Tanggal 31 Ogos 2012, di seluruh Malaysia sibuk meraikan Sambutan Ulangtahun ke-55 Kemerdekaan Malaysia. Pesta, parti, acara dan keraian di sana-sini. Sementara aku dan dia jugak sibuk... aku sibuk diraikan dan dia sibuk meraikan. Hakikatnya idak laa sesibuk mana just menyibukkan diri. ahahaahaha.
Untuk pertama kalinya juga Ulangtahun Kelahiran disambut bersama zauj tercinta, selalu sambut bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Awalnya rasa biasa-biasa, almaklum dah usia 'remaja' tiada yang hendak diraikan melainkan merafakkan kesyukuran pada DIA MAHA KUASA atas usia yang dikurniakan hingga saat ini.
Tidak membayangkan sambutan yang indah-indah kerana cukup memahami kewangan keluarga yang masih sedang mencari 'rentak', masih banyak yang perlu diutamakan dari menurut hawa nafsu. Ceewaahhhh, bunyi macam isteri solehah jakk. (^__^) Aminnn, mudah-mudahan.
Macam biasa.... menyambut suami pulang dari kerja sekitar jam 11 malam pada 30 Ogos 2012. Siapkan sedikit makan dan minum kemudian rehat-rehat bersama sambil menonton TV sampai laa nak dekat 12 tengah malam. Jengggg3..... tup3 En. Zauj tingat dompet dia, cari punya cari tadak dalam umah makanya dia p laa melihat dalam raga motor yang kemungkinan tercicir. Tak lama beliau masuk dengan muka mencuka coz tak jump dompet beliau... Puan Zaujah yang baik hati just tenangkan jea n suhh berdoa laa mudah-mudahan tertinggal di opis........ muka monyok jaa. Ciannn dia..
Tuptupp.... beliau terus datang dekat Puan Zaujah then... (nak taw dak apa yang berlaku??? cer teka... teka kaihhhh..) ahakkkkkkkkkkkkkk.... gempak tuhhh.
Jenggg...
jennggg.......
jenggggg........
Belaiu terus kuarkan tangan kanan dari belakang badan...
Dan..............
Sekuntum mawar MERAH buat diriku sempena Ulangtahun Kelahiran ke-26 dan pertama kalinya bersama beliau. Sesungguhnya tidak menjangka... TAK TERCAPAI AKAL!!
Saya sangat terharu, gembira dan WOOOWWwwwww romantiknya.
Suuwittt rasa nak ketawa geli-geli pun adooo sebab comel sangat.
Bie, SYUKRAN atas tanda ingatan buat anje sekalipun mungkin cukup simple di mata yang lain tapi punya 'rasa' dan 'nilai' yang mendalam di hati anje.
Pagi 31 Ogos, pulang ke rumah mertua dan habiskan cuti di sana. Petang sampai malam dating berdua bersama zauj tercinta. Beliau bawak jalan-jalan so i follow jea. Mula-mula g Tesco, ingatkan beliau nak bawak makan dekat-dekat situ. Tuptup... solat, beli skit barang rumah then terus gerak balik. Otw alek beliau terjah masuk JURU then otak terus set kompem beliau nak belanja SEOUL GARDEN. Dan sememangnya tepat sama sekali.
Ikutkan hati mamca nak tahan ja beliau dari belanja diriku di situ. Bukan tak menghargai tapi CIAN beliau nak laburkan banyak ringgit dalam masa 3-4 jam sahaja. Ikut hati nak tarik beliau suh belanja PIZZA HUT pun sudah cukup syukur bagi diriku tapi dah niat beliau maka kuturutkan.. SYUKRAN En. Zauj.. Puan Zaujah cuba makan sebanyak yang mampu supaya berbaloi dengan jumlah bayaran. memang kenyang dan sengkak yang teramat sangat. Macam-macam UMMI ngan baby makan... chicken curry, lamb bbq, beef kimichi, ice cream, sotong tomyam, sayur, buah celup coklat, koktail, buah-buahan, mee, bihun... kerang dan banyak. Beliau makan dengan banyaknya, even besday saya tapi saya puas tengok beliau makan dengan lazatnya. Hampir 3 jam lebih berKASIH-SAYANG maka masa untuk balik.
"Ya Allah ampunkan segala kesalahan ku, Ya Allah ampunkan aku jika selama ini aku terlupa untuk melafazkan Alhamdulilah atas nikmat umur yang Kau kurniakan. Ya Allah ampun aku jika selama ini aku berlagak sombong hingga aku tidak mahu mengucapkan syukur atas nilai umur yang cukup berharga ini" Terima kasih Allah kerana memberi peringatan yang cukup bernilai buat hambaMu yang jahil dan kerdil ini. Semoga kasih dan sayangMu sentiasa mengiringi perjalanan hidup hambaMu ini dan rahmatilah keluargaku".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan