Monink semua.....
Berkurun lamanya menyepi.... akhirnya tercapai gak hasrat nak meng'update' diari maya nihh. Banyak benda nak ditulis so hari nihh rasanya sambil meneman zauj tercinta bekerja maka zaujahnya buat marathon blogging laa jawabnya. Agak-agak 'aci' laa di situ padahal niat awal di hati nak siapkan kerja-kerja skolah, pemfailan PBS memandangkan orang-orang PPD nak datang 'melawat' 20 September 2012, Khamis. Tape, bak kata mereka, ESOK MASIH ADA. kuiii3...
Lagi beberapa hari sahaja lagi Syawal bakal melabuhkan tirai dan menguak lebar tirai Zulkaedah. Maka sebelum TAMAT tempoh, rasa masih 'suam-suam' untuk mencoret sedikit pengalaman pertama menyambut Aidilfitri bersama zauj tercinta.
Alhamdulillah, DIA panjangkan usia KAMI berdua untuk menyambut Syawal bersama. Pasti mengujakan bila tahun pertama raya di kampung halaman bersama keluarga tersayang selepas naik takhta sebagai Puan. Ini bukan sebab TURUT KATA BINI naa... En. Zauj awal-awal dah janji, raya tahun pertama di Sg Rusa. Mestilahh Puan Zaujah horeyyy.. Mungkin niat dia nak gembirakan hati zaujah so saya terima ngan hati yang terbuka. Lebih meriah bilamana Kak Long sekeluarga turut beraya di Penang pada tahun ini. Dan bertambah gempitanya bila tahun ini semua saudara-mara, sepupu-sepapat berkumpul bersama. Memang seronok yang tak terhingga, rasa nak ulang balik berhari raya even penat lelah tersadai lepas habis melayan tetamu yang datang.
Tapi raya tahun ini agak rushing dan sedikit TIDAK PUAS. huhuhuhuhuhu. Sempat dua hari sahaja beraya bersama keluarga, sanak-saudara dan sepupu-sepapat coz hari ketiga dah pulang (gamaknya macam jauh sangat) berhari raya bersama mertua di Nibong Tebal, pastu raya keempat dah pecut ke Kelate bersama zauj, mertua dan Akasyah sampai raya keenam (meraikan walimatulurus sahabat baik zauj yang sebelum ini telah menghadiri kedua-dua majlis perkahwinan KAMI). Harus la sedikit kecewa bilamana tidak puas berkonvoi raya dan ziarah-menziarahi lebih ramai sanak-saudara memandangkan tahun hadapan, 2013 giliran beraya bersama mertua pula. Tapi apakan daya, inilah adat orang berumahtangga, WAJIBnya ada tolak-ansur dan toleransi baru smooth Baitul Muslim yang terbina. Insyaallah...
Ok...ok... nakmo sedih+tacink
Jom explore perjalanan raya 2012 KAMI
Malam raya - Marathon tadarus berjemaah bersama sanak-saudara serta sepupu-sepapat yang ramai. Alhamdulillah... 30 juzuk dihabiskan sekitar 2 jam lebih dengan pembahagian 2 juzuk setiap orang. Naseb laa ramai yang hafiz dan hafizah. Moga Si Comel Ummi + Walid nanti pun bergelar hafiz/ah (Insyallah hasrat hati KAMI). Setelah itu sibuk meng'iron' pakaian raya... masing-masing nak bergaya di hari raya. Aktiviti sampingan, mengisi kuih raya dalam balang, ada juga yang sibuk melayan Si Bambam (Muhammad Harraz Fahim) dll.
1 Syawal
- Bangun seawal pagi almaklum laa rumah betul-betul blakang masjid plus nak berebut mandi bila dah rakyatnya ramai. Pastu sibuk-sibuk di dapur selepas solat nak intai-intai apa yang patut dibereskan. Then masing-masing amik tugas sapu rumah, basuh pinggang mangkuk cawan semua di dapur, kemas-kemas apa yang patot, sediakan makanan untuk atok dan akhir sekali sediakan sarapan. After sarapan semua siap-siap untuk solat sunat Aidilfitri... syahdu jaa dengar laungan takbir.
- Mestilah pakai baju raya sedondon yang penat lelah dicari untuk 'meletop'kan suasana. hahaahaha. Tema biar MENYERLAH jauh dari yang biasa.
- Setelah selesai solat sunat pastinya pulang ke rumah, bersalam-salaman serta bermaaf-maafan sesama keluarga di hari raya mulia.... ceewaahhhhh. Pertama kali raya cium tangan zauj minta ampun maaf even baru jea dalam 4-5 bulan gitu. Aasssaaa suwittt wittt3 ngat. Then sesi bermaaf-maafan dengan sanak-saudara, sepupu-sepapat dll juga sesi menghulur 'saguhati' buat si kecil-si kecil yang ramai. Bajet tak banyak maka ckit jea laa yea dapat KAMI beri dengan ikhlas dengan niat derma untuk Si Comel skali.
- Tidak ketinggalan aktiviti TOP MODEL.... acara bergambar takkan lupa, kenangan sekali seumur hidup.
- Seterusnya adalah aktiviti wanita di dapur memerah keringat hingga ke titisan terakhir..... saya sibuk di dapur membantu apa yang patut untuk dihidangkan pada tetamu yang datang. Tetamu datang tidak putus-putus... naseb ramai 'bibik-bibik' import so dapat rehat sikit laa UMMI to be. Fuhhhhhh... lega tarik nafas panjang-panjang.
- Menjamu selera tuhh tak perlu dikhabarkan laa..... berulang kali menyantap apa yang ada, ketupat kacang daun palas, laksa, nasi lauk rendang, bihun sup, almond london, butterfly, mushroom dan banyak lagi. Penuh tong perot tapi cover laaa coz KITA makan berdua. ahakkk3.
- Dalam pukul 6 petang baru tenang skit.... maka terus amik peluang ziarah ke rumah saudara yang terdekat. Makan dan makan lagi maka jawabnya berkilo-kila pertambahan lemak dengan jayanya. Malam aktiviti merehatkan badan dan minda yang telah sangat-sangat lotihhh.
Dipersembahakan dari kami berTIGA (Si Comel masih sedang membesar dalam tummy UMMI).
Walid memilih tema TORQUISE untuk tahun ini. UMMI just follow so tahun depan turn UMMI tentukan tema raya KITA.
Si Comel UMMI & WALID jangan jelezz taw, tahun depan kita bergambar sama-sama. Tahun nihh bagi peluang Abang Harraz manja-manja lue.
2 Syawal
- Konvoi raya beramai-ramai ke rumah sanak-saudara, Mak Ngah di Taman Cenderawasih. Memang kembung perot coz blasah makan kaw-kaw - Nasi tomata, ayam masak ros, laksa lazat, nasi impit kuah kacang dll.
- Lewat petang skit serbu rumah sepupu belah ibu, BBQ RAYA. Nihh pun macam-macam ado. Pilih jaa nak makan apa. Lebih dari 7 buah kereta konvoi bersama, havoc yang teramat.
- Sekian sahaja..... yang pastinya SERONOK dapat berkumpul beramai-ramai, meriah suasana dengan gelak ketawa, usik-mengusik, bergurau-senda dsbnya. Alhamdulillah, nikmat kekeluarga yang Allah kurniakan untuk kami kecapi dan hargai..
Gambar sepanjang raya....
Pertama kali raya SEHELAI baju sahaja, yang len adalah baju lama.
Sedih dak??? Sobb.... sobbb... sobb.... tapi ada orang tuhh 3 helai baju.
Redha jea almaklum perot boyot nak membeli bebanyak baju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan