Bukan rakan persekolahan.
Bukan kawan sepermainan.
Bukan cosmate di universiti.
Bukan sahabat sekerja.
Dan kerana itu aku terus berdoa.
Cukuplah dia menjadi TEMAN SEJATIku sampai syurga.
Antara kenal dan tidak kenal.
Sekadar kenalan biasa-biasa.
Dalam tempoh yang singkat.
Sekitar 1-2 bulan pertama.
Tidak diduga dan menduga.
Dirisik kata-kata ber'ISI' hajat besar.
Antara percaya dan sangka ia JENAKA.
Dan risikan tidak rasmi diTEGASkan.
Dengan rasa tidak pasti dan keliru.
Dikhabarkan juga pada kedua orang tua.
Maka pihak sini mengalu-alukan pihak sana.
Pihak sana datang membawa 'MAKNA'.
Tempoh diminta untuk menimbang keputusan tepat.
Istikharah jalan terbaik di sisiNYA.
Dan JODOH bila jalannya mudah
Alhamdulillah...
Khitbah tempoh pengenalan sebenar.
Ta'aruf menurut Islam dijalani.
Moga dia yang terbaik untukku
Dan aku terbaik untuknya.
Amin...amin.. amin ya rabbal amin
**ringkasan cuma untuk ingatan diri agar tidak lalai dan leka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan