + susu + 3 biji kurma + 21 biji kismis + vitamin untuk baby + lebih dari 3 gelas air putih .

Masa iftar pun wajib amik NASI+ lauk pauk + buah + kurma + susu + kuih muih + air putih.


See.. see…  zaujah SAKAN lagi berbanding zauj. Rezeki ‘orang berisi’ diberi keutamaan dalam semua hal. Kuii3..kuii..

Pertama kali berpuasa BERSAMA zauj sememangnya pengalaman bermakna dan pasti dingati sampai bila-bila oleh setiap orang. KAMI dari  awal sebelum Ramadhan telah merancang berkenaan iftar dan sahur. Alhamdulillah dikurniakan zauj yang memahami kondisi diri ‘pembawa budak’. Jadi beliau meringankan apa yang termampu….. tidak memberatkan dengan permintaan yang macam-macam malah beliau sangat membantu di dapur menyediakan apa yan patut tatkala badan letih dan perlu sangat berehat. Beliau bantu sediakan bahan masak, beliau masak nasi, beliau masak bersama-sama, panaskan lauk zaujah untuk sahur, sediakan susu + vitamin zaujah dll. ALHAMDULILLAH…. Syukran bie kerana BAIK HATI dengan anje dan baby. LUV U SO MUCH..... seluruh jiwa raga  dna pastinya hanya kamu KEKASIH AWAL DAN AKHIR anje..

Penang - Jitra - Perlis - Alor Setar - Penang


Ada orang cakap dia RINDU kat budak berdua tuhhh (adik UDIN & baby Zakir). So mehh kita melayan rindu orang hingga ke Jitra. hhihhihi. Curik-curik masa terluang pertengahan bulan Julai ziarah Kak Shima & Ustaz sekeluarga di Bandar Darul Aman. Sempat menginap 2 hari 1 malam di sana sambil melayan keletah 'mereka-mereka'. Sampai agak lewat petang, TARGET ke Tasik Darul Aman tapi sebelum itu kita makan mee goreng sedap dulu.. nyum..nyummmy.. terkenang teruss. Gulllppp... boleh batal posa macam nihh.

Rancangan asal 'mereka-mereka' hendak bermain bola sepak sekali dah sampai sana sibuk pula nak mengayuh kapal comel dalam tasik tuhh. Tengokk tuhh hepinya mereka meninggalkan daku di daratan... tak aci btui sebab ada orang tuhhh tak ajak pun saya naik dan tinggalkan saya. uhukkk...uhukkk... naseb tak suka merajokk. hihihhi. Pastu bagi ikan-ikan tasik makan.... sangat banyak dan gemok-gemok. Santai agak lama di situ then hampir maghrib baru bergerak balik tapi sebelum tuhh sempat pekena AIS KACANG COLOURFUL yang sedap lagi murah.


Bila ada aktiviti jalan-jalan mestilah ada aktiviti makan-makan jugak. Rezeki murah berganda-ganda... alhamdulillah. Tanpa diduga esok pagi-paginya ibu sampai jugak di Jitra. Awalnya tidak mahu datang kerana ada urusan lain walaupun telah dipujuk rayu. Pandai jugak ibu ayah buat 'kejutan'. Mood bertambah-tambah hepi...


Maka tengahari Ustaz mengangkut kami semua ke Perlis Darul Sunnah. Bergeraklah 2 kereta di jalanan dari Jitra ke Perlis. Di jamu makan tengahari di Restoran Ikan Keli Goreng yang terkena. Tengok ikan keli sahaja dah cukup buat air liur meleleh.... apatah rasanya, ranggup di luar dan empuk di dalam. Terus rasa nak minta resepi. Lauk-pauk yang lain jugak menjilat jari... tuhhh, tengok laa macam-macam lauk yang ada. Dah macam kenduri plak makan kali ni.



Petangnya pula dibawa ke Alor Setar tanpa ibu dan ayah coz dah bertolak balik ke Penang lebih awal. Kak Shima sekeluarga belanja makan steamboat lewat petang. Teruja sangat 'mereka-mereka' makan steamboat buat pertama kalinya. hhihihiihi. Apapun sangat enak dan kenyang teramat apabila ditambah dengan sajian sate bakar. Terima kasih buat Kak Shima dan Ustaz... INSYAALLAH, ada kesempatan giliran kami pula untuk 'infak'kan wang ringgit. (^_^)




p/s: masa sekejap tapi kenangan manis yang berganda-ganda... nilaian JUMLAH masa tidaklah penting, yang utama adalah 'meNIKMATI'nya.

KERJAYA sementara



Tarikh tamat tempoh sebagai Penolong Pegawai Penyelidik di USM bertarikh 30 April 2012 (Isnin). Dan setelah hari itu, bergelar penTERNAK lemak yang berjaya. Mana tidaknya, asyik makan tido makan tido sahaja bilamana zauj MANJAkan di awal-awal keHAMILan [buat juga kerja surirumah tapi sedikit bermalas-malasan]. 

Bermula pencarian kerjaya BARU namun jelasnya belum ada rezeki yang menyelebihi. Selang 2 minggu berhibernasi di rumah maka mula TIDAK BETAH dan tiap-tiap hari pasti akan 'merengek-merengek ngadu'    pada zauj bahawasanya diri adalah boring, bosan, tak tahu nak buat apa memandang terperap di dalam rumah tanpa talian internet, tanpa siaran ASTRO apatah memang jenama TIDAK RETI DUDUK DIAM. Rasa macam katak bawah gelas jea. hohohohoho. Naseb zauj sabar dengar rengekan zaujahnya... Dan di awal-awal kehamilan zauj lebih senang zaujah di rumah memandangkan kesihatan zaujah yang agak kurang memuaskan [cepat letih/penat, moody, malas, pening/sakit kepala]. Zauj cakap JAGA kesihatan dulu tapi terus usaha apply kerja, mungkin saat ini Allah s.w.t nak bagi rehat untuk UMMI to be dan baby sebelum dilimpahkan rezeki/bakalan sibuk dengan kerjaya baru.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan..... pelbagai pekerjaan telah dimohon dan diusahakan namun belum juga menampakkan 'rezeki'. Dua bulan tempoh yang agak laa bagi individu yang biasa bekerja dan 'ada duit' dalam tangan. Ada masa-masanya mengundang STRESS bilamana ada soalan-soalan 'kasar' menerjah.

Tak kerja lagi ka?
Bila nak kena??
Ada maste kompem laa keja besar... takkan lekeh-lekeh kot.
Aikk, ada master pun tak dapat kerja mana-mana?
Susah gak belajaq tinggi-tinggi, tapi apa pun taleh buat.
Kalu macam nihh tak masuk U pun takpa, masuk U pun tak keja gak.
Dan lain-lain seangkatanNYA... huhuuuhu.

See... meLUKAkan btul soalan-soalan dan pernyataan yang timbul. Takpe sesungguhnya saya orang yang SABAR dan REDHA maka jawab dengan SOPAN, SENYUMAN dan MANIS MUKA. Mungkin 'mereka-mereka' menggandaikan rezeki di tangan manusia sedangkan REZEKI setiap manusia itu terletak atas perhitungan Allah s.w.t. Sesungguhnya saya hanya mampu berusaha dan ikhtiar sementara selebihnya saya serahkan pada DIA Yang Lebih Mengetahui, mungkin DIA mahu menduga saya sejauhmana usaha saya dan adakah saya bakalan putus asa. Insyaallah, TIDAK!!! kerna ramai yang ada memberi semangat pada saya terutamanya zauj saya yang tercinta.

Maka saya NIKMATI percutian saya selama 2 bulan 8 hari dengan perasaan yang pelbagai:

Bulan pertama - sedih, stress, tension, keinginan yang membuak-buak untuk bekerja dengan niat membantu kewangan keluarga, kecewa dengan diri, bosan dll yang boleh dikira sebagai (-)ve

Bulan kedua - Perasaan (+)ve menerjah bilamana rasa lebih tenang, redha dan terus berusaha tanpa putus asa, bagi peluang untuk BADAN rehat, banyakkan masa berbual-bual dengan OUR little caliph, banyakkan membaca sebagai pengisian ruang waktu yang lapang

Memasuki bulan ketiga - REZEKI hadir...... alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kemurahan rezekiMU, terima kasih zauj tercinta atas keizinanmu.


Dan 9 Julai 2012 bermulalah kerjaya SEMENTARA sebagai seorang USTAZAH di sebuah sekolah cluster iaitu Penang Free School, Pulau Pinang sehingga 20 September 2012. Perjalanan ke sekolah mengambil masa yang agak lama, 45 minit disertai kesesakan lalu lintas dan 30 minit tanpa kesesakan lalu lintas. Sebulan berhabis RM300-RM500 jugak yang mana RM200-RM250 untuk kos minyak kereta dan RM150-RM200 untuk makan. Gaji agak OK  untuk membantu menampung apa yang patut daam rumahtangga tapi tidaklah MASYUK seperti yang orang bayangkan. Ini pun alhamdulillah... Gaji berdasarkan hari, sehari RM100, hari kerja haruslah bergaji, hari tidak bekerja dan ditambah cuti yang banyak maka tiadalah gaji... Kurang-kurang berkerja dan bergaji dari duduk sahaja dan teda wang dan terus diasak SOALAN cepuCEMAS.

Rezeki baby COMEL dalam tummy ummi..... kan dah dinyatakan bahawa pada usia kandungan 4 bulan 10 hari maka akan ditiupkan roh ke janin yang berada dalam kandungan ibunya yang mana disertakan sekali dengan REZEKI, ajal, amalan dan untung baik buruk bagi janin tersebut. Dan dalam tempoh itu jugalah ummi perolehi PEKERJAAN.... 

 -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208).
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].
p/s:  UMMI sayanggggg baby sangat-sangat.... tak sabar nak lahirkan baby ke dunia.

Isnin, 30 Julai 2012

....Zaujah yang merindu.....


Tempek gambar.... tempek gambar...
Apa MAKNAnya??


 Kenangan malam Majlis Perkahwinan - Sesi ramah mesra saudara-mara, buka hadiah dan 
pra-tayangan video aqad dan perkahwinan dari Abg Annuar Ismail •.♥• — with Razis Shamsudin.



p/s:  sayaaaa RINDU......... saat-saat INDAH di awal perkahwinan kerana ada 'manis' yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata bagi individu yang pertama kali mengenal CINTA.

Catatan lamaaaa...


Tengah kemas kini pendrive kerja tupp3 terjumpa catatan lama yang terbiar.... tak sempat nak post 3-4 bulan yang lalu. Bila baca-baca balik terus rasa nak post JUGAK3 even macam dah basi lemau segala. hihihhi. Sapa sudia bacalah, tak sudi pun takpa coz catatan dalam nihh semua untuk tatapan sendiri.


*
*
*
*
*
*
*




Catatan yang telah basi lagi lemau


Dengan lafaz ALHAMDULILLAH, setinggi kesyukuran diucapkan pada YANG MAHA ESA, atas limpah rahmat dan kasih sayangNYA maka Walimatul Urus KAMI (Nur Khairunnisa Binti Saad & Razis Bin Shamsudin berjalan lancar dan sempurna. Diucapkan jutaan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada SELURUH KELUARGA  yang menjadi tulang belakang utama menjayakan majlis KAMI.  Buat ibu, ayah, TOK yang dikasihi, kak long & abang long, abang cik, kak shima & ustaz sekeluarga, abang anuar & kak norli sekeluarga,  mak teh & pak teh sekeluarga, umu, pak ndak & mak ndak sekeluarga, mak ngah & pak ngah sekeluarga, sahabt terchinta , SYUD yang berkorban masa dan wang ringgit,  ADIBAH tersayang yang sudi menghadirkan diri dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

SYUKRAN juga diucapkan kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis saya dan zauj tercinta, Razis Shamsudin pada 9/10/11 Mac 2012. Juga ucapan terima kasih buat ‘anda-anda’ yang bermurah hati memberi HADIAH dan SAGUHATI perkahwinan kepada KAMI. Jutaan keMAAFan dipohon andai ada kekurangan/kelemahan layanan sepanjang majlis berjalan. Mohon doakan KEBAHAGIAAN kami berpanjangan, perkahwinan diberkatiNYA dan jodoh berkekalan until JANNAH, insyaallah. Indahnya hidup BERSYARIAT.... CINTA selepas NIKAH.

Tempek beberapa gambar daripada photographer.


 

 

 


p/s: Boring-boring kompem akan belek album aqad dan majlis kahwin lagi, lagi dan lagi. seyess windu nak bermajlis lagik. apa KESS??

Ahad, 29 Julai 2012

Salam Ramadhan


Berlalulah sudah SEMINGGU kita berpuasaaaa....
Opppssss... mood menyanyi laa pulokk..
Kembali ke topikk asalll... di sini


Belum terlambat rasanya, KAMI (bertiga) ingin mengucapkan 

SELAMAT BERPUASA 

kepada seluruh umat ISLAM di dunia.


Semoga RAMADHAN yang hadir kali ini adalah
RAMADHAN dekat di hati,  RAMADHAN lebih beerti.



Syurgaku RAMADAHAN... Bersama kita UPGRADE amalan di bulan penuh BARAKAH ini: 

1) Pastikan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya,
2) Perbanyakkan membaca al-Quran (Khatam Quran dalam sebulan berpuasa),
3) Banyakkan berzikir dan selawat,
4) Rajinkan diri untuk solat terawih hatta sangat penat menjalani hari bekerja,
5) Biasakan diri untuk bangun Qiammulail, paling kurang sekali seminggu,
6) Ringankan tangan untuk melakukan amal sedekah dan kebajikan.

Persoalan GENDER??


Macam menarik jea tajuk nihh...


Ini bukan ISU bias gender tapi ini berkenaan JANTINA our little caliph. 
Ramai juga yang dah mula bertanya-tanya dan tertanya-tanya..
Gegurl atau beboy....
Ikutnya tak kisah mana pun... gegurl ke beboy kaa SAMA je tetap anak
Yang penting OUR little caliph yang akan lahir nanti sihat akal dan tubuh badan, sempurna dan cukup sifat


Kalu ikut tahap keMALASan yang melanda diri sepanjang pregnant
Sepertinya beboy.... malas buat semua keja, sian En. Zauj kena buat macam-macam keja..
Tapi kalu ikut tahap nak berGAYA + meLARAM macam hint gegurl jaa
Haissshh.... tak taw nak kata laa..


Psssttt............. ada orang tuhhh kan dah mimpi-mimpi
DUA kali mimpi menunjukkan JANTINA yang sama 
Kalu kali ketiga... orang tuhh kata dia yakin kompem laaaa .......... teeetttt.. (rahsia dulu)
Excited dia ceciterr ngan saya pasal mimpi dia... keterujaan seorang WALID to be.


Kalu ikut sekarang pun dan boleh scan untuk tahu jantina bayi
Tapi sesaja tunggu temujanji pada 24 minggu ikut tarikh scan KK Ayer Puteh
Tyme nihh lehh laa nengok jantina baby.. itulah kalu baby tak maaalluuu.
Kalu malu tuhh habes semua dia lindunglahh... (....kan maluu macam Ummi...)


Lepas scan 24 minggu kat Klinik Kerajaan baru berSAMA setuju untuk buat 3D/4D scan
Rancangnya hendak ke klinik swasta.... nak dapatkan gambar jelas baby..
En. Zauj sangat-sangat tak sabar tunggu saat tuhhh..
Mana taknya, dah 2 kali scan tapi skali pun En. Zauj tak dapat tengok.
Shiannnnn dia.... nanti 24 minggu kita g scan sama-sama yea..



"Ya Allah, hamba redha menerima amanah yang Kau titipkan sebagai hadiah dalam perkahwinan kami ini. Bantulah hamba dalam mendidik anak ini agar menjadi Muslim dan hamba yang engkau redhai dan berkati hidupnya. Aku pohon padaMu Ya Allah, Kau jauhkanlah syaitan dari membisikkan kejahatan kepada janinku dan selamatkanlah janinku agar dia selamat lahir ke dunia ini dalam keadaan sihat dan sempurna sebagai bayi. Berikanlah dia kesihatan dan kecerdasan akal fikiran, dan jadikanlah dia anak yang soleh dan bijaksana. Amin, Ya Rabbal Alamin...." 

Sabtu, 28 Julai 2012

Check up kali ke-4


Bersawang.....




Bersawangggg....




Bersawanggg......




Zraapppp.......zzzreepppppp...... zehhhh.... [cuci kasi bersih sawang lawang semua kat blog nihh]




Fuhh...fuhh... penat. Lega skit dan rasa bolehhh bernafass. Tarik nafas then hembus, tarik balik dan hembus. Alhamdulillah. MAAF atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan iaitu ketiadaan talian internet + laptop menyebabkan segala kerja mem'blogging' adalah tergendala. Almaklumlah di awal usia perkahwinan terlalu banyak duit yang perlu diarahkan ke 'tempat' lain malah awal-awal perkahwinan baru mula hendak mengatur dan menyusun perbelanja dengan mengUTAMAkan yang lebih utama.. Ouuchhh, termelalut pulak. Stopp.. coz nak berkongsi benda lain yang lebih ber'makna'.

Alhamdulillah....... Alhamdulillah.... Alhamdulillah......

Berlalu sudah 1st trimester (3 bulan) kandungan, kini sedang memasuki 2nd trimester dengan penuh terujaan. Mengikut kiraan doc di KK Ayer Puteh, kandungan sudah berusia 19 minggu secukupnya. Baru sahaja selesai membuat check up kali ke-4 pada 24 Julai 2012 yang lalu. Laporan menunjukkan kesihatan yang memberansangkan:


1) HB - OK dengan catatan 11.3
2) Urine - OK ( No protein & no fat)
3) Tekana darah - OK dengan catatan 90/100 ke 100/90 (lupa sudah)
4) Ketinggian rahim  - NORMAL, 23cm bersesuaian dengan usia kandungan
5) Berat - 69kg, naik 2.5 dari sebelumnya (ini mengundang tangesssss... doc kata kena minum air gula selepas raya. hohoho.




Syukur sangat tiada sebarang masalah berdasarkan pemerikasaan doc dan nurse. Moga OUR little caliph sentiasa dilindungi olehNYA.