Niat di hati nak buat tinggalan sejarah berkenaan SI COMEL selama dia in my tummy tapi macam taktaw nak mula dari mana. Hari ni dah 27 minggu, alhamdulillah. Orang dok cakap tak lama dah tapi kan UMMI rasa macam lama sangat lagi. Hakikatnya UMMI tak sabar nak tengok muka si comel, nak pegang3 dia, belai3 dia, cium3 dia dan gomoi-gomoi dia... hikk3.
Tak sabar nak tengok rupa anak sendiri hasil gabungan 2 genetik Boleh gitu??
Macam banyak ja nak karang so kita tangguh dulu di kemudian hari.... harr2. Tunggu taip habis dulu dalam word then nanti saya postkan buat tatapan umum. Sabar ok...
Bila tummy makin memBOLAT maka keinginan pun makin menjadi-jadi. Dok mengidam MATERNITY PHOTOSHOOT bersama zauj tercinta. Bunyi sedikit yang tak banyak mengada tapi ada i KESAH?? Sekadar untuk kenangan dan koleksi peribadi selagi ianya tidak bertentangan syarak.
Dok skodeng banyak shoot menarik.... dan keinginan semakin membuak-buak. Hingga kini masih survey photographer dan harga memandang bajet yang ciput. Almaklum laa tidak bekerja tetap dan hanya mengharapkan ehsan zauj jadi nak berlebih-lebihan pun masih berperasaan TIMBANG RASA. Kalu berduit lebat mahu saja hire photographer yang canggih-canggih leh shoot cantik punya tapi apakan daya bak kata orang 'ukur baju badan sendiri'. Insyaallah, masih INGAT daratan!!
Antara shoot yang sangat-sangat kiut-miut:
Tolong-tolongggggggggggggggggggggggggg
Dah TERINGIN sangat.....
Sebabnya sebelum-sebelum nihh pun gambar kahwin tak banyak. Yang ada belah pihak perempuan ja sementara belah pihak lelaki langsung takdak gambar EXCLUSIVE (yang ada semua gambar yang tak jelas, muka belomoih amat dan yang lebih tepat langsung tak CUN) and NO outdoot section. KECEWA dan terKILAN sangat coz tadak kenangan 'manis' baju PINK kegemaran+bayar mahal untuk baju tuh tapi nak buat macamna benda dah berlalu. Maka nak sangat tebus balik rasa tacink yang kadang-kadang hadir tuh dengan buat POST WEDDING a.k.a MATERNITY shoot.
Apakah IMPIAN dan KEINGINAN ini dapat direalisasikan???
Sama-sama kita nantikan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan