Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Memaparkan catatan dengan label Mujahid Solehboy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mujahid Solehboy. Papar semua catatan

Isnin, 6 Mei 2013

Baby Bullet untuk SI COMEL



REZEKI inikalilah: Baru-baru ini sibuk juga mencari lihat di laman sesawang barang persediaan untuk MUJAHID SOLEH yang tidak lama akan menginjak ke usia 6 bulan. Hampir sudah membuat tempahan untuk memiliki Baby Bullet yang comel ini namunDIA telah aturkan untuk meringankan KAMI dengan menggerakkan hati Mak Long Zydya Fur Elise hadiah benda bermanfaat ini untuk Irfan. SYUKRAN Mak Long.... Irfan sayanggg Mak Long & Pak Long Yusri Fur Elise. Nanti makin bolat dan gebu laa Irfan bila Ummi mula bagi makan so Ummi kena laa rajin...

 {Si Comel yang riang ceria nak buka hadiah}

{Inilah HADIAH Si Comel}

{Ini pula ISI PERUT dalam kotak itu}

{Segala peralatan comel untuk Si Comel}



MOOD: Tidak SABAR untuk beri Si Comel makan.

Khamis, 21 Mac 2013

Perkembangan 3 bulan pertama MUJAHID SOLEHboy


Alahaiiiiiiiiiii buzy laa ummi Irfan nihh... Sampai tak menyempat nak update blog... mana taknya sebok jea dok ngedate ngan Irfan. Perihal DERITA susu-menyusu pun belum sempat dipublish coz penceritaan belum tamat, baru dok separuh jalan. Takpa lagu mana pun compem ummi Irfan cuba publishkan jugak sedikit masa nanti.

Ok... memandang nak post entry dengan lelaju maka ummi Irfan nak dedahkan secara esklusif perkembangan Mujahid Solehboy ummi dan walid dalam tempoh 3 bulan ini.

Saat awal KELAHIRAN
1. Berat 3.25 kg
2. Panjang 53 cm 
3. Ukuran lilit kepala 32 cm


Di usia SEBULAN
1. Berat 4.2 kg ('berasa' n lenguh jea sekarang bila dukung]
2. Panjang 54 cm (walid cakap riba dah tak muat peha)
3. Ukuran lilit kepala 39 cm (moga jadi anak yang pintar cerdik)


Di usia DUA bulan

1) Berat : 5.2 kg [naik 1kg sebulan so VERY GOOD]
2) Panjang : 58 cm [meningkat 4 cm dalam sebulan]
3) Lilit kepala : 40 cm


Menjangkau usia TIGA bulan
1) Berat : 5.8 kg [naik sikit jea, 400 gram]
2) Panjang : 62 cm [meningkat 4 cm dalam sebulan]
3) Lilit kepala : 41 cm



Moga Muhammad Irfan Naqib terus membesar dengan sihat, sempurna, bijak pandai dan baik akhlaknya. Amin ya rabbal amin. 'DIA' anugerah terindah di Hari Ulangtahun Perkahwinan yang PERTAMA.Akhamdulillah..