Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sabtu, 29 September 2012

Diari Hamil (Trimester 1)


Bulan PerTAMA
Mengalami sakit dan ngilu di bahagian ari-ari yang berkeMUNGKINan akibat jatuh terduduk di Jeti Pulau  Dayang Bunting. Sakit Allah sahaja yang tahu.... Ada juga bibit-bibit kerisauan andaikata diberi 'rezeki' awal even masih terlalu awal di mana usia perkahwinan baru memasuki 3 minggu. Ikutkan perkiraan lebih kurang 5-6 hari lagi akan didatangi bulan 'wajib' wanita. Niat hati mahu melakukan ujian UTP sdn. bhd. tetapi en. zauj suruh tunggu dan sabar sampai tempoh haid sebenar, andaikata haid tidak kunjung tiba baru akan buat ujian UTP dan buat pengesahan di klinik (alasan en. zauj haid regular so tak susah nak detect pregnant atau tak).

Tapi kan.... kannn...... memang DASAR wanita kot, tak tahan daulat sebabnya sakit kat ari-ari makin mencucuk dan breast sangat sakit yang menambah kerisauan saban hari. ADA ke tidak... kalu ada macamna if dah jatuh hari tuh, kalu tadak plak macamnan??? Maka diam-diam, saya pun membeli UTP di farmasi dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Tapi terperap 2 hari juga alat tuhh dalam handbag kerana takut-takut nak buat ujian. Sambil-sambil tuhh kalut juga cari-cari info kat google berkenaan ujian UPT sebelum miss period.

Akhirnyaa NEKAD, 5 April 2012 saya membuat UPT pertama kalinya di awal pagi sebaik sahaja bangun untuk solat subuh. Sangat-sangat mendebarkan dan penuh harapan MUNGKIN. Dalam masa 5 minit kelihatan line kedua yang SANGAT SAMAR. Apakah??  Keesokan harinya saya buat ujian kali kedua dan masih ada DOUBLE LINE yang samar. Hati berbisik girang andaikata IAnya benar. Untuk kedua-dua hari nihh siap sempat snap picture UPT tuhh sebagai bukti nak tunjuk kat en. zauj. Pikir punya pikir macamna nak maklumkan kat en. zauj memandang beliau awal-awal lagi tak bagi buat UPT. hihihihihi.


[ Percubaan dua kali dengan gigihnya ]

Maka dalam kereta semasa on the way bersama ke tempat kerja bagi kat en. zauj  kamera, kebetulan beliau nak tengok gambar beliau dalam tuhh tapi saya lebih CERDIK terus setkan kat kamera tuhh gambar UPT  berDOUBLE LINE dengan harapan beliau faham. Mula-mula en. zauj agak blur..... ohhohohho pastu dia tanya nih sapa punya?? Sentapp........ terus jawab "NTAH. sapa punyan ntah saja p tangkap gambar masuk dalam kamera tuhh". Pastu beliau dah macam faham.... betul ke nihh?? Saya just lehh jawab tak pasti, kita berdoa jaa dan tunggu 9hb samada datang sahabat karib (Si Merah) ataupun tidak. Beliau SENYUM yang membuatkan hati saya lebih-lebih berbunga riang. Hope ini bukan harapan PALSU. Dan petangnya beliau bawa saya ke klinik untuk buat pemeriksaan memandangkan zaujah asyik mengadu makin kerap sakit di bahagian ari-ari. Keputusannya POSITIF tapi KAMI masih 50%-50% sebab rasa macam awal yang tersangat, usia perkahwinan baru cecah nak cecah sebulan.

8 April 2012 balik Nibong Tebal, beliau dan sibuk-sibuk suh makan segala bagai ubat yang doktor bekalkan sampai mak mertua dan adik-adik ipar pun jadi pelik dan tertanya-tanya???? Esoknya 9 April 2012 KAMI sama-sama bersetuju dan membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan untuk pengesahan yang sebenar-benarnya bersama dengan mak dan adik-adik ipar. Masing-masing menanti penuh HARAPAN. Mula tuhh md dah macam swing sebab nurse veteran (kawan mak) cakap kata nihh belum pregnant lagi mungkin  horman jea bila tunjuk gambar UPT. Muka pun dah kelat dan time gie shushu pun dah macam down sangat+tak berperasaan. Tapi pasrah gak laa, tunggu dalam 15 minit, dok nampak dari jauh nurse dok buat ujian 3 kali untuk memastikan pemeriksaan adalah tepat. Tak lama lepas tuhh. dipanggil dan nurse bagi kad yang mencatatkan keputusan pemeriksaan. Mula-mula tanak tengok.... pastu pandang jugak laa kat  kad tu sambil cari-cari kat mana keputusan dia then terus terpandang yang di'bulat'kan adalah POSITIF.     ALHAMDULILLAH.... diSAHkan benar sebagai pembawa makhluk Allah s.w.t. Saya happy, en. zauj pun suka macam tuhh laa jugak mak dan adik-adik ipar. Insyaallah cucu SULONG untuk family mak dan abah sementara cucu kedua untuk ibu dan ayah sekeluarga.

Bulan keDUA
Mungkin orang cakap macam tergesa-gesa coz awal-awal dah buat KAD MERAH tapi KAMI sekadar mengikut saranan doktor untuk mengelakkan kemungkinan yang tidak dijangka daripada awal (nauzubillah). Disahkan HAMIL 5 minggu... Kehadiran 'ANUGERAH' terindah dalam my tummy masih menjadi rahsia , cuma dimaklumkan kepada kedua ibubapa dan adik-beradik kerana masih terlalu awal dan tidak mahu terlalu berlebihan. Niat di hati pun apabila melepasi 1 trimester yang mencabar baru akan berkongsi 'rasa' dengan orang lain kerana kita tak mampu menjangkakan kemungkinan yang mendatang.


[ihsan dari Pak Cik Google juga]


Check up kali PERTAMA:
  1. Berat 65.6 kg
  2. Tekanan darah 110/70
  3. Disahkan 5 minggu usia kandungan
Bulan yang agak menduga even tidak menghadapi morning sickness apabila dilanda GASTRIK yang sangat teruk. Kesakitan di bahagian Miss B makin menjadi-jadi dan dilanda kemalasan yang amat. Sementara rasa ngilu di bahagian ari-ari makin berkurangan, doktor maklumkan keadaan tersebut disebabkan penempelan sedang berlaku di dinding rahim. Bersyukur sangat kerana 'kemalangan' yang tidak disengajakan semasa di Langkawi tidak memberi kesan negatif kepada kehamilan.




Bulan ini juga dilanda EMOSI yang tidak terkawal, kesian sangat dengan en. zauj yang sememangnya kena BANYAK bersabar. Pantang silap sikit, salah cakap pasti moody. Airmata pada bulan-bulan ini sangat MURAH, senang jea nak mengalir. Pelik pun ada bila memikirkan balik sebabnya saya stok SUSAH nanges+hati keras. Selain itu saya sangat perasan bahawa saya cepat lapar dan sangat kuat makan, mulut asyik nak makan ja even baru jaa makan 10-15 minit yang lalu.



Antara tanda yang mula kelihatan pada diri pemegang status pregnancy woman:
  1. Ngilu di bahagian Miss V
  2. Rasa tegang dan sakit Miss B
  3. Badan asyik berangin dan kerap dilanda gastrik
  4. Cepat lapar dan kuat makan
  5. Malas yang teramat
Rasa gerun andaikata BERAT naik berkilo-kilo. huhuhuhuhu. Tapi beliau asyik suruh saya makan, katanya untuk baby + makan dua orang. Nanti saya gemok + tak cantik JANGAN tak sayang pulak k. Hasil check up kali KEDUA:
  1. Berat naik ke 66.5kg
  2. Tekanan darah 90/60
  3. HB adalah snormal 11.2gm
  4. Ketinggian rahim 9 cm.
  5. Hamil 9 minggu

Bulan keTIGA
Bulan ketiga makin kerap dilanda gastrik, sememangnya sangat tak tertahan sakitnya. Lemah satu badan dan mampu terbaring sahaja. Terpaksa rujuk doktor memandangkan hamil dan tidak boleh mengambil ubatan sebarangan. Si Comel 'baru' sangat dan tengah develop makanya harus berhati-hati dan lebih teliti dalam setiap perkara. Berlaku pertambahan simptom wanita hamil seperti berikut:
  1. Tidur yang tidak nyenyak
  2. Lebih kerap kencing dari kebiasaan
  3. Selalu sahaja pening dan sakit kepala




Mula minum susu untuk berikan Si Comel kalsium secukupnya yang diperlukan olehnya, Dan pilihan susu IBU pertama adalah Anmum Materna. Waktu-waktu ini sememangnya dipantau secara EXCLUSIF oleh en. zauj dari segala aspek samada makan, minum, ubat-ubatan, vitamin, pergerakan dan lain-lain. Walidnya nak OUR LITTLE CALIPH membesar dengan sihat, cerdas, kuat dan shomel. (^_^) Alhamdulillah kerana dalam soal minum susu saya TIDAK alah. Cuma bab makan ubat (vitamin) sahaja sedikit malas. Andaikata tidak diingatkan oleh beliau maka saya pun diam aje la.



Dugaan paling TERUK semasa usia kandungan memasuki 3 bulan adalah dilanda demam yang berlarutan hampir 2 minggu, sakit kepala ditambah pula dengan pembengkakan TONSIL beserta nanah penuh di sekeliling kedua-dua belah tonsil dan juga ulser yang membiak dengan jayanya di sekitar lelangit dan gusi. Saat nihh langsung tak mampu nak buat kerja, hampir semua kerja beliau amik alih. Syukran En. Zauj.... beliau faham saya 'bawa'  anak beliau. 

Pada saat dan ketika ini hanya dapat makan benda yang berbentuk cecair itupan terSEKSA yang teramat sangat. Even teguk, hirup atau sedut air adalah sangat-sangat sakit.  Saya cuba memaksa diri untuk makan memikirkan Si Comel dalam tummy memerlukan makan untuk tumbesaran sekalipun menitis airmata melawan rasa perit yang tak tertanggung. Makan UTAMA ketika ini hanya bubur nasi dan kentang lenyek. Maka hasil check up sangat-sangat tidak memberangsangkan.                      

Check up kali KETIGA:
  1. Berat turun dari 66.5 kg ke 66kg
  2. Tekanan darah 90/60 ---> 100/60
  3. HB adalah sangat turun dari normal 11.2gm ke 9.9gm.
  4. Hamil 13 minggu setengah

Entry lama... boleh rujuk sini UMMI to be (1)

Sabtu, 22 September 2012

Just survey - MATERNITY SHOOT


Penat seharian menemani zauj tercinta di opis mencari harga paling BAJET untuk maternity shoot. Rasa nak jugak-jugak sampai menitik airmata tengok-tengok gambar orang dok photoshoot. Apa kes??? Penat tak tipu... penat MATA coz dok terkebil-kebil depan lappie dari pagi sampai petang, penat MUKA kot asyik dok muncung ja tak jumpa apa yang dicari, penat MINDA dok pikir macamna laa nak buat bagi JADI jugak photoshoot idaman nihh, penat BADAN dok kat kerusi yang empuk nihh dalam kondisi tummy semakin membesar dan tidak selesa. Ini namanya SAKIT cari sendiri... :-


Survey punya survey banyak tawaran sekitar RM300 ke atas even just shoot dan burn softcopy. Memang over budget laa dear. KITA bukan orang kaya, kita orang kebanyakan jea. hukhukhuk... SEDIH lagi. Kalau laa..... kalau la...... KALAU LAAA da kamera canggih dan sendiri pandai shoot kan senang, tayah nak buang-buang duit sekadar nak create KENANGAN yang takkan berulang. :-( ohohohohohohooo.


Lastly dapat tawaran terendah antara semua even rasa macam MASIH juga tidak berkemampuan memandangkan banyak peruntukan diPERLUkan ditempat lain. Ok kita tentang apa yang ditawarkan.

HARGA:
NORMAL RM300
RETURN CUSTOMER RM250
SPECIAL untuk saya RM200

PAKEJ:
1 sesi outdoor (no limit)
1 framed picture
++ 20 keping gambar saiz 4R (special)


Agak-agak ok tak HARGA yang ditawarkan ini? Tadak ke RM100 ke bawah just shoot and softcopy. Sempat jugak teneng-teneng pakej konvo. Nihh pun macam ok untuk KONVO.... sedang memikirkan KEINGINAN vs KEWANGAN????????




Allah lindungi & peliharalah KAMI


A moment in my tummy

A great joy is cominggg....

A lifetime in my HEART


Mengidam atau IDAMAN hati??


Niat di hati nak buat tinggalan sejarah berkenaan SI COMEL selama dia in my tummy tapi macam taktaw nak mula dari mana. Hari ni dah 27 minggu, alhamdulillah. Orang dok cakap tak lama dah tapi kan UMMI rasa macam lama sangat lagi. Hakikatnya UMMI tak sabar nak tengok muka si comel, nak pegang3 dia, belai3 dia, cium3 dia dan gomoi-gomoi dia... hikk3. 



Tak sabar nak tengok rupa anak sendiri hasil gabungan 2 genetik Boleh gitu??

Macam banyak ja nak karang so kita tangguh dulu di kemudian hari.... harr2. Tunggu taip habis dulu dalam word then nanti saya postkan buat tatapan umum. Sabar ok...

Bila tummy makin memBOLAT maka keinginan pun makin  menjadi-jadi. Dok mengidam MATERNITY PHOTOSHOOT bersama zauj tercinta. Bunyi sedikit yang tak banyak mengada tapi ada i KESAH?? Sekadar untuk kenangan dan koleksi peribadi selagi ianya tidak bertentangan syarak. 

Dok skodeng banyak shoot menarik.... dan keinginan semakin membuak-buak. Hingga kini masih survey photographer dan harga memandang bajet yang ciput. Almaklum laa tidak bekerja tetap dan hanya mengharapkan ehsan zauj jadi nak berlebih-lebihan pun masih berperasaan TIMBANG RASA. Kalu berduit lebat mahu saja hire photographer yang canggih-canggih leh shoot cantik punya tapi apakan daya bak kata orang 'ukur baju badan sendiri'. Insyaallah, masih INGAT daratan!!

Antara shoot yang sangat-sangat kiut-miut:










Tolong-tolongggggggggggggggggggggggggg
Dah TERINGIN sangat.....

Sebabnya sebelum-sebelum nihh pun gambar kahwin tak banyak. Yang ada belah pihak perempuan ja sementara belah pihak lelaki langsung takdak gambar EXCLUSIVE (yang ada semua gambar yang tak jelas, muka belomoih amat dan yang lebih tepat langsung tak CUN) and NO outdoot section. KECEWA dan terKILAN sangat coz tadak kenangan 'manis' baju PINK kegemaran+bayar mahal untuk baju tuh tapi nak buat macamna benda dah berlalu. Maka nak sangat tebus balik rasa tacink yang kadang-kadang hadir tuh dengan buat POST WEDDING a.k.a MATERNITY shoot. 


Apakah IMPIAN dan KEINGINAN ini dapat direalisasikan???
Sama-sama kita nantikan!!!

Sabtu, 15 September 2012

Ulangtahun Kelahiran ke-26


Tanggal 31 Ogos 2012, di seluruh Malaysia sibuk meraikan Sambutan Ulangtahun ke-55 Kemerdekaan Malaysia. Pesta, parti, acara dan keraian di sana-sini. Sementara aku dan dia jugak sibuk... aku sibuk diraikan dan dia sibuk meraikan. Hakikatnya idak laa sesibuk mana just menyibukkan diri. ahahaahaha.

Untuk pertama kalinya juga Ulangtahun Kelahiran disambut bersama zauj tercinta, selalu sambut bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Awalnya rasa biasa-biasa, almaklum dah usia 'remaja' tiada yang hendak diraikan melainkan merafakkan kesyukuran pada DIA MAHA KUASA atas usia yang dikurniakan hingga saat ini.

Tidak membayangkan sambutan yang indah-indah kerana cukup memahami kewangan keluarga yang masih sedang mencari 'rentak', masih banyak yang perlu diutamakan dari menurut hawa nafsu. Ceewaahhhh, bunyi macam isteri solehah jakk. (^__^) Aminnn, mudah-mudahan.

Macam biasa.... menyambut suami pulang dari kerja sekitar jam 11 malam pada 30 Ogos 2012. Siapkan sedikit makan dan minum kemudian rehat-rehat bersama sambil menonton TV sampai laa nak dekat 12 tengah malam. Jengggg3..... tup3 En. Zauj tingat dompet dia, cari punya cari tadak dalam umah makanya dia p laa melihat dalam raga motor yang kemungkinan tercicir. Tak lama beliau masuk dengan muka mencuka coz tak jump dompet beliau... Puan Zaujah yang baik hati just tenangkan jea n suhh berdoa laa mudah-mudahan tertinggal di opis........ muka monyok jaa. Ciannn dia..

Tuptupp.... beliau  terus datang dekat Puan Zaujah then... (nak taw dak apa yang berlaku??? cer teka... teka kaihhhh..) ahakkkkkkkkkkkkkk.... gempak tuhhh.



Jenggg...



jennggg.......



jenggggg........



Belaiu terus kuarkan tangan kanan dari belakang badan...




Dan..............



Sekuntum mawar MERAH buat diriku sempena Ulangtahun Kelahiran ke-26 dan pertama kalinya bersama beliau. Sesungguhnya tidak menjangka... TAK TERCAPAI AKAL!!
Saya sangat terharu, gembira dan WOOOWWwwwww romantiknya.
Suuwittt rasa nak ketawa geli-geli pun adooo sebab comel sangat.

Bie, SYUKRAN atas tanda ingatan buat anje sekalipun mungkin cukup simple di mata yang lain tapi punya 'rasa' dan 'nilai' yang mendalam di hati anje.


Pagi 31 Ogos, pulang ke rumah mertua dan habiskan cuti di sana. Petang sampai malam dating berdua bersama zauj tercinta. Beliau bawak jalan-jalan so i follow jea. Mula-mula g Tesco, ingatkan beliau nak bawak makan dekat-dekat situ. Tuptup... solat, beli skit barang rumah then terus gerak balik. Otw alek beliau terjah masuk JURU then otak terus set kompem beliau nak belanja SEOUL GARDEN. Dan sememangnya tepat sama sekali. 

Ikutkan hati mamca nak tahan ja beliau dari belanja diriku di situ. Bukan tak menghargai tapi CIAN beliau nak laburkan banyak ringgit dalam masa 3-4 jam sahaja. Ikut hati nak tarik beliau suh belanja PIZZA HUT pun sudah cukup syukur bagi diriku tapi dah niat beliau maka kuturutkan.. SYUKRAN En. Zauj.. Puan Zaujah cuba makan sebanyak yang mampu supaya berbaloi dengan jumlah bayaran. memang kenyang dan sengkak yang teramat sangat. Macam-macam UMMI ngan baby makan... chicken curry, lamb bbq, beef kimichi, ice cream, sotong tomyam, sayur, buah celup coklat, koktail, buah-buahan, mee, bihun... kerang dan banyak. Beliau makan dengan banyaknya, even besday saya tapi saya puas tengok beliau makan dengan lazatnya. Hampir 3 jam lebih berKASIH-SAYANG maka masa untuk balik.

"Ya Allah ampunkan segala kesalahan ku, Ya Allah ampunkan aku jika selama ini aku terlupa untuk melafazkan Alhamdulilah atas nikmat umur yang Kau kurniakan. Ya Allah ampun aku jika selama ini aku berlagak sombong hingga aku tidak mahu mengucapkan syukur atas nilai umur yang cukup berharga ini" Terima kasih Allah kerana memberi peringatan yang cukup bernilai buat hambaMu yang jahil dan kerdil ini. Semoga kasih dan sayangMu sentiasa mengiringi perjalanan hidup hambaMu ini dan rahmatilah keluargaku".

Ketuk-ketuk SYAWAL


Monink semua.....

Berkurun lamanya menyepi.... akhirnya tercapai gak hasrat nak meng'update' diari maya nihh. Banyak benda nak ditulis so hari nihh rasanya sambil meneman zauj tercinta bekerja maka zaujahnya buat marathon blogging laa jawabnya. Agak-agak 'aci' laa di situ padahal niat awal di hati nak siapkan kerja-kerja skolah, pemfailan PBS memandangkan orang-orang PPD nak datang 'melawat' 20 September 2012, Khamis. Tape, bak kata mereka, ESOK MASIH ADA. kuiii3...

Lagi beberapa hari sahaja lagi Syawal bakal melabuhkan tirai dan menguak lebar tirai Zulkaedah. Maka sebelum TAMAT tempoh, rasa masih 'suam-suam' untuk mencoret sedikit pengalaman pertama menyambut Aidilfitri bersama zauj tercinta.

Alhamdulillah, DIA panjangkan usia KAMI berdua untuk menyambut Syawal bersama. Pasti mengujakan bila tahun pertama raya di kampung halaman bersama keluarga tersayang selepas naik takhta sebagai Puan. Ini bukan sebab TURUT KATA BINI naa... En. Zauj awal-awal dah janji, raya tahun pertama di Sg Rusa. Mestilahh Puan Zaujah horeyyy.. Mungkin niat dia nak gembirakan hati zaujah so saya terima ngan hati yang terbuka. Lebih meriah bilamana Kak Long sekeluarga turut beraya di Penang pada tahun ini. Dan bertambah gempitanya bila tahun ini semua saudara-mara, sepupu-sepapat berkumpul bersama. Memang seronok yang tak terhingga, rasa nak ulang balik berhari raya even penat lelah tersadai lepas habis melayan tetamu yang datang. 

Tapi raya tahun ini agak rushing dan sedikit TIDAK PUAS. huhuhuhuhuhu. Sempat dua hari sahaja beraya bersama keluarga, sanak-saudara dan sepupu-sepapat coz hari ketiga dah pulang (gamaknya macam jauh sangat) berhari raya bersama mertua di Nibong Tebal, pastu raya keempat dah pecut ke Kelate bersama zauj, mertua dan Akasyah sampai raya keenam (meraikan walimatulurus sahabat baik zauj yang sebelum ini telah menghadiri kedua-dua majlis perkahwinan KAMI). Harus la sedikit kecewa bilamana tidak puas berkonvoi raya dan ziarah-menziarahi lebih ramai sanak-saudara memandangkan tahun hadapan, 2013 giliran beraya bersama mertua pula. Tapi apakan daya, inilah adat orang berumahtangga, WAJIBnya ada tolak-ansur dan toleransi baru smooth Baitul Muslim yang terbina. Insyaallah...

Ok...ok... nakmo sedih+tacink
Jom explore perjalanan raya 2012 KAMI

Malam raya - Marathon tadarus berjemaah bersama sanak-saudara serta sepupu-sepapat yang ramai. Alhamdulillah... 30 juzuk dihabiskan sekitar 2 jam lebih dengan pembahagian 2 juzuk setiap orang. Naseb laa ramai yang hafiz dan hafizah. Moga Si Comel Ummi + Walid nanti pun bergelar hafiz/ah (Insyallah hasrat hati KAMI). Setelah itu sibuk meng'iron' pakaian raya... masing-masing nak bergaya di hari raya. Aktiviti sampingan, mengisi kuih raya dalam balang, ada juga yang sibuk melayan Si Bambam (Muhammad Harraz Fahim) dll.

1 Syawal 
  • Bangun seawal pagi almaklum laa rumah betul-betul blakang masjid plus nak berebut mandi bila dah rakyatnya ramai. Pastu sibuk-sibuk di dapur selepas solat nak intai-intai apa yang patut dibereskan. Then masing-masing amik tugas sapu rumah, basuh pinggang mangkuk cawan semua di dapur, kemas-kemas apa yang patot, sediakan makanan untuk atok dan akhir sekali sediakan sarapan. After sarapan semua siap-siap untuk solat sunat Aidilfitri... syahdu jaa dengar laungan takbir.
  • Mestilah pakai baju raya sedondon yang penat lelah dicari untuk 'meletop'kan suasana. hahaahaha. Tema biar MENYERLAH jauh dari yang biasa.
  • Setelah selesai solat sunat pastinya pulang ke rumah, bersalam-salaman serta bermaaf-maafan sesama keluarga di hari raya mulia.... ceewaahhhhh. Pertama kali raya cium tangan zauj minta ampun maaf even baru jea dalam 4-5 bulan gitu. Aasssaaa suwittt wittt3 ngat. Then sesi bermaaf-maafan dengan sanak-saudara, sepupu-sepapat dll juga sesi menghulur 'saguhati' buat si kecil-si kecil yang ramai. Bajet tak banyak maka ckit jea laa yea dapat KAMI beri dengan ikhlas dengan niat derma untuk Si Comel skali.
  • Tidak ketinggalan aktiviti TOP MODEL.... acara bergambar takkan lupa, kenangan sekali seumur hidup.
  • Seterusnya adalah aktiviti wanita di dapur memerah keringat hingga ke titisan terakhir..... saya sibuk di dapur membantu apa yang patut untuk dihidangkan pada tetamu yang datang. Tetamu datang tidak putus-putus... naseb ramai 'bibik-bibik' import so dapat rehat sikit laa UMMI to be. Fuhhhhhh... lega tarik nafas panjang-panjang.
  • Menjamu selera tuhh tak perlu dikhabarkan laa..... berulang kali menyantap apa yang ada, ketupat kacang daun palas, laksa, nasi lauk rendang, bihun sup, almond london, butterfly, mushroom dan banyak lagi. Penuh tong perot tapi cover laaa coz KITA makan berdua. ahakkk3.
  • Dalam pukul 6 petang baru tenang skit.... maka terus amik peluang ziarah ke rumah saudara yang terdekat. Makan dan makan lagi maka jawabnya berkilo-kila pertambahan lemak dengan jayanya. Malam aktiviti merehatkan badan dan minda yang telah sangat-sangat lotihhh.

Dipersembahakan dari kami berTIGA (Si Comel masih sedang membesar dalam tummy UMMI).
Walid memilih tema TORQUISE untuk tahun ini. UMMI just follow so tahun depan turn UMMI tentukan tema raya KITA.






Si Comel UMMI & WALID jangan jelezz taw, tahun depan kita bergambar sama-sama. Tahun nihh bagi peluang Abang Harraz manja-manja lue.


2 Syawal 
  • Konvoi raya beramai-ramai ke rumah sanak-saudara, Mak Ngah di Taman Cenderawasih. Memang kembung perot coz blasah makan kaw-kaw - Nasi tomata, ayam masak ros, laksa lazat, nasi impit kuah kacang dll.
  • Lewat petang skit serbu rumah sepupu belah ibu, BBQ RAYA. Nihh pun macam-macam ado. Pilih jaa nak makan apa. Lebih dari 7 buah kereta konvoi bersama, havoc yang teramat.
  • Sekian sahaja..... yang pastinya SERONOK dapat berkumpul beramai-ramai, meriah suasana dengan gelak ketawa, usik-mengusik, bergurau-senda dsbnya. Alhamdulillah, nikmat kekeluarga yang Allah kurniakan untuk kami kecapi dan hargai..

Gambar sepanjang raya....
Pertama kali raya SEHELAI baju sahaja, yang len adalah baju lama.
Sedih dak??? Sobb.... sobbb... sobb.... tapi ada orang tuhh 3 helai baju.
Redha jea almaklum perot boyot nak membeli bebanyak baju. 
Nanti membazir pula lepas deliver coz dah takmo pakai (dengan niat KURUS selepas ini)