Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sabtu, 24 Mac 2012

Jatuh CINTA




Ya ALLAH aku telah jatuh CINTA
Jatuh CINTA kepada lelaki HALAL bagiku
Labuhkan CINTAku pada dia yang mencintaiMU
KAU pimpinlah hati ini
Jadikanlah kecintaiku ini mendekatkan aku denganMU
Satukan CINTA kami di atas kecintaanMU
Rahmati dan peliharalah KAMI.
Amin…amin…amin… Ya Rabbal amin.

Jatuh cinta pada dia yang berhak...
DIA zaujku...

Menemani yang terCHENTA



Tempat: Kolej Damansara Utama (Penang)
Tarikh: 24 Mac 2012
Masa: 3.00 petang

Nih dah macam nak buat surat rasmi pulak……. Ok3, malas taip panjang3 just nak maklumkan bahawa pada saat ini pertama kalinya CIK Puan Nisa menemani zauj terchenta bekerja.  En Zauj usung daku ke opis.. almaklum laa talehhh berenggang langsung sejak3 kahwin ni. Nak bertiga jaa…. Opppsss, silap3. Nak berdua jaa ke mana-mana pun. Moga akan datang bertiga/berempat laa pulak. Amin ya rabbal amin.


Jadual hari ini:
7 pagi
Sapu + kemas rumah sebaik mungkin
9 pagi – 5.30 petang
Menemani En. Zauj terchenta bertugas di KDU (Penang)
1.00 tengahari
Dating/Lunch bersama-sama di Padang Kota – Mee Sotong + Coconut  Shake
5.30 petang
Balik Nibong Tebal – Rumah kakak ipar + mentua
8.00 malam
Mcd with beloved sista in law



BAHAGIA menjadi zaujah keCINTAan zauj.



Jumaat, 23 Mac 2012

Setelah 2 Minggu



 2 minggu telah berlalu, menjalani kehidupan sebagai sepasang suami isteri.
Bertukar sahaja STATUS baru maka diri dihujani dengan persoalan yang SAMA.berulang kali oleh individu-individu yang berBEZA.

Seronok KAHWIN?




Best dak KAHWIN?




Syok KAHWIN?




..........etc.............






Dan JAWAPAN saya tetap SAMA. Alhamdulillah,  bersyukur sangat atas NIKMAT rasa ini. Diberi kesempatan olehnya untuk melayari keindahan perasaan CINTA, BAHAGIA... Mungkin inilah juga yang dirasakan oleh wanita-wanita lain di luar saya yang menjalani CINTA BA'DA NIKAH.

2 minggu bergelar zaujah kepada En . Razis Shamsudin dipenuhi dengan pelbagai gelagat dan kerenah. Alhamdulillah..... masing-masing mudah menerima 'pembaharuan' diri dengan baik. Perkahwinan ini dipenuhi dengan pelbagai rencah;  manis... masam-masam... lucu.... gembira... usik-mengusik, manja dsbnya. Moga segala yang dilakukan beroleha PAHALA daripadaNYA.

Sayangg CINTA sepenuh hati zauj saya. Insyaallah, forever & ever till Jannah. Amin ya rabbal amin.

Selasa, 20 Mac 2012

Miliknya yang SAH

Dengan lafaz ALHAMDULILLAH, setinggi kesyukuran diucapkan pada YANG MAHA ESA, atas limpah rahmat dan kasih sayangNYA maka Walimatul Urus KAMI (Nur Khairunnisa Binti Saad & Razis Bin Shamsudin berjalan lancar dan sempurna. Diucapkan jutaan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada SELURUH KELUARGA  yang menjadi tulang belakang utama menjayakan majlis KAMI.  Buat ibu, ayah, TOK yang dikasihi, kak long & abang long, abang cik, kak shima & ustaz sekeluarga, abang anuar & kak norli sekeluarga,  mak teh & pak teh sekeluarga, umu, pak ndak & mak ndak sekeluarga, mak ngah & pak ngah sekeluarga, sahabt terchinta , SYUD yang berkorban masa dan wang ringgit,  ADIBAH tersayang yang sudi menghadirkan diri dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

SYUKRAN juga diucapkan kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis saya dan zauj tercinta, Razis Shamsudin pada 9/10/11 Mac 2012. Juga ucapan terima kasih buat ‘anda-anda’ yang bermurah hati memberi HADIAH dan SAGUHATI perkahwinan kepada KAMI. Jutaan keMAAFan dipohon andai ada kekurangan/kelemahan layanan sepanjang majlis berjalan. Mohon doakan KEBAHAGIAAN kami berpanjangan, perkahwinan diberkatiNYA dan jodoh berkekalan until JANNAH, insyaallah. Indahnya hidup BERSYARIAT.... CINTA selepas NIKAH.

Tempek beberapa gambar EHSAN daripada kengkawan. Gambar sendiri kena tunggu daripada photographer. Harap maklum.