Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Ahad, 6 Oktober 2013

POSITIF VS NEGATIF



Positif or Negatif??
Negatif or Positif??

Positif ----> ALHAMDULILLAH
Negatif ----> REDHA


Tunggu punya tunggu, CIK MERAH tak kunjung tiba padahal baru 1-2 hari jea lewat. Almaklum laa jenama REGULAR so tak mai sehari dua pun dah rasa lain. Mulanya macam risau jea 'berisi' sebab sekarang tengah berDX Elken (korset). Nak ramping uolss sebelum target hujung tahun nih or awal tahun depan running for second baby. Semangat oooo.... baru da duit lebih tajaan dari my lovely Ibu dan Cinta Kasih my hubby baby.

Kebetulan memang tersedia ada UPT hasil belian di Watson maka marilah kita mencuba kekononnya Untung nasib timbul, untung batu tenggelam. hahaahaha. Pertama kali test nihh kira macam baru 2 hari gitu CIK MERAH tak datang. Kali ini pun buat test dediam dan sendiri, tak bagitau En. Zauj pun sebab kalu ikut dia suh tunggu dalam seminggu mamcam tuhh miss period baru cek. Tapi kan...kan.. bkan tak sabar cuma sekarang sedang gigih berkorset so amatlah tidak bagus jika bernar-benar telah 'berisi'.

Lokasi : Rumah Kak Ipar (Yuniza)
Tarikh : 28 September 2013
Masa : Maghrib, Sabtu
Hasil : Double Line yang SAMAR

>>> Hampir kepada POSITIF



Lokasi : Rumah Kak Ipar (Yuniza)
Tarikh : 29 September 2013, Ahad
Masa : Subuh
Hasil : Double Line yang agak TERANG

>>>Mungkin POSITIF

Test sebab En. Zauj nak pastikan jelas sebelum check up di Klinik Kesihatan Bandar Bharu. So bila tengok double line yang agak jelas beliau mengesahkan COMFIRM but iolss masih was-was. So alihnya dalam pukul 10.30 pagi gitu buat test di KK dan hasilnya NEGATIF but weolss sangat tak puas hati. Minta buat ulangn test dan hasilnya tetap negatif. So??? Pening lagi blurr....




Weollss macam YAKIN tummy 'berisi' but keputusan KK mengesahkan sebaliknya. Mungkin laa UPT tuhh tak ok or ada kesilapan masa buat test. Maka En. Zauj ajak membeli UPT macam yang di KK punya, so singgah Watson Parit Buntar then beli UPT jenama DIP N TELL yang leh detect pregnant 3 hari sebelum delay period.Maka atas ketidaksabaran maka lewat malam buat test..

Lokasi : Rumah Sendiri, Taman Pekaka
Tarikh : 29 September 2013, Ahad
Masa : After Isya'
Hasil : Double Line yang agak SAMAR-TERANG

>>>Masih POSITIF



Atas ketidakpuasan hati yang melampau maka bawa diri buat check up di KK Balik Pulau. Gigih juga pergi, kebetulan keluar untuk urusan perbaharui lesen kenderaan.

Lokasi : Klinik Kesihatan Air Puteh, Balik Pulau
Tarikh : 1 Oktober 2013, Selasa
Masa : 2.15 petang
Hasil : Double Line yang agak SAMAR-TERANG

>>>Kemungkinan 98% adalah POSITIF

Memula tuhh jumpa doc dan terus scan perut memandangkan doc kata dah cek sendiri positif maka tak perlu lagi buat UPT. Malangnya hasil scan tidak menunjukkan apa-apa kemungkinan besar masih di peringkat yang sangat awal. Maklumkan pada doc bahawa 3x buat test sendiri adalah positif tapi cek di KK Bandar Bharu adalah negatif. Then baru doc suh buat UPT. Memula tuh... baru je titikkan urine...nurse terus cakap NEGATIF, elok jea dia cakap negatif terus naik double lain yang samar. Nurse agak terkejut then cakap positif nih... macam positif, kejao refer doc. Then terus kena jumpa doc and doc cakap kemungkinan ada kemungkinan tiada. Boleh plak gitu??? Pening den..... tapi doc sendiri cakap 98% tuhh comfirm.. so minta datang balik selepas 2 minggu. Nasihat doc, STOP dulu berkorset bagai.... JAGA pemakanan, JANGAN buat kerja berat. Sambil itu awal lagi kena leteran coz pregnant awal sangat, baby belum 2 tahun. Huhhh... agak kecewa di situ kerana dalam Islam sendiri tiada halangan seperti itu lagi plak kami suami isteri redha dan sememangnya mahukan anak selang setahun saja... weolls yakin setiap anak ada rezekinya dan saya sudah benar sihat. BENCI sangat perlu ikut POLISI yang menyekat seperti ini.


Even dah rasa peratusan yang sangat TINGGI bahawa iolss PEMBAWA MAKHLUK ALLAH untuk kedua kalinya dan disahkan oleh doc tapi still tak puas hati maka tetap mahu membuat UPT, syok nak tengok double line naik Maka balik ja dari rumah family, keesokannya bangun untuk solat subuh terus capai UPT yang baru beli, sesaja sayang nak guna baki DIP N TELL satu lagi.

Lokasi : Rumah Sendiri, Taman Pekaka
Tarikh : 3 September 2013, Khamis
Masa : Subuh
Hasil : Double Line yang TERANG

>>>POSITIF




Hahahahahaahha. gigih dan gagah sangat. Last UPT memandangkan ada saki-baki UPT Dip n Tell. Jom kita mengetest untuk CIK MERAH yang telah seminggu tidak muncul. Hendak melihat kesannya.

Lokasi : Rumah Sendiri, Taman Pekaka
Tarikh : 5 Oktober 2013, Sabtu
Masa : Subuh
Hasil : Double Line yang LEBIH TERANG

>>>POSITIF




Irfan baru sahaja 9 bulan 2 minggu... bakalan jadi Abang untuk Kak Ngah (Amin ya rabbal amin). :-)  Budget tersalah langkah, terawal dalam percaturan. hahaaha. Tapi YAKIN percaturan Allah adalah yang paling TEPAT antara semua. Insyaallah UMMI & WALID sudah bersedia untuk our second zuriat.. Irfan pun dan pandai berdikari dan nampak ciri-ciri keABANGan. kuikuikui.


Alhamdulillah...
Alhamdulillah.....
Alhamdulillah.......

REZEKI ini dari DIA MAHA AGUNG

KAMI terima dengan senang hati dan syukur tak terperi. Doa kami moga benih kedua kami ini terus subur dan membesar dengan sihat, baik, sempurna dan cukup sifat segalanya. Moga dipermudahkan segalanya hingga saat waktu yang telah ditentukan untuknya keluar melihat alam dan menjadi hamba ALLAH.

Tiada ulasan: