Ucapan KHAS dari kami sekeluarga
Ummi, Walid & Irfan
buat semua pembaca belog tak seberapa ini.
Selamat Berpuasa & Selamat Menunaikan Terawih. Yokk rajin ke masjid!!
Okes.. entry ini untuk menjawab PERTANYAAN beberapa orang. TIADA niat mendabik dada, belgak bagus, menunjuk-nunjuk, perasan bagoss dan sebagainya. Coretan ini hanya perkongsian bagi orang-orang yang mahu dan bersedia untuk BELAJAR DARI PENGALAMAN orang. (^_^)
1) NIAT
Setiap apa yag kita lakukan bermula dengan NIAT. So sila ikhlaskan hati ,niat dalam hati dan set dalam minda bahawasanya tujuan utama adalah MAHU DIDIK ANAK MENCINTAI MASJID. Bila dah kunci rapi NIAT nih maka akan terhindarnya kekonon rasa nak tayang anak kat orang ke, nak kepochi kat jemaah yang kita laa boleh bawak anak ke masjid, kita laa ibu/mak/ummi/bonda mithali dll. NIAT betul insyaallah takkan wujud rasa riak, ego or sombong. Tapi if kita niat baik pun... tak dinafikan AKHIR ZAMAN bila buat baik sekalipun orang akan pandang jelek malah akan 'bunyi-bunyi' yang tak enak didengar. NORMAL!! So buat pekak dengan langau duniawi. Insyaallah kita tahu TUJUAN & MATLAMAT kita. Janga tersasar sudah..
Pengalaman Sdn. Bhd. : Para jemaah toleh-toleh belakang dengan raut wajah dan riak muka yang pelbagai (pelik, tertanya-tanya, tak suka, suka dsbnya). Semuanya dibalas dengan senyum manis. Malah ada juga yang siap bertanya soalan; 'Awat banyak baby mai masjid"?', 'Awat tak tinggai kat tok dia?', 'Satgie dia nangeh kot, kacau orang nak semayang' dll. Bibir menguntum senyum sedang dalam hati macam ter'bakar' gak tapi zikir-zikir. Anggap jea jemaah sedang bertegur sapa. (^_^)
2) DOA
Then DOA... doa... doa yea kawan-kawan. Doa supaya ALLAH s.w.t mudahkan urusan kita bawa si kecil ke masjid. Insyaallah niat betul, urusan baik YAKIN pasti DIA akan permudahkan urusan kita. Mohon DIA bagi kita kekuatan nak didik anak mencintai masjid, doa mohon DIA tenangkan hati kita buat ibadah, doa DIA pelihara anak kita baik dsbnya. Doa tak semestinya tyme kat masjid jea, tiap kali waktu solat, nak buka posa ke berdoa jea untuk tujuan/matlamat kita nih. Setelah berdoa, apa sekalipun yang berlaku DIA tahu yang terbaik untuk kita.
Pengalaman Sdn. Bhd. : Simpan niat dari dedulo lagi then sebelum Ramadhan lagi dah sentiasa doa... doa dan doa. Moga si comel baik-baik sahaja. DOA ada kuasa yang sangat hebat kadang tak terjangka dek akal.
3) PILIHAN KEDUDUKAN
Okes ini PENTING untuk memastikan kita (dengan si kecil) tidak mengganggu jemaah lain, tidak dipandang dengan jelingan menyinga, tidak diterkam dengan kemarahan jemaah. Sekiranya membawa si kecil yang masih belum boleh berjalan seeloknya duduk dihujung saff untuk memudahkan urusan keluar-masuk andaikata si kecil 'bunyi-bunyi' manja. Takpun boleh juga duduk di saff belakang sekali bersama dengan kanak-kanak yang belum dewasa lagi. Kalau agak risau, awal-wal tuhh boleh laa duduk di saff belakang, tengok gelagat si kecil, andaikata akhlaknya comel terpelihara dalam beberapa hari maka boleh laa hari berikutnya ke saff ke depan-depan sikit. Tengok pada situasi dan keselesaan... dan paling penting pilih tempat yang selesa, tidak panas dan bersih untuk si kecil (maaf, terdapat juga masjid/surau yang kurang terjaga dan berhabuk). Bila kedudukan KENA maka kita pun senang hati nak menunaikan ibadah. Tadak laa kejap-kejap nak tengok/jeling si kecil kot termakan habuk ke, kutip serangga ke apa... Tahu-tahu naluri ibu/ummi/mumy/bonda kan cepat risau.
Pengalaman Sd. Bhd. : Pertama kali memang dah target nak duduk saff belakang sekali tapi tetiba mak sedara nampak dan panggil solat bersebelahannya maka ikutkan tapi saff hujung sekali agak-agak dekat dengan bahagian nak ke tandas (ruangan luar). Agak membimbangkan sebab si kecik tersangat suka bergolek-golek kang tergolek sampai ke bahagian tandas masalah lain pulak. Maka solat pun jadi agak terganggu. Malah karpet di situ agak kotor dan memusykilkan almaklum laa masjid kampung. Selesai 4 rakaat beralih ke saff paling belakang bersama jemaah cilik yang lain. Alhamdulillah lebih tenang kerana nampak si kecik depan mata even tergolek sana-sini pun coz letak dia kat depan saff nak solat tuh. Malah ada kakak-kakak cilik yang turut 'jaga'kan si kecik tuh. Selesai terawih 8 rakaat bersama witir.
4) BARANG KEPERLUAN/KEHENDAK
WAJIB bawak segala keperluan yang diperlukan oleh si kecil seperti susu, pampers, air, bantal busuk sekiranya ada. Jangan dilupa segala macam mainan dan alat-alat yang boleh menenangkan si kecil dsbnya. So bila letak anak samada kat sebelah atau depan kita letakkan bersama-sama mainan/bantal si kecil. Si kecil akan khusyuk bermain-main dengan mainannya untuk masa seketika dan bila habis tiap-tiap 2 rakaat layan si kecil sebentar. Sekurang-kurangnya si kecil tidak menangis kebosanan dengan barang permainannya.
Pengalaman Sdn. Bhd. : Bawak pampers, susu, bantal (Irfan tadak bantal busuk), alat mainan. Sebelum solat akan layan dia borak-borak then acah-acah dia bagi dia riang gembira. Then bila mula solat letak dia kat depan bersama dengan bantal dan mainan dia. Perhati jea dia seronok main, bila bosan dia bergolek-golek. Dan selalunya mula sedikit lewat solat untuk memastikan si kecil selesa sebelum meneruskan solat berjemaah. Tapi yang pasti si kecil paling suka tergolek-golek dan datang bermain dengan telekung solat umminya yang mengerbang.. siap ketawa mengekeh lagi. Irfan memang suka dengan benda yang terbang-terbang. hihihihihi. Then selesai 4 rakaat, nak doa panjang skit akan angkat dan pangku dia sama-sama baca doa dan aminkan. Kalu perasan si kecil lapar akan susukan dia dulu sampai kenyang then baru meneruskan perjalanan solat. Alhamdulillah si kecik OK setakat hari ini... peluang dariNYA nak terawih berjemaah.
5) TENANG
PERHATIAN!! Ini juga sangat diperlukan untuk para ibu/bonda/mama/ummi dll.Cool jea andaikata si kecil mula membuka vokal. Just berhenti solat then pujuk si kecil dengan baik, check samada lampin basah or dia popo, takpun lapar. Kalu volume vokalnya bertambah dodoikan dia sampai tertido... zikir dan selawat. Peluk si kecil erat-erat, insyaallah tak lama tangisannya. Mungkin minta sedikit perhatian kita atau DIA nak uji kita sikit. Don't be glabah ok, satgi kita glabah teruih taktaw nak pun apa alih-alih balik teruih coz nak solat pun tak senang duduk. Dalam ertikata lain kalau sempat terawih berjemaah 2, maka 2 sahaja, kalu 4 rakaat pun 4 saja lalaa tak perlu gelun/kalut nak buat sampai habis. So berbalik pada niat.. DIDIK ANAK MENCINTAI MASJID. Lagi plak Solat Terawih adalah SUNAT. Nanti balik rumah boleh sambung Sdn. Bhd. kalu nak kerana tiada paksaan.
TIADA pengalaman Sdn. Bhd.
6) BERMANIS MUKA
Rajinkan diri bermanis muka dengan semua para jemaah. Bilamana mereka memandang anda dan si kecil berilah senyuman termanis dengan ikhlas hati. Tak rugi pun.. Untung-untung ada yang tolong layankan si kecil anda. Bila para jemaah bertanyakan pelbagai soalan yang mengundang STRESS tetaplah tersenyum, beroleh pahala lagi. Alih-alih mungkin juga orang yang nak marah, rimas dan rasa terganggu kita bawak si kecil pun leh senyum balik kat kita.
Pengalaman Sd. Bhd. : Mula kekok gak takut nampak macam kerang busuk tapi abaikan perasaan tuh so senyum jea la. Dengan jemaah cilik pun kita senyum so depa jadi tak takut dengan kita. Awal-awal jemaah cilik nampak was-was nak main dengan Irfan tapi mungkin tengok Umminya senyum so mereka pun mendekati Irfan. Malah siap jagakan dan amin dengan si kecil itu. Maka dapat Ummi solat dengan aman. Even jemaah cilik main-main dengan si kecil kurang-kurang jadilah menghilangkan kebosanan si kecil nak teman berborak. hihihi.
Alhamdulillah... setelah beberapa hari rasa lebih SELESA. sedikit sebanyak nampak muka jemaah dewasa yang awal dahulu menyambut dengan riak sedikit keruh dan kini lebih JERNIH. KURNIAN Ramadhan terindah.. kerana belum tentu panjang umur Ramadhan tahun berikutnya dan solat sunat terawih bukan setiap bulan. Waktu-waktu ini juga cuba merebut pahala berjemaah malah lebih penting tertunai niat DEKAT Irfan dengan masjid a.k.a DIDIK ANAK MENCINTAI MASJID. Untuk jemaah yang menunaikan terawih 8 rakaat, selesai sahaja solat beserta witir pasti akan datang menegur dengan ramah. Moga ucapan INDAH dari mereka-mereka dimakbulkan Allah dan menjadi rahmat untukmu Muhammad Irfan Naqib.