Jenuhhh pikir macam-macam bersempena bulan Ramadhan pada
kali ini. Nak masak apa??? Nak makan apa?? Resepi apa?? Berapa jenis lauk??
Pukul berapa nak masak dll?? Dulu-dulu
selalu jaa dok ‘marah’ kat ibu supaya tayah pikir banyak-banyak sangat
nak masak apa, masak ja apa yang patot sebab
bajet tak kisah/tak cerewat dalam hal makanan yang penting boleh makan sudah.
Dulu kala zaman kecik kenit dan bila di rumah tercinta, WAJIB bersahur
sebab kena kejutkan dengan ibu/ayah. Siap kalu tak bangun ayah menjalankan operasi
‘GELETEK’ sampai bangun. Hohoooho.
Bangun dan terus ke dapur, semua dah terhidang atas meja, makan jea
dengan muka yang mengantuk.
Zaman belajar pula, I.S.A (ikut suka aku) ada rasa rajin bersahur laa
secara berjemaah pada waktu pagi atau supper berat malam-malam buta dengan
rakan-rakan. Bila dilanda kemalasan melampau maka TIDO lagi enak.
Errrrkkkkk….. bertukar sudah; ERA BERUMAHTANGGA di kala bulan Ramadhan.
Rupanya tidak mudah untuk menyediakan sahur dan iftar untuk keluarga ; ZAUJ tercinta. Semestinya zaujah
yang solehah akan berusaha untuk menyediakan yang terbaik buat zaujnya.
Masa iftar akan cuba sediakan lauk-pauk request dari zauj. Even tak
mahir memasak tidak putus asa untuk cuba-cuba. Yang pasti time iftar kena kasi semua
kenyang setelah penat menggunakan tenaga seharian. Menu bersederhana sekadar 2
atau 3 lauk, nak elakkan pembaziran dan amalkan jimat cermat. Hihiihihi.
Bersahur pula agak ringan kali ini kerana En. Zauj request untuk makan
oat + kurma sahaja (jaga badan kekononnya). Jadi sekadar masak nasi secotet +
jamah bersama sedikit baki lauk iftar.
Cabaran sungguh bilamana terus BERTIGA tanpa sempat berdua. Lebih
penting memikirkan SI COMEL dalam tummy. Mahu atau tak, lalu atau tidak, WAJIB
bersahur untuk memastikan diri BEBAS
dari gastrik, makanan baby adalah CUKUP dan
ummi KUAT untuk berpuasa sepanjang hari.
Kena susun makanan untuk bersahur; NASI + lauk pauk (ala kadar) + susu
+ 3 biji kurma + 21 biji kismis + vitamin untuk baby + lebih dari 3 gelas air
putih .
Masa iftar pun wajib amik NASI+ lauk pauk + buah + kurma + susu + kuih
muih + air putih.
See.. see… zaujah SAKAN lagi
berbanding zauj. Rezeki ‘orang berisi’ diberi keutamaan dalam semua hal.
Kuii3..kuii..
Pertama kali berpuasa BERSAMA zauj sememangnya pengalaman bermakna dan
pasti dingati sampai bila-bila oleh setiap orang. KAMI dari awal sebelum Ramadhan telah merancang
berkenaan iftar dan sahur. Alhamdulillah dikurniakan zauj yang memahami kondisi
diri ‘pembawa budak’. Jadi beliau meringankan apa yang termampu….. tidak
memberatkan dengan permintaan yang macam-macam malah beliau sangat membantu di
dapur menyediakan apa yan patut tatkala badan letih dan perlu sangat berehat.
Beliau bantu sediakan bahan masak, beliau masak nasi, beliau masak
bersama-sama, panaskan lauk zaujah untuk sahur, sediakan susu + vitamin zaujah
dll. ALHAMDULILLAH…. Syukran bie kerana BAIK HATI dengan anje dan baby. LUV U SO MUCH..... seluruh jiwa raga dna pastinya hanya kamu KEKASIH AWAL DAN AKHIR anje..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan