Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Khamis, 22 Ogos 2013

PERTEMUAN... rindu mereka semua.




Irfan berpuasa dan beraya awal dengan MAKtok, PakLong & MakLong dan Acu An. Ikutkan tahun ini giliran beraya bersama family zauj tapi memandangkan mertua bakalan beraya ke Pahang dan zauj tiada cuti yang panjang untuk ke Pahang maka tahun ini masih tetap beraya di Balik Pulau, Pulau Pinang. Alhamdulillah....




************************************


ADIBAH

Akhirnya berbulan-bulan dan makan tahun jugak coz last jumpa tyme bertunang, 23/7/2011. Fuhh... sampai dah kawen, pregnant, bersalin n anak dah besar baru dapat jumpa even senegeri sahaja. BFF ever lastingg nihh... budak genisuss dan baik sangat.



DR. RAHILA

Nihh pun pensyarah di UKM yang palinggggggggggg rapat macam kawan. Tido umah, p jalan sekali n balik kampung pun perkara biasa dah la. Last jumpa pun tyme bertunang... hukhukhuhuk. TokMA Irfan nihh.... So kita beraya sekali laa kaa, bukan senang nak jumpa, nanti da peluang nak jumpa n borak panjangggggggg lee boor.



NISA RAHMAN

Nih plak kenalan FB tapi jadi mcm adik-kakak plak... nama panggilan pun hampir-hampir sama. Malah da kata macam adik-beradik dengan saiz n kulit yang sama. Kan3?? Pernah jump dia sekali jeaa..... tyme tuhh belum kahwin lagi.... So kira dia nak bersalin sorang lagik plak baru dapat jumpa. Nanti awokk bersalin kat Penang akak g ziarah yea.



Saya RINDDUUUUUUUUUU zaman berkawan saya sebab sekarang saya hanya ada kawan di alam maya, TIADA kawan life. hukhukhuk. Dok umah saja memangg laa.... kawan bak saya Irfan sajalah..

Tawaran J41


Subhanallah..... 

Alhamdulillahh....

Walailahailallah wallahhuakhbar...

Sesungguhnya ENGKAU Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang. SYUKRAN Ya Allah atas REZEEKI, NIKMAT & RAHMAT yang telah ENGKAU limpahkan ke atas kami sekeluarga. 

TAHNIAH buat zaujku yang tercinta atas TAWARAN yang diterima beliau. 


Tak dilupakan SYUKRAN buat keluargaku yang banyak menolong dan bersusah-payah, juga atas berkat doa mertuaku, juga tolong bantu, mendoakan dsbnya secara langsung atau tidak dari adik-beradik, ipar-duai, biras-beras dll.



Sesungguhnya rezeki beliau.... aku sebagai seorang zaujah sangat gembira, akhirnya doakan, harapanku dan impianku untuk kemajuan dirinya tercapai. Aku individu yang paling BAHAGIA & GEMBIRA sekalipun beliau tidak mengetahuinya.

AKTIF kembali


Menanti...


Menanti....


Menanti......


Terus menanti...


Menanti TAK pasti....





Penantianku untuk jawatan N27 (Penolong Pegawai Tadbir) di PERDA berakhir bilamana dikelaskan sebagai BERJAYA namun hanya sekadar calon simpanan. Kecewa??? Sedih?? Pilu?? Down??? Susah hendak diluah... 1001 rasa, watEva hidup mesti diteruskan, usaha tanpa pernah putus asa sesekalipun alunan langkah makin terasa pincang. hukhukhukhuk.



Positif!!
Tabah!!


Kuat!!!


Maju!!!



Never say never..... insyaallah aku masih hamba yang tak pernah putus asa dalam hidup. Mungkin kerana aku individu yang telah Allah timpakan ujian/dugaan perit yang pelbagai sejak dari aku kanak-kanak hingga remaja. Masa 'ribena' yang tak pernah indah dan surut dari hasad dengki, fitnah, prasangka, salah sangka dsbnya menjadikan siapa aku hari nihh yang mampu hadam segalanya dengan positif, alhamdulillah.

So apa KES selepas ini?? Kalut malut isi balik borang GSST kat Daerah Barat Daya dengan harapan ada rezeki terpijak tapi  hingga ke hari ini depa kata masih tiada kekosongan sedang hakikatnya ada banyakkkkkkkkkkkkk kekosongan guru diperlukan disekolah-sekolah tapi dengar-dengarnya peruntukkan tadak, bajet tak cukup, pihak terbabit malas buat kerja.. So...so.... ummi ini masih dirumah mendidik, menemani, bermain, melayan, memandikan, menidurkan, menyusukan dsbnya Mujahid Soleh kami.

Tapi kan..kan... kan..kan??? Takkan selamanya mahu duduk sahaja berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa.... tak kerja, duit pun ilekk puchikk. hohohoho. Sadisss btol... Kurang-kurang kerja dapat juga bersosial, bekerjaya, memegang duit ringgit sendiri, membeli-belah apa yang terpatut... membantu tanggungan en. zauj. Tapi nak buat apa eikkk?? Nak kembali aktif berbiznes online??


Halamakkkk... komputer pun tadak. Zauj punya rosak screen, nak baiki maw ratusan jugak.
Internet pun teda jugak, mau masuk tenet duit juga.


Maka REHAT dulu tapi hati memang MAHU yang kuat. Ok.. SABAR yeeaa, JANGAN pernah lemah semangat. Tuptapptupptappp....... 10 - 23 Jun 2013 diamanahkan ibuayah untuk jaga nenek dirumah sepeninggalan mereka menunaikan umrah ke TANAH SUCI. Kami terima amanah dengan besar hati dan ringan tangan..



Dan disinilah bermula........... siapa sangka?? siapa duga?? siapa tahu??? Mula-mula hanya sekadar pencarian melilau di alam maya melihat produk yang berpotensi untuk dipasarniagakan secara online. Maka mata terpadang sesuatu yang menarik, tertarik... Maka beli dulu untuk mujahid soleh... testimoni dan nyata ianya produk bermanfaat. Maka bermulalah secara kecil-kecilan BIZ ONLINE dengan Alat Pembelajaran Islamik (gadget bentuk apple). 

Hanya bermodalkan 0 (memang tiada suntikan modal dari mana-mana malah kehabisan wang simpanan), testimoni sdn . bhd. dan marketing yang LAJU maka sambutan yang sangat mengalakkan. Alhamdulilah... maka dengan gigih mengumpul modal dalam jangka masa kurang 1 bulan.




After 3 minggu di rumah family maka kembali ke BAITI JANNATI.... kembali pening memikirkan biz online yang semakin maju namun ketiadaan laptop/komputer dan internet menjadikan segalanya tergantung dan zauj banyak membantu dengan memperuntukkan sedikit masa terluang di opis denganr meneliti tempahan pelanggan. Berkira-kira mahu membeli komputer murah-murah namun modal yang terkumpul tidak mencukupi kerana telah digunakan untuk keutamaan lain dan gaji zauj cukup sahaja memandangan keperluan bayaran WAJIB (pinjaman kereta, rumah, pelajaran, astro, rumah sewa, api & air, susu, pampers, belanja dapur dll) melebihi pendapatan. Allahurabbi.... tetap rafakkan syukur padaNYA kerana cukup pakai, makan minum..

Bincang punya bincang....... tiba-tiba zauj teringat kakak beliau ada komputer usang yang tidak pernah digunakan. Maka kami mencuba nasib mengusung komputer usang, angkut-mengangkut ke BAITI JANNATI. Pecah peluh jugak laa.. kejap ok ke tak komputer tuh. Kena diusahakan juga memandangkan broadband telah dibeli. Thinkkkkkk...... think......... tetiba zauj ada idea bernas bahawa laptopnya masih boleh digunapakai memandangkan hanya screen yang rosak.. kembalilah beliau memproses dan akhirnya BERJAYA. A+++ untuk kerja kerasnya. Maka hingga saat ini jari-jemari ini menaip mengunakan kepala komputer usang kakak ipaq, badannya bergantung badan laptop zauj dan hanya keyboard dan mousenya baru. Alhamdulillah..... DIA permudahkan setelah berusaha, niat keranaNYA.

Maka kerja seharian di rumah bukan semata-mata surirumah sepenuh masa tapi lebih dari itu, surirumah berkerjaya sekalipun kerja BIASA tidak seperti orang lain ada opis yang indah.  Dan seterusnya pada 7 Julai 2013 maka terlancarlah pages khas untuk biz online yang diberi nama RN|i Collection merangkap pangkal nama kami bertiga.



Antara produk yang diurusniagakan dalam pages RN|i Collection ialah :

ALAT PEMBELAJARAN ISLAMIK


BAJU RAIHAN & KURTA (LELAKI)



SHAWL HALFMOON 60"



MINYAK WANGI  (PAKEJ DOORGIFT)


BISKUT RAYA C'COMEL 
Demi sesuap REZEKI : Operasi bungkus-membungkus... yang mana masih berminat nak merasa BISKUT C'COMEL nihh mehh buat tempahan segera. RUGI kalau tak beli!!! Kepada pelanggan yang telah membuat tempahan, insyaallah biskut akan dihantar dengan kadar segera. Alhamdulillah..


TIKAR EVAMATIK


Alhamdulillah.... kini kira hampir 3 bulan menggiat aktifkan diri kembali ke biz online. Syukur atas rezekinya... sekalipun tidak mewah namun cukup untuk membantu zauj.... memberi sedikit buat ibuayah. Moga DIA murahkan lagi rezeki kami sekeluarga. Amin ya rabbal amin... Dalam masa yang sama sedangn merencanakan sesuatu, usaha mengintai peluang perniagaan yang lebih luas. Misi mencari kedai dengan harga sewa berpatutan.