Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Isnin, 28 Oktober 2013

Untuk kesekian kalinya


Buku MERAH kedua... Alhamdulillah..



Insyaallah E.D.D ---> 1 Jun 2014


Selasa, 8 Oktober 2013

Alahaiiiiii... zaujku ALAHAN


Zaujah pregnant...
Zauj alahan??

Pertama kali rasanya zauj deman panas, batuk-batuk, sakit kepala dan siap loya muntah-muntah.

Memang beliau tak pernah demam selama nihh pun, takat sakit biasa, demam manja tuhh ada la.
Sangat teruk kali nih... yang tak tahan loya mual amalah muntah air dan angin. 
Siap kena cari asam lagi... zauj siap cakap nihh demam alah kot.

Iolss??

Senyum jea laa.... sambil dalam hati kesian sangat tengok beliau.
Moga dia semakin mengerti pengorbanan seorang IBU dan juga ISTERI.
Beliau cakap lagi.... ntah-ntah gegurl kot sebabnya tyme pregnant Irfan dua-dua weolss tadak alahan.
Amin...mudah-mudahan.

Ya Allah...
Sembuhkanlah zaujku,
Berikanlah kekuatan untuk menghadapinya,
Kembalikan dan pulihkanlah kesihatannya yang baik,
Sesungguhnya hanya padaMU kami berserah.

Buatmu zauj..
Kuat dan teruskan memohon padanya..
Insyaallah DIA MAHA MENDENGAR
MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.

****************************

“Ya Allah, sembuhkanlah badanku.
Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku.
Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku.
Ya Allah, sesungguhnya aku berllindung kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran.
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sisa kubur. Tiada Tuhan selain Engkau”

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, daripada berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, daripada siksaanMu yang datang secara tiba-tiba, dan daripada segala kemurkaanMu".

“Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Kekal, hanya dengan kasihMu aku bermohon pertolongan. Sihatkanlah seluruh keadaanu, jangan Engkau biarkan mata ini menangis,
dan jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada siapapun”.
 

Isnin, 7 Oktober 2013

Klinik Dr Jammy Suzana



Dua ketiga ni terasa sakit belakang yang amat, bukan senga tapi sakit. Mengadu pada En. Zauj dan beliau cakap mungkin akibat tido kat simen jea even beralaskan tilam. Bila mengadu bebanyak kena sejibik bila beliau kata nihh sebab pepandai sangat mop rumah. hukhukhukhuk. Takkan sebab pregnant... tyme pregnant Irfan, tadak sakit pinggang just sakit kat ari-ari jaa dan bontot tuhh pun sebab jatuh terhempas kat batu.

Akhirnya hari ini 7 Oktober 2013, Isnin En. Zauj text kt hp ajak petang after dia balik kerja nak g check up. Dalam hati berbunga-bunga.. sayangnya beliau dekat iolss. Fuhh3, iolss pun sayang beliau sangat-sangat. Luv u so much hubby. 

So agak-agak beliau dah nak balik siap-siapkan Irfan... sementara beliau solat Asar iolss pula laju-laju bersiap then memecut ke Taman Ilmu, misi utama buat pemeriksaan kandungan dan scan di Klinik Dr Jammy Suzana. Tengok berduyunnya manusia kat klinik dia. Then mendaftar laa diri, no. bertuah adalah 39 dan ada 13 orang pesakit sebelum tiba giliran iolss. So lelaju ajak beliau pergi menempah tudung, elok separuh jalan pembuat tudung minta datang esok. Maka patah balik dan melepak di rumah kakak ipar. Agak hampir ke pukul 7 malam kembali ke klinik.

Menunggu tidak begitu lama... so my turn untuk check up.. Maklumkan pada doc sekian-sekian then doc assume dalam anggaran 5-6 minggu. Seterusnya adalah SCAN... masa yang ditunggu untuk memastikan janin ini terletak di tempat yang betul... 

Trenggg....tengg....tengggg...




Alhamdulillah.... Jelas kelihatan kantung cuma masih belum nampak janinnya. Masih terlalu kecil yang amat dan masih dalam proses penempelan. Moga segalanya dipermudahkan. Doc sahkan mengikut ukuran adalah sebagaimana yang dianggarkan sebelum ini.  Sakit pinggang juga adalah normal bagi pregnancy women. Doc bagi folic acid....  SETTLE. Insyaallah RABU bakalan buka BUKU MERAH kedua kalinya.

Ahad, 6 Oktober 2013

POSITIF VS NEGATIF



Positif or Negatif??
Negatif or Positif??

Positif ----> ALHAMDULILLAH
Negatif ----> REDHA


Tunggu punya tunggu, CIK MERAH tak kunjung tiba padahal baru 1-2 hari jea lewat. Almaklum laa jenama REGULAR so tak mai sehari dua pun dah rasa lain. Mulanya macam risau jea 'berisi' sebab sekarang tengah berDX Elken (korset). Nak ramping uolss sebelum target hujung tahun nih or awal tahun depan running for second baby. Semangat oooo.... baru da duit lebih tajaan dari my lovely Ibu dan Cinta Kasih my hubby baby.

Kebetulan memang tersedia ada UPT hasil belian di Watson maka marilah kita mencuba kekononnya Untung nasib timbul, untung batu tenggelam. hahaahaha. Pertama kali test nihh kira macam baru 2 hari gitu CIK MERAH tak datang. Kali ini pun buat test dediam dan sendiri, tak bagitau En. Zauj pun sebab kalu ikut dia suh tunggu dalam seminggu mamcam tuhh miss period baru cek. Tapi kan...kan.. bkan tak sabar cuma sekarang sedang gigih berkorset so amatlah tidak bagus jika bernar-benar telah 'berisi'.

Lokasi : Rumah Kak Ipar (Yuniza)
Tarikh : 28 September 2013
Masa : Maghrib, Sabtu
Hasil : Double Line yang SAMAR

>>> Hampir kepada POSITIF



Lokasi : Rumah Kak Ipar (Yuniza)
Tarikh : 29 September 2013, Ahad
Masa : Subuh
Hasil : Double Line yang agak TERANG

>>>Mungkin POSITIF

Test sebab En. Zauj nak pastikan jelas sebelum check up di Klinik Kesihatan Bandar Bharu. So bila tengok double line yang agak jelas beliau mengesahkan COMFIRM but iolss masih was-was. So alihnya dalam pukul 10.30 pagi gitu buat test di KK dan hasilnya NEGATIF but weolss sangat tak puas hati. Minta buat ulangn test dan hasilnya tetap negatif. So??? Pening lagi blurr....




Weollss macam YAKIN tummy 'berisi' but keputusan KK mengesahkan sebaliknya. Mungkin laa UPT tuhh tak ok or ada kesilapan masa buat test. Maka En. Zauj ajak membeli UPT macam yang di KK punya, so singgah Watson Parit Buntar then beli UPT jenama DIP N TELL yang leh detect pregnant 3 hari sebelum delay period.Maka atas ketidaksabaran maka lewat malam buat test..

Lokasi : Rumah Sendiri, Taman Pekaka
Tarikh : 29 September 2013, Ahad
Masa : After Isya'
Hasil : Double Line yang agak SAMAR-TERANG

>>>Masih POSITIF



Atas ketidakpuasan hati yang melampau maka bawa diri buat check up di KK Balik Pulau. Gigih juga pergi, kebetulan keluar untuk urusan perbaharui lesen kenderaan.

Lokasi : Klinik Kesihatan Air Puteh, Balik Pulau
Tarikh : 1 Oktober 2013, Selasa
Masa : 2.15 petang
Hasil : Double Line yang agak SAMAR-TERANG

>>>Kemungkinan 98% adalah POSITIF

Memula tuhh jumpa doc dan terus scan perut memandangkan doc kata dah cek sendiri positif maka tak perlu lagi buat UPT. Malangnya hasil scan tidak menunjukkan apa-apa kemungkinan besar masih di peringkat yang sangat awal. Maklumkan pada doc bahawa 3x buat test sendiri adalah positif tapi cek di KK Bandar Bharu adalah negatif. Then baru doc suh buat UPT. Memula tuh... baru je titikkan urine...nurse terus cakap NEGATIF, elok jea dia cakap negatif terus naik double lain yang samar. Nurse agak terkejut then cakap positif nih... macam positif, kejao refer doc. Then terus kena jumpa doc and doc cakap kemungkinan ada kemungkinan tiada. Boleh plak gitu??? Pening den..... tapi doc sendiri cakap 98% tuhh comfirm.. so minta datang balik selepas 2 minggu. Nasihat doc, STOP dulu berkorset bagai.... JAGA pemakanan, JANGAN buat kerja berat. Sambil itu awal lagi kena leteran coz pregnant awal sangat, baby belum 2 tahun. Huhhh... agak kecewa di situ kerana dalam Islam sendiri tiada halangan seperti itu lagi plak kami suami isteri redha dan sememangnya mahukan anak selang setahun saja... weolls yakin setiap anak ada rezekinya dan saya sudah benar sihat. BENCI sangat perlu ikut POLISI yang menyekat seperti ini.


Even dah rasa peratusan yang sangat TINGGI bahawa iolss PEMBAWA MAKHLUK ALLAH untuk kedua kalinya dan disahkan oleh doc tapi still tak puas hati maka tetap mahu membuat UPT, syok nak tengok double line naik Maka balik ja dari rumah family, keesokannya bangun untuk solat subuh terus capai UPT yang baru beli, sesaja sayang nak guna baki DIP N TELL satu lagi.

Lokasi : Rumah Sendiri, Taman Pekaka
Tarikh : 3 September 2013, Khamis
Masa : Subuh
Hasil : Double Line yang TERANG

>>>POSITIF




Hahahahahaahha. gigih dan gagah sangat. Last UPT memandangkan ada saki-baki UPT Dip n Tell. Jom kita mengetest untuk CIK MERAH yang telah seminggu tidak muncul. Hendak melihat kesannya.

Lokasi : Rumah Sendiri, Taman Pekaka
Tarikh : 5 Oktober 2013, Sabtu
Masa : Subuh
Hasil : Double Line yang LEBIH TERANG

>>>POSITIF




Irfan baru sahaja 9 bulan 2 minggu... bakalan jadi Abang untuk Kak Ngah (Amin ya rabbal amin). :-)  Budget tersalah langkah, terawal dalam percaturan. hahaaha. Tapi YAKIN percaturan Allah adalah yang paling TEPAT antara semua. Insyaallah UMMI & WALID sudah bersedia untuk our second zuriat.. Irfan pun dan pandai berdikari dan nampak ciri-ciri keABANGan. kuikuikui.


Alhamdulillah...
Alhamdulillah.....
Alhamdulillah.......

REZEKI ini dari DIA MAHA AGUNG

KAMI terima dengan senang hati dan syukur tak terperi. Doa kami moga benih kedua kami ini terus subur dan membesar dengan sihat, baik, sempurna dan cukup sifat segalanya. Moga dipermudahkan segalanya hingga saat waktu yang telah ditentukan untuknya keluar melihat alam dan menjadi hamba ALLAH.