Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Selasa, 31 Julai 2012

Penang - Jitra - Perlis - Alor Setar - Penang


Ada orang cakap dia RINDU kat budak berdua tuhhh (adik UDIN & baby Zakir). So mehh kita melayan rindu orang hingga ke Jitra. hhihhihi. Curik-curik masa terluang pertengahan bulan Julai ziarah Kak Shima & Ustaz sekeluarga di Bandar Darul Aman. Sempat menginap 2 hari 1 malam di sana sambil melayan keletah 'mereka-mereka'. Sampai agak lewat petang, TARGET ke Tasik Darul Aman tapi sebelum itu kita makan mee goreng sedap dulu.. nyum..nyummmy.. terkenang teruss. Gulllppp... boleh batal posa macam nihh.

Rancangan asal 'mereka-mereka' hendak bermain bola sepak sekali dah sampai sana sibuk pula nak mengayuh kapal comel dalam tasik tuhh. Tengokk tuhh hepinya mereka meninggalkan daku di daratan... tak aci btui sebab ada orang tuhhh tak ajak pun saya naik dan tinggalkan saya. uhukkk...uhukkk... naseb tak suka merajokk. hihihhi. Pastu bagi ikan-ikan tasik makan.... sangat banyak dan gemok-gemok. Santai agak lama di situ then hampir maghrib baru bergerak balik tapi sebelum tuhh sempat pekena AIS KACANG COLOURFUL yang sedap lagi murah.


Bila ada aktiviti jalan-jalan mestilah ada aktiviti makan-makan jugak. Rezeki murah berganda-ganda... alhamdulillah. Tanpa diduga esok pagi-paginya ibu sampai jugak di Jitra. Awalnya tidak mahu datang kerana ada urusan lain walaupun telah dipujuk rayu. Pandai jugak ibu ayah buat 'kejutan'. Mood bertambah-tambah hepi...


Maka tengahari Ustaz mengangkut kami semua ke Perlis Darul Sunnah. Bergeraklah 2 kereta di jalanan dari Jitra ke Perlis. Di jamu makan tengahari di Restoran Ikan Keli Goreng yang terkena. Tengok ikan keli sahaja dah cukup buat air liur meleleh.... apatah rasanya, ranggup di luar dan empuk di dalam. Terus rasa nak minta resepi. Lauk-pauk yang lain jugak menjilat jari... tuhhh, tengok laa macam-macam lauk yang ada. Dah macam kenduri plak makan kali ni.



Petangnya pula dibawa ke Alor Setar tanpa ibu dan ayah coz dah bertolak balik ke Penang lebih awal. Kak Shima sekeluarga belanja makan steamboat lewat petang. Teruja sangat 'mereka-mereka' makan steamboat buat pertama kalinya. hhihihiihi. Apapun sangat enak dan kenyang teramat apabila ditambah dengan sajian sate bakar. Terima kasih buat Kak Shima dan Ustaz... INSYAALLAH, ada kesempatan giliran kami pula untuk 'infak'kan wang ringgit. (^_^)




p/s: masa sekejap tapi kenangan manis yang berganda-ganda... nilaian JUMLAH masa tidaklah penting, yang utama adalah 'meNIKMATI'nya.

Tiada ulasan: