Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sabtu, 6 April 2013

Susu Cair VS Susu Pekat

 
Mungkin ada ibu-ibu yang tertanya-tanya apakah perbezaan susu ibu yang pekat dan cair. Di sini dikongsikan fakta tentang pertanyaan ibu-ibu itu.


Setiap penghasilan susu ibu mengandungi 2 peringkat iaitu "Foremilk" (susu awal) dan "Hindmilk" (susu akhir) yang mana kedua-duanya adalah penting dan diperlukan oleh setiap bayi.

1. Foremilk

Susu awal yang dihasilkan dan diterima bayi atau dalam kata lain susu yang mula mula keluar. Ia selalunya kelihatan kebiruan seperti air biasa dan agak cair. "Foremilk" mengandungi lebih banyak air, kurang lemak dan karbohidrat yang dapat menghilangkan dahaga bagi bayi.

2. Hindmilk

Selepas beberapa minit penyusuan, bayi akan mendapat susu akhir dimana ianya kelihatan agak pekat dan lebih berkrim. Selain itu, "Hindmilk" mengandungi kalori yang tinggi, kaya dengan lemak, dan ia amat penting untuk tumbesaran bayi. "Hindmilk" boleh diibaratkan seperti makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan. Kebaikan untuk ibu pula, jika ibu mengalami puting luka (sore nipple), ianya dapat sembuh dengan cepat kerana susu ini lebih melembapkan serta dapat melegakan kesakitan pada puting susu ibu.

Kedua-duanya mempunyai fungsi tersendiri, "Foremilk" yang menghilangkan dahaga dan "Hindmilk" yang mengenyangkan.

Komposisi susu ibu seimbang dan sesuai dengan keperluan setiap bayi. Biasanya pada musim sejuk, susu ibu akan lebih pekat untuk membolehkan bayi mendapat tenaga, khasiat yang banyak serta lebih kenyang di waktu sejuk. Bila musim panas atau kering, susu ibu akan menjadi lebih cair dan mengandungi lebih banyak air untuk menghilangkan dahaga dan mencegah dehidratan semasa cuaca panas.

Jadi, untuk membolehkan bayi mendapat khasiat seimbang, ibu-ibu boleh menyusukan bayi sekurang-kurangnya 15 – 20 minit bagi sebelah breast sebelum menukarkan ke sebelah lagi breast. Sebaik-baiknya teruskan sehingga breast terasa kosong. Jika breast di sebelah (yang bayi tidak menyusu) terasa berat dan penuh, ibu boleh mengepam sambil menyusu untuk membuat stok EBM.

Tips Memerah/Mengepam dan Memperbanyakkan Penghasilan Susu


1. Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting agar sesi mengepam berjalan lancar, menjimatkan masa dan tidak menyakitkan. Gunakanlah pam yg mudah dibawa, diguna dan dibersihkan. Mengepam tidak sepatutnya menyakitkan. Sekiranya sakit, cuba ubah cara sedutan pam dan sekiranya masih sakit perlu hubungi pakar laktasi utk khidmat nasihat.

2. Setelah semua peralatan tersedia...anda bolehlah mula untuk memerah/mengepam tapi sebelum itu pastikan anda berada di dalam keadaan yg TENANG ya...sebabnya kalau anda stress/tertekan, susu pun malu-malu je nak keluar. Pastikan posisi anda sebelum memerah/mengepam adalah betul untuk memudahkan lagi pengaliran susu.

3. Sebelum memerah/mengepam anda boleh juga urut payudara dengan lembut untuk memudahkan pengaliran susu nanti. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.

4. Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.

5. Minum minuman yg melegakan seperti air suam dgn secukupnya untuk memastikan penghasilan susu yg optimum. Kalau boleh cuba elakkan minum minuman berkafein atau bergas.

6. Semasa memerah/mengepam, lihat gambar atau video si manja anda. Dengan melihat atau mendengar suara si manja, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyuman dia, suara dia.

7. Berzikir - amalkan berzikir semasa mengepam. Berzikir adalah salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah dan secara tak langsung kita akan mendapat ketenangan dan ini akan memudahkan lagi pengaliran susu. Salah satu zikir yg boleh dibaca ialah kalimah YA MATIN (baca 70 kali setiap hari).

8. Jangan lihat hasil perahan - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil perahan ya. Buat benda lain, contoh no 6 & 7 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, kita sendiri akan rasa stress dan ini akan menyukarkan utk susu keluar dgn lancar.

Apa pun yg penting usaha, doa dan tawakal kita. Suplemen insyaALLAH akan membantu kita tapi selebihnya adalah usaha kita sendiri. Mesti sentiasa postif dan perlu ingat konsep supply&demand. Minum cukup air setiap hari (3L). InsyaALLAH niat yg mulia Allah pasti akan permudahkan.

Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik. Sentiasa ingat Allah dan berdoalah agar susu kita akan cukup untuk baby sehingga usianya 2 tahun. 

Amalkan surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati 

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.