Bersawang.....
Bersawangggg....
Bersawanggg......
Zraapppp.......zzzreepppppp...... zehhhh.... [cuci kasi bersih sawang lawang semua kat blog nihh]
Fuhh...fuhh... penat. Lega skit dan rasa bolehhh bernafass. Tarik nafas then hembus, tarik balik dan hembus. Alhamdulillah. MAAF atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan iaitu ketiadaan talian internet + laptop menyebabkan segala kerja mem'blogging' adalah tergendala. Almaklumlah di awal usia perkahwinan terlalu banyak duit yang perlu diarahkan ke 'tempat' lain malah awal-awal perkahwinan baru mula hendak mengatur dan menyusun perbelanja dengan mengUTAMAkan yang lebih utama.. Ouuchhh, termelalut pulak. Stopp.. coz nak berkongsi benda lain yang lebih ber'makna'.
Alhamdulillah....... Alhamdulillah.... Alhamdulillah......
Berlalu sudah 1st trimester (3 bulan) kandungan, kini sedang memasuki 2nd trimester dengan penuh terujaan. Mengikut kiraan doc di KK Ayer Puteh, kandungan sudah berusia 19 minggu secukupnya. Baru sahaja selesai membuat check up kali ke-4 pada 24 Julai 2012 yang lalu. Laporan menunjukkan kesihatan yang memberansangkan:
1) HB - OK dengan catatan 11.3
2) Urine - OK ( No protein & no fat)
3) Tekana darah - OK dengan catatan 90/100 ke 100/90 (lupa sudah)
4) Ketinggian rahim - NORMAL, 23cm bersesuaian dengan usia kandungan
5) Berat - 69kg, naik 2.5 dari sebelumnya (ini mengundang tangesssss... doc kata kena minum air gula selepas raya. hohoho.
Syukur sangat tiada sebarang masalah berdasarkan pemerikasaan doc dan nurse. Moga OUR little caliph sentiasa dilindungi olehNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan