Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Memaparkan catatan dengan label RUMAHKU SYURGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RUMAHKU SYURGA. Papar semua catatan

Selasa, 31 Julai 2012

Pertama kali BERPUASA


Jenuhhh pikir macam-macam bersempena bulan Ramadhan pada kali ini. Nak masak apa??? Nak makan apa?? Resepi apa?? Berapa jenis lauk?? Pukul berapa nak masak dll?? Dulu-dulu  selalu jaa dok ‘marah’ kat ibu supaya tayah pikir banyak-banyak sangat nak masak apa, masak ja apa yang patot  sebab bajet tak kisah/tak cerewat dalam hal makanan yang penting  boleh makan sudah.

Dulu kala zaman kecik kenit dan bila di rumah tercinta, WAJIB bersahur sebab kena kejutkan dengan ibu/ayah.  Siap kalu tak bangun ayah menjalankan operasi ‘GELETEK’ sampai bangun. Hohoooho.
Bangun dan terus ke dapur, semua dah terhidang atas meja, makan jea dengan muka yang mengantuk.

Zaman belajar pula, I.S.A (ikut suka aku) ada rasa rajin bersahur laa secara berjemaah pada waktu pagi atau supper berat malam-malam buta dengan rakan-rakan. Bila dilanda kemalasan melampau maka TIDO lagi enak.

Errrrkkkkk….. bertukar sudah; ERA BERUMAHTANGGA di kala bulan Ramadhan. Rupanya tidak mudah untuk menyediakan sahur dan iftar untuk  keluarga ; ZAUJ tercinta. Semestinya zaujah yang solehah akan berusaha untuk menyediakan yang terbaik buat zaujnya.

Masa iftar akan cuba sediakan lauk-pauk request dari zauj. Even tak mahir memasak tidak putus asa untuk cuba-cuba. Yang pasti time iftar kena kasi semua kenyang setelah penat menggunakan tenaga seharian. Menu bersederhana sekadar 2 atau 3 lauk, nak elakkan pembaziran dan amalkan jimat cermat. Hihiihihi.

Bersahur pula agak ringan kali ini kerana En. Zauj request untuk makan oat + kurma sahaja (jaga badan kekononnya). Jadi sekadar masak nasi secotet + jamah bersama sedikit baki lauk iftar.

Cabaran sungguh bilamana terus BERTIGA tanpa sempat berdua. Lebih penting memikirkan SI COMEL dalam tummy. Mahu atau tak, lalu atau tidak, WAJIB bersahur untuk memastikan  diri BEBAS dari gastrik, makanan baby adalah CUKUP dan  ummi KUAT untuk berpuasa sepanjang hari.

Kena susun makanan untuk bersahur; NASI + lauk pauk (ala kadar) + susu + 3 biji kurma + 21 biji kismis + vitamin untuk baby + lebih dari 3 gelas air putih .

Masa iftar pun wajib amik NASI+ lauk pauk + buah + kurma + susu + kuih muih + air putih.


See.. see…  zaujah SAKAN lagi berbanding zauj. Rezeki ‘orang berisi’ diberi keutamaan dalam semua hal. Kuii3..kuii..

Pertama kali berpuasa BERSAMA zauj sememangnya pengalaman bermakna dan pasti dingati sampai bila-bila oleh setiap orang. KAMI dari  awal sebelum Ramadhan telah merancang berkenaan iftar dan sahur. Alhamdulillah dikurniakan zauj yang memahami kondisi diri ‘pembawa budak’. Jadi beliau meringankan apa yang termampu….. tidak memberatkan dengan permintaan yang macam-macam malah beliau sangat membantu di dapur menyediakan apa yan patut tatkala badan letih dan perlu sangat berehat. Beliau bantu sediakan bahan masak, beliau masak nasi, beliau masak bersama-sama, panaskan lauk zaujah untuk sahur, sediakan susu + vitamin zaujah dll. ALHAMDULILLAH…. Syukran bie kerana BAIK HATI dengan anje dan baby. LUV U SO MUCH..... seluruh jiwa raga  dna pastinya hanya kamu KEKASIH AWAL DAN AKHIR anje..

KERJAYA sementara



Tarikh tamat tempoh sebagai Penolong Pegawai Penyelidik di USM bertarikh 30 April 2012 (Isnin). Dan setelah hari itu, bergelar penTERNAK lemak yang berjaya. Mana tidaknya, asyik makan tido makan tido sahaja bilamana zauj MANJAkan di awal-awal keHAMILan [buat juga kerja surirumah tapi sedikit bermalas-malasan]. 

Bermula pencarian kerjaya BARU namun jelasnya belum ada rezeki yang menyelebihi. Selang 2 minggu berhibernasi di rumah maka mula TIDAK BETAH dan tiap-tiap hari pasti akan 'merengek-merengek ngadu'    pada zauj bahawasanya diri adalah boring, bosan, tak tahu nak buat apa memandang terperap di dalam rumah tanpa talian internet, tanpa siaran ASTRO apatah memang jenama TIDAK RETI DUDUK DIAM. Rasa macam katak bawah gelas jea. hohohohoho. Naseb zauj sabar dengar rengekan zaujahnya... Dan di awal-awal kehamilan zauj lebih senang zaujah di rumah memandangkan kesihatan zaujah yang agak kurang memuaskan [cepat letih/penat, moody, malas, pening/sakit kepala]. Zauj cakap JAGA kesihatan dulu tapi terus usaha apply kerja, mungkin saat ini Allah s.w.t nak bagi rehat untuk UMMI to be dan baby sebelum dilimpahkan rezeki/bakalan sibuk dengan kerjaya baru.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan..... pelbagai pekerjaan telah dimohon dan diusahakan namun belum juga menampakkan 'rezeki'. Dua bulan tempoh yang agak laa bagi individu yang biasa bekerja dan 'ada duit' dalam tangan. Ada masa-masanya mengundang STRESS bilamana ada soalan-soalan 'kasar' menerjah.

Tak kerja lagi ka?
Bila nak kena??
Ada maste kompem laa keja besar... takkan lekeh-lekeh kot.
Aikk, ada master pun tak dapat kerja mana-mana?
Susah gak belajaq tinggi-tinggi, tapi apa pun taleh buat.
Kalu macam nihh tak masuk U pun takpa, masuk U pun tak keja gak.
Dan lain-lain seangkatanNYA... huhuuuhu.

See... meLUKAkan btul soalan-soalan dan pernyataan yang timbul. Takpe sesungguhnya saya orang yang SABAR dan REDHA maka jawab dengan SOPAN, SENYUMAN dan MANIS MUKA. Mungkin 'mereka-mereka' menggandaikan rezeki di tangan manusia sedangkan REZEKI setiap manusia itu terletak atas perhitungan Allah s.w.t. Sesungguhnya saya hanya mampu berusaha dan ikhtiar sementara selebihnya saya serahkan pada DIA Yang Lebih Mengetahui, mungkin DIA mahu menduga saya sejauhmana usaha saya dan adakah saya bakalan putus asa. Insyaallah, TIDAK!!! kerna ramai yang ada memberi semangat pada saya terutamanya zauj saya yang tercinta.

Maka saya NIKMATI percutian saya selama 2 bulan 8 hari dengan perasaan yang pelbagai:

Bulan pertama - sedih, stress, tension, keinginan yang membuak-buak untuk bekerja dengan niat membantu kewangan keluarga, kecewa dengan diri, bosan dll yang boleh dikira sebagai (-)ve

Bulan kedua - Perasaan (+)ve menerjah bilamana rasa lebih tenang, redha dan terus berusaha tanpa putus asa, bagi peluang untuk BADAN rehat, banyakkan masa berbual-bual dengan OUR little caliph, banyakkan membaca sebagai pengisian ruang waktu yang lapang

Memasuki bulan ketiga - REZEKI hadir...... alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kemurahan rezekiMU, terima kasih zauj tercinta atas keizinanmu.


Dan 9 Julai 2012 bermulalah kerjaya SEMENTARA sebagai seorang USTAZAH di sebuah sekolah cluster iaitu Penang Free School, Pulau Pinang sehingga 20 September 2012. Perjalanan ke sekolah mengambil masa yang agak lama, 45 minit disertai kesesakan lalu lintas dan 30 minit tanpa kesesakan lalu lintas. Sebulan berhabis RM300-RM500 jugak yang mana RM200-RM250 untuk kos minyak kereta dan RM150-RM200 untuk makan. Gaji agak OK  untuk membantu menampung apa yang patut daam rumahtangga tapi tidaklah MASYUK seperti yang orang bayangkan. Ini pun alhamdulillah... Gaji berdasarkan hari, sehari RM100, hari kerja haruslah bergaji, hari tidak bekerja dan ditambah cuti yang banyak maka tiadalah gaji... Kurang-kurang berkerja dan bergaji dari duduk sahaja dan teda wang dan terus diasak SOALAN cepuCEMAS.

Rezeki baby COMEL dalam tummy ummi..... kan dah dinyatakan bahawa pada usia kandungan 4 bulan 10 hari maka akan ditiupkan roh ke janin yang berada dalam kandungan ibunya yang mana disertakan sekali dengan REZEKI, ajal, amalan dan untung baik buruk bagi janin tersebut. Dan dalam tempoh itu jugalah ummi perolehi PEKERJAAN.... 

 -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208).
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].
p/s:  UMMI sayanggggg baby sangat-sangat.... tak sabar nak lahirkan baby ke dunia.

Jumaat, 30 Disember 2011

Rumah Idaman



Melihat pada sticker di atas yang  membuatkan hati 'gerun'. Rupa-rupanya sedikit sahaja berbaki hari untuk bertukar status Cik kepada PUAN. Dalam persediaan mendirikan RUMAHtangga pelbagai perkara perlu diselesaikan. Dan setiap pasangan mempunyai KEUTAMAAN masing-masing. Hasil perbincangan '2 hala' maka keputusan dibuat. Priority KAMI adalah memiliki RUMAH IDAMAN.

Apakah RUPA rumah idaman KAMI??
Jom terjah tengok...

1) Rumah pokok
  

2) Rumah terbalik

3) Rumah tergantung

4) Rumah terowong

5) Rumah bergerak

6) Rumah ais


Macam chomel jaaa rumah-rumah di atas tapi yang palingg Cik Nisa berkenaan dan menjadi IDAMAN kalbu adalah rumah di bawah ini.

Sila menunduk.... lihat ke bawah.


Soomellll, kalerful.
Nak...nakk...nak macam nihh.