Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Ahad, 28 Oktober 2012

Salam Eid Adha

Dengan tulus hati mengucapkan


Selamat Hari Raya Eidul Adha buat semua ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang jauh mahupun dekat. Bersamalah kita hayati pengertian KORBAN yang sebenar, korban itu penuh dengan MAKSUD yang harus diselami. Mudah-mudahan kita telah pun melakukan pengorbanan. Insyaallah.


Raya Eid Adha kali ini bersama family mertua, ADATlah berkahwin pastinya ada giliran pulang berhari raya even kampung dekat secotet. Raya Eid Fitri yang lalu dah di rumahku, maka Eid Adha di rumah mentua pulak. Even suasana berbeza namun kena biasa-biasakan diri sebab perkahwinan tuhh sendiri PERKONGSIAN, berkongsi segala macam benda. Alhamdulillah.... even sedih sebab tak dapat berkumpul adik-beradik, sanak-sedara tapi REDHA coz ini perjalanan hidup NORMAL dalam berumahtangga. Beraya bersama mentua pun ada BESTnya sekalipun pasti lebih MERIAH bersama keluarga sendiri. Kali ini beraya di Taman Ilmu, Nibong Tebal hanya bersama Si Comel dalam tummy, Mak tok, Maktih Ruhaya dan Maksu Ruhani. MakNgah Yuniza & Pak Ngah Shawal balik beraya di rumah mentua. Sementara Pak Long Yusri tak pulang beraya coz Mak Long Zydya kerja dan tak dapat cuti. Insyallah, next tyme raya dapat kumpul ramai-ramai dan pastinya lebih meriah dengan keriuhan anak cucu. Insyaallah...



Pixel raya yang tak cukup kuota bila giliran berhari raya di kampung halaman tak sama dengan adik-beradik yang lain. Jadi HANYA kami.

Khamis, 18 Oktober 2012

MeMUDAHkan proses bersalin??


Bila due dah makin kurang dari 60 hari maka ummi RAJIN membaca segala macam perkara, tips, petua dll berkaitan kehamilan, kelahiran dan sebagainya.  Hari ini TERUJA membaca mendalami berkaitan petua/tips mudah bersalin. WAJIB laa semua wanita yang hamil menginginkan diri mudah bersalin. Bukan nak elak SUNNAHTULLAH sebab pasti kita tidak akan dapat lari daripada kesakitan bersalin/melahirkan anak... namun sekadar berusaha agar dipermudahkan. 





Antara petua-petua KLASIK, SAINTIFIK dan ISLAMIK yang boleh kita follow untuk mudahkan bersalin:

  • amalkan bacaan SURAH MARYAM
  • minum air KELAPA MUDA

  • minum AIR SELUSUH


  • minum air rendaman AKAR FATIMAH 


    • banyakkan BERJALAN

    • banyakkan 'MAKE LOVE' dengan suami 
    • makan KURMA



    Rabu, 17 Oktober 2012

    Impianku d'Konvokesyen M.P.A


    Masin mulut ramai orang yang tolong cakap, ucap dan doakan.. Niat hati nak KONVO bertiga, dan sangat tidak tersangka kerana DIA MAHA MENDENGAR dan makbulkan keinginan serta hasrat hati, Alhamdulillah..... REZEKI yang dalam pelbagai bentuk. Pergi konvo dengan usia kandungan mencecah 7 bulan.


    Sebelum-sebelum kawen lagi memang sangat VERANGAN nak konvo bertiga... rasa macam BEST, COMEL dan COOL jaa tengok mereka-mereka yang konvo bersama SUAMI dan anak dalam kandungan. Aduhhh.... syok ja tengok naik pentas amik scroll dengan pewot yang membolat. Selalu jaa cakap dan berbual-bual dengan kawan.......... NAK SANGATTT. Tapi bila TERkena tyme ummi rasa macam malu + gewam + stress. Malu sebab rasa badan mengembang macam kuih apom,  CHUBBY sangat. Gewam sebab jenuh nak mencari baru yang sesuai untuk dipakai ketika konvo. hohohhoho. Tapi apa-apa pun tetap GEMBIRA dan excited untuk bergradusasi.

    Tupp...tupppppp taun nihh baru dapat konvo. Ada hikmah laa konvo tertunda tahun lepas coz tahun ni dia nak bagi konvo BERTIGA + dengan ibubapa dan keluarga terchenta. Hebat percaturan DIA MAHA KUASA. Sebelum nihh dok rasa kecewa laa juga coz tak dapat konvo awal tapi bila KEJADIAN ini berlalu baru sedar........ (^_^)  Kemanisan yang mungkin tak semua orang kecapi.

    Alhamdulillah, HADIAH bermakna buat ibu dan ayah. Aku TIDAKlah sebijak atau sehebat mana namun ku yakini ini BARAKAH dari doa kedua ibubapaku yang ingin melihat kejayaan anaknya. SYUKRAN ibu dan ayah.... I LOVE YOU SO MUCH. Dear OUR Little Caliph... moga nanti dapat menyambung perjuangan ilmu ummi hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi Dr. hafiz/ah... Buat sementara waktu, cukup dulu perjuangan ilmu ummi, ummi NOKTAHkan sampai di sini sahaja dulu. Moga-moga ada rezeki ummi di masa hadapan.


    > Menerima scroll <


    >Bersama ibu dan ayah terchenta<

    >DTC Universiti Malaya<

    >Graduan Sarjana keluaran UM 2012<

    >Bersama zauj tersayang, kasih dan CINTA<

    >SYUKRAN buat zauj dan ibuayah<


    Memori terINDAH dan terISTIMEWA.

    Selasa, 16 Oktober 2012

    Pilihan CD untuk Si Comel


    Makin hari makin sarat lagi BERAT..... (^_^)   Si Comel  bersama ummi dalam tummy dah dekat 7 bulan lebih.  Rasa makin singkat jaa masa masa. Masih banyak keperluan yang TERTUNDA TAK TERBELI. Maka cuba manfaatkan masa dengan  menSURVEY apa yang patut. Buat WAKTU ini sibuk me'lihat-lihat' Cloth Diaper (CD) memandangkan TOK IBU menawarkan diri untuk mengasuh OUR baby after deliver dan tok ibu nak pakaikan baby lampin jea, tanak pakaikan pampers sebab tok ibu kata jimat + bagi UMMI rajin sikit nak membasuh nanti. (^_^)


    Inilah CLOTH DIAPER (CD) yang comel
    Lebih kepada lampin versi MODEN.



    Ianya sangat fleksible........ sesuai dari saiz S-L.
    Ianya MUDAH dan adjustable.


    Ini pula cara untuk menggunakan CD bersama insertnya.


    Meh kita tengok apa RELEVANnya para ibu, ummi, mami, mummy, bonda di luar sana menggunakan CD nih. Yang pasti ianya banyak kebaikan.



    So antara kedai ONLINE yang menawarkan harga yang terMURAH:

    1) lampinmoden.com
    2) Angelbaby

    Harga adalah bawah RM20.00 bersama 2 insert. Sangat-sangat berbaloi.
    WALID macamna, ok tak KITA cuba 10 helai dulu???


    Jumaat, 12 Oktober 2012

    Jom SEMAK (/)





    Usia kandungan mencecah 7 bulan lebih, maka UMMI dan WALID sedang berusaha mempersiapkan keperluan dan kelengkapan Si Comel sebaik mungkin. Nurse pun nasihatkan kena bersedia dari sekarang takut-takut TERbersalin awal daripada due date. Setakat hari ini masih banyak lagi keperluan baby yang belum dibeli, apatah keperluan ummi. Pape pun ummi akan utamakan keperluan baby dulu. Ummi sememangnya mahukan yang terbaik untuk baby tapi buat masa sekarang kewangan amat TIDAK mengizinkan untuk ummi dan walid berbelanja. MAAF yea sayang..... ummi masih menanti gaji yang tak kunjung tiba, sementara walid pula gaji pastinya hujung bulan nanti. 

    Maka haruslah berSABAR.....

    Sememangnya rezeki dalam pelbagai bentuk, SYUKUR juga dapat ihsan dari kak long dan abg long untuk meminjam pakai beberapa keperluan kepunyaan Si Bam-bam Harraz sebelum nih coz baju jenis UNISEX, beboy leh pakai gegurl pun leh pakai. Jadilah ADA juga daripada tiada. Hope baby tak kisah yea, kita berSEDERHANA mungkin. Jom tengok apa yang ADA dan apa yang TIADA. Baby pun behave k, kuar ikut tarikh yang sepatutnya so ummi dan walid ada la masa nak kumpul duit apa yang patut untuk baby.

    A. PAKAIAN

    1. Baju lengan panjang
    2. Baju lengan pendek 
    3. Seluar panjang
    4. Seluar pendek
    5. Rompers
    6. Barut baby 
    7. Bengkung moden baby
    8. Sarung tangan 
    9. Sarung kak
    10. Selimut bertopi
    11. Tuala
    12. Sapu tangan
    13. Topi 
    14. Cloth diaper
    15. Pampers ( New Born ) 
    16. Nappy liners
    17. Lapik baju (BIP)

      B. PERALATAN
       MANDIAN



      1. Bakul barang mandian 
      2. Baby bath 
      3. Baby shampoo
      4. Besen mandi bayi
      5. Pengalas besen mandi
      6. Termometer suhu
      7. Bakul baju kotor

      C. PENJAGAAN DIRI  

      1. Bakul peralatan diri
      2. Minyak Yuyi cap limau / Minyak Telon / Vicks 
      3. Tisu lembab
      4. Drapolene Cream 
      5. Losyen bayi 
      6. Sikat
      7. Set ketip kuku
      8. Tiub sedut hingus 
      9. Bedak baby 
      10. Tuam/Tungku
      11. Cotton buds
      12. Tikar getah
      13. Minyak rambut 
      14. Water spray bottle


      D. PENYUSUAN BABY


      1. Manual breastpump
      2. Botol susu kecil 
      3. Ice pack
      4. Cooler bag
      5. Susu tepung  (x)
      6. Puting susu spare  (x)
      7. Puting kosong  (x)
      8. Pembersih botol susu 
      9. Termos  
      10. Tupperware susu 
      11. Botol air masak


      E. BARANG BERJALAN

      1. Stroller (bila perlu a.k.a berduit)
      2. Baby car seat (bila perlu a.k.a berduit)
      3. Diaper bag
      4. Travelling tilam set (x)


      F. LAIN-LAIN BARANG
      1. Bakul Pakaian / Beg Pakaian 
      2. Bouncer
      3. Tongs
      4. Sealing Clips
      5. Baby sling  
      6. Penyangkut pakaian bayi
      7. Pencuci pakaian bayi
      8. Liquid cleanser (utk basuh botol susu bayi)
      9. Bantal kepala & peluk
      10. Tilam & sarung
      11. Katil bayi (baby cot/ playpen)
      12. Kelambu 

      Ahad, 7 Oktober 2012

      Scan 3d4d - Apa kata anda??


      Scan 3d4d ?????


      Banyak betul pendapat.
      Ada yang cakap kalu dah tengok awal-awal tak suprise laa.
      Ada jugak yang kata tak best nanti baby kuar tak rasa pape dah.
      Ada juga yang sangat teruja pertama kalinya nak tengok wajah baby sebelum deliver.

      Wat eva HOKEY..
      Apa pun terpulang pada diri sendiri.
      Kalu rasa sedikit berduit (cari tempat yang tawarkan harga murah-murah) buat jea.
      Bukan salah pun apatah berdosa coz ianya memori PERTAMA kalinya dalam hidup.
      Melihat makhluk bernyawa dalam tummy sendiri atau Si Isteri.

      Tapi kalu rasa tanak buat, TAYAH buat. 
      Dok diam-diam jea sampai bayi deliver dan tengok terus secara live.
      Or agak-agak tak berduit, tak perlu laa nak buat.
      Tak penting pun malah bukan sunat pape pun.

      Hammboiiiiiii ganazznya ayat.
      Bukan pe, ayat direct senang skit difahami.
      Kadang-kadang ayat bunga-bunga sakura nihh ramai yang tak faham dan salah tafsir.
      So kita direct to the point. SEKIAN.

      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .

      Jom layan PIXEL yang tak seberapa ini.

      Alahaiiii bam-bamnya pipi baby nihhh.... gewamm jaa buat rasa nka gigit.


      Nampak tulang belakang dia.....


      Yeayyyyyyy nampak jelas kepala dia... 

      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
        Hokey3..... awak sabar k. Semua yang di atas BUKAN saya punya. Ianya semata-mata IHSAN Pak Cik Google. hihihhiihhihi. Si Comel saya kalu nak taw beboy ke gegurl ke, bam-bam ke tak, comel ke kiut tunggu time deliver k. Supppriseeee...............

      Yang SAH betul, Si Comel ummi dan walid telah berada pada kedudukan yang sepatutnya.
      Kepala Si Comel dah berada kat bawah, kedudukan NORMAL dan tidak songsang. Alhamdulillah.
      Moga ianya kekal NORMAL hingga ke saat ummi lahirkan kamu yea sayang.



      Sabtu, 6 Oktober 2012

      Diari Hamil (Trimester ke-2)


      Bulan keEMPAT
      [Alhamdulillah..... pembawa makhluk Allah s.w.t yang comel]

      Alhamdulillah.... kesihatan semakin pulih. Bersemangat nak QADA makan yang berkhasiat untuk Si Comel dalam tummy nihh. Baru jaa nak recover balik tuptupp.... satu hari tuhh jejalan sorang kat tapak ekspo UMMI jatuh, maka tersagatlah lutut, kaki dan pergelangan kaki. Memang terkejut sangat + risau apakah naseb baby ummi. huhuhuhuhu. Kalu walid tahu kompem kena MARAH sebab tak berhati-hati, lasak dan ganas sangat. Maaf..... ummi tak sengaja la walid. Mungkin mood hepy sangat coz dah sihat n nak g second animun ke CAMERON HIGHLAND bersama keluarga tercinta.

      Naseb la 26 Jun 2012 check up so maklumkan kat doc perihal kemalangan yang tak disengajakan n minta buat scan memandangkan wisau kondisi baby. Tak dapat nak pastikan baby OK atau tak coz waktu dan ketika ini ummi masih belum dapat merasa sebarang gerakan baby. Hasil check up 4 bulan maka doc sahkan:
      1. Berat naik ke 66.5kg
      2. Tekanan darah 100/60
      3. HB semakin ok 10.9gm
      4. Hamil 15 minggu
      Maka dapatlah pergi animun kedua kalinya dengan senang hati dan LEBIH berhati-hati. Ummi takmo perkara buruk berlaku lagi dan ummi takmo walid susah hati dan membebel lagi. hihiihhii. Ummi taw walid membebel sebab SAYANG kat ummi dan baby. Sayanggg walid jugak. Walid jangan wisau, ummi tak lasak + ganas lagi k.

      Alhamdulillah.... hampir 2 bulan menternak lemak dengan jayanya ummi dapat kerja GSTT di Penang Free School. Rezeki baby setelah ditiupkan roh pada masa 4 bulan 10 hari. Ummi syukur sangat sebab sebelum asyik sedih dan susah hati ja memikirkan kewangan family yang agak merunsingkan. Simpati dengan walid yang perlu menanggung banyak perkara, sekurang-kurangnya bila ummi kerja, boleh laa membantu serba sedikit. Moga Allah murahkan rezeki ummi, walid dan keluarga kita dengan kelahiran baby nanti. Ummi hope sangat dapat kerja tetap awal tahun 2013.


      Bulan keLIMA

      Sedar tak sedar usia kandungan memasuki 5 bulan. Dalam usia 4 bulan 10 hari, ummi mula merasa gerakan baby yang semakin jelas, SUBHANALLAH. TAKJUB dengan kebesaranNYA. Gerakan yang ummi rasakan hanya sedikit dan lembut sahaja, adakala seperti 'geli-geli' di bahagian tummy, macam ada kupu-kupu dalam perut pun ada jugak. Walid teruja sangat nak merasa gerakan baby beliau tapi diawal-awal nihh agak susah hendak merasa dengan jelas gerakan Si Comel.


      Ummi sangat-sangat syukur kerana diberi kesempatan berpuasa penuh pada bulan Ramadhan tahun ini. Awalnya timbul kerisauan juga memandangkan sedia ada GASTRIK kronik. Tapi baby ummi walid baik sangat-sangat, behave ja sepanjang bulan puasa maka dapatlah ummi puasa dengan harmoni. Ummi perasan yang tyme bulan puasa baby kurang aktif, jarang sangat godek-godek dalam perut ummi sampai ummi risau jaa. Tapi walid selalu motivate ummi supaya positif, baby sayangg ummi tanak bagi ummi letih tuhh yang baby banyak rehat dan tak lasak-lasak dalam tummy ummi. Alhamdulillah......... cayangggg dia.

      Dalam 2nd trimester ummi dah stop amik suplemen dari klinik, ummi makan OBIMIN untuk Si Comel + rajin minum susu + makan buah. Dan ummi rasa lebih selesa kerana tidak perlu menelan ubat dalm kadar yang sangat banyak. Tak termampu tekak nak menanggung. Untuk check up 5 bulan:
      1. Berat naik 2.5 kg ke 69kg
      2. Tekanan darah 100/60
      3. HB semakin ok 11.7gm
      4. Ketinggian rahim mencecah 20cm
      5. Hamil 19 minggu
      Yeayyyyy.. berhari raya pertama kalinya bersama En. Zauj dan Si Comel dalam tummy dengan warna tema TORQUISE. Yang pasti ummi semakin embamm bamm a.k.a chubby. Banyak baju yang ummi tak muat terutama kat bahagian dada dan pinggul. Wuaaaa.......... rasa macam tadak stok baju dah. Ini umpama BONUS gak coz dapatlah merayu-rayu kat beliau untuk beli baju BARU. hihihihhi. Dalam usia kandungan ummi 5 bulan nihh, baby sangat-sangat aktif pada waktu tengah malam dan awal pagi. Tyme ummi nak tidur baru laa dia sibuk-sibuk nak menguit laa, tendang-tendang tummy ummi la dll. Tyme pagi-pagi pun sama, Si Comel excited nak solat subuh ngan ummi yea sayang..

      Bulan keENAM

      Pemeriksaan kandungan pada usia enam bulan + scan. Baby aktif sangat-sangat..... sampai ummi walid pun jadi teruja sangat. Dan hari nihhh, sebab Si Comel cerdik dan bijak sangat, dia siap show lagi JANTINA dia tanpa segan silu. Doc tanya ummi nak taw jantina tak, kalu tanak tape doc tanak bagitaw. hihiihhi. Mestilah ummi nak taw, nak gtaw walid kat luar yang sangat tak sabar tuhh.



      Hasil check up 6 bulan:
      1. Berat naik dari 69kg ke ke 76kg (maka terpaksa minum air gula untuk check kencing manis)
      2. Tekanan darah 90/50
      3. HB semakin ok 10.0gm
      4. Ketinggian rahim mencecah 24cm
      5. Hamil 24minggu

      Semua terTANYA-TANYA?????

      Pada 30 Ogos 2012 tetiba kaki ummi bengkak macam kaki gajah, buruk sesangat + terkejut. Ummi risau sangat andaikata ada petanda buruk apa-apa. NAUZUBILLAH.... pastu ummi terus ngadu dengan walid dan malamnya walid tolong sapu minyak dan urutkan. Lega dan surut bengkak kaki ummi... bila tanya-tanya orang, semua cakap normal bila kandungan makin besar, apatah lagi jadi CIKGU so banyak berjalan dan berdiri membuatkan kaki bengkak.

      Memasuki bulan keENAM ini baru tummy ummi kelihatan kalu tidak ramai yang tak perasan ummi pregnant apatah ummi selalu pakai jubah dan tudung labuh, memang tadak peluang laa nak nampak tummy ummi yang makin comel. Dalam bulan nih jugak ummi kerap sangat-sangat SAKIT PINGGANG, PENING KEPALA dan KEJANG KAKI. Moga Allah beri kekuatan kat ummi sebab kadang-kadang rasa letih dan penat sangat-sangat nak ke sekolah dan mengajar.

      13 September 2012, tetiba ummi mengalami sakit yang teramat sangat dibahagian bawah perut lebih-lebih lagi sebelah kanan sampaikan ummi rasa tak mampu nak berjalan. Oleh kerana tahap kerisauan terhadap Si Comel yang melampau, ummi buat check up kat klinik. Berdasarkan scan dan cek air kencing, semua ok cuma doc suspect apendix atau  cyts. Nauzubillah.... Doc bagi banyak ubat dan perlu dihabiskan untuk tengok kemajuan diri, andaikata lepas habiskan makan ubat still sakit, ada pendarahan, muntah lain-lain ummi perlu rujuk dengan doc dan hospital. Sekiranya sembuh.... alhamdulillah SIHAT. Dua tiga hari, rajinkan diri makan ubat-ubatan, kesakitan ummi semakin beransur hilang.  Sesungguh semua PERASAAN ini adalah anugerah terindah:

      Gembira, Risau, Takut, Excited, Sedih, Ragu-ragu dan sebagainya....

      Hasil MINUM AIR GULA, ummi adalah NEGATIF maka ummi sanat hepy. Tak perlu risau lagi samada ummi penghidap kencing manis ataupun tidak. Sememangnya ummi TAKMO.....