Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Memaparkan catatan dengan label TA'ARUF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TA'ARUF. Papar semua catatan

Ahad, 29 Januari 2012

R & N / N & R



~Keronsang COMEL~

Jumaat, 20 Januari 2012

Buat BAKAL ZAUJku



Kehadapan bakal zauj ku...
Ana di sini sihat selalu walaupun terkadang kesakitan bertandang,
Namun janganlah anta bimbang... Ana di sini mampu menahannya kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan apa yang hambaNya mampu.
Diharap anta pun dalam keadaan sihat dan sejahtera serta sentiasa berada di bawah rahmatNya walau di mana jua anta berada.


Warkah ini dilayangkan bukan untuk mengganggu...
Sekadar ingin meluah rasa yang lama terbuku...
Maafkan Ana andai selama ini Ana leka dengan cinta dunia
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak menjaga tatasusila
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak mensiakan cintaNya
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak ingat padaNya
Ana serba kekurangan...diharap anta boleh melengkapkannya
Ana BUKAN jelitawan...diharap anta mampu menerimanya
Ana BUKAN cendikiawan...diharap anta mampu membimbingnya
Ana BUKAN hartawan...diharap anta sanggup bersama 


Yang Ana pinta BUKAN ketampananmu...
Yang Ana damba BUKAN hartamu...
Yang Ana mahu cuma imanmu...
Yang Ana ingin hanyalah tauladanmu....


Bimbinglah Ana...
Tunjukkanlah Ana...
Ana tidaklah puitis untuk menulis bait-bait kata...
Ana tidaklah petah dalam tiap bicara....
Namun, yang pasti...
Ianya ikhlas lahir dari hati....




Ana harap kita akan dipertemukan suatu hari kelak...
Di mana ketika itu...Ana sudah bersedia...
Ana HALAL untuk mendampingi anta...
Bukan hanya sebagai zaujah kepada anta...
Tapi UMMI untuk KHALIFAH KECIL kita..


Ana mencari siapa yang ikhlas menemani...
Ana mencari siapa yang sanggup memberi...
Ana mencari siapa yang mampu menerima...
Ana mencari siapa yang pasrah dan redha...


Andai jodoh kita berkekalan...
InsyaAllah kita akan berbahagia..
Meskipun hayat hidup tak sama...
Ana akan berusaha membahagiakan anta..


Andai jodoh bukan milik kita..
Usahlah anta bermasam durja...
Pasti ada hikmah di sebaliknya...
Ana doakan kebahagiaan anta..
Bermohonlah padaNya selalu..
kerna cuma Allah yang mendengar isi hatimu...


Dari bakal ZAUJAHmu......
NKS....

Isnin, 19 Disember 2011

I PROMISE


3 HARI LAGI???
3 HARI LAGIII???
3 HARI SAHAJA LAGI???




Lagi 3 hari masa untuk menunaikan JANJI.
Even bukan sebuah janji sekalipun,
 Sudah sampai WAKTUnya.

Telah siap menjalani tempoh yang separa MATANG.
Perjalanan sebuah TA'ARUF.
Hampir melepasi UJIAN khitbah.
Sedikit masa lagi perlu berTAHAN.



Alhamdulillah..
Merasakan sudah sampai masanya
Untuk memaklumkan STATUS diri  yang terus menjadi tanda ???
Supaya tidak wujud lagi LAMARAN tidak berbalas.


Bakal bertukar status pada tanggal 23 December 2012.



YA ALLAH, lindungilah kami dari hasad dengki manusia. Peliharalah ikatan khitbah yang terjalin antara kami. KAU satukanlah kami dalam ikatan yang SAH. Moga kami terus diJAGA dalam rahmat dan kasih sayangMU. Amin..


p/s: nakkkkk lambatkan lagi boleh tak?? agak3 nak seminggu lagi kawen baru gtaw. hihihi.

Rabu, 14 Disember 2011

Imbas kembali



Bukan rakan persekolahan.
Bukan kawan sepermainan.
Bukan cosmate di universiti.
Bukan sahabat sekerja.

Dan kerana itu aku  terus berdoa.
Cukuplah dia menjadi TEMAN SEJATIku sampai syurga.

Antara kenal dan tidak kenal.
Sekadar kenalan biasa-biasa.
Dalam tempoh yang singkat.
Sekitar 1-2 bulan pertama.

Tidak diduga dan menduga.
Dirisik kata-kata ber'ISI' hajat besar.
Antara  percaya dan sangka ia JENAKA.
Dan risikan tidak rasmi diTEGASkan.

Dengan rasa tidak pasti dan keliru.
Dikhabarkan juga pada kedua orang tua.
Maka pihak sini mengalu-alukan pihak sana.
Pihak sana datang membawa 'MAKNA'.

Tempoh diminta untuk menimbang keputusan  tepat.
Istikharah jalan terbaik di sisiNYA.
Dan JODOH bila jalannya mudah
Alhamdulillah...




Khitbah tempoh pengenalan sebenar.
Ta'aruf menurut Islam dijalani.
Moga dia yang terbaik untukku
Dan aku terbaik untuknya.

Amin...amin.. amin ya rabbal amin



**ringkasan cuma untuk ingatan diri agar tidak lalai dan leka.



Rabu, 7 Disember 2011

PRINSIP DIRI

Benar-benar meMAKSUDkanya: {Kalau suka, jumpalah ibubapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tidak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. } Hanya mendambakan CINTA HALAL selepas AQAD. Moga DIA terus pelihara hati ini yang telah dijaga lebih dari 25 tahun. Insyallah... Amin.


“Ya Rahman… Ya Rahim, sekiranya mereka-mereka memohon kepadaMU untuk dijodohkan serta berkahwin dengan orang yang mereka cintai, sementara aku ingin memohon kepadaMU agar melapangkan hatiku untuk mencintai orang yang bakal berjodoh dan berkahwin denganku”

TEMAN SEJATI

Hayati lagu ini, teliti bait-bait kata INDAH.





Hakikatnya ada CERITERA cinta di sebalik nasyid ini.
Nasyid beserta video TEMAN SEJATI sebenarnya pernah diberikan seseorang pada saya.


p/s:  seseorang itu pastinya Akhi Tunang saya.