~Update setelah balik soping
Insyaallah, jika diizinkan hari ini bakalan outing untuk soping barang-barang hantaran. Memandangkan sekarang bulan DECEMBER juga merupakan bulan Y.E.S maka adalah waktu-waktu terbaik membelanjakan wang. Insyaallah pasti BERJAYA paling tidak 5-10 barangan yang dihajati dengan harga super duper murah daripada ASALnya. Maka sedikit sebanyak dapatlah B2B berjimat dan melorongkan penjimatan itu ke tempat lain. ~kelihatan ayat begitu SKEMA~
Sambil update blog sambil buat list barang-barang hantaran yang INGIN dibeli sebentar lagi. Antaranya:
1) KASUT - Carlo Rino/School
2)HANDBAG - Carlo Rino/Sembonia(Done)
3)JAM - Bonia(Done)
4)SET PERFUME - Estee Lauder(Done)
5)PAKAIAN - Rias Idaman(Done)
6) TELEKUNG+SEJADAH
7) SET BUKU RUMAHTANGGA/AGAMA
8)HANTARAN+MAS KAWIN+GELANG - Habib Jewel(Done)
9) ??????
Harapnya dapatlah apa yang dicari, tak semua pun paling kurang separuh daripada barang-barang di atas. Bukan mahu tergesa-gesa cuma mahu bersegera supaya boleh menumpukan kepada perkara lain pula selepas ini.
p/s: rumit juga persiapan untuk kawen... tengok macam senang dah lalui baru taw. nak taw rasa, ce try. hihihi.
1 ulasan:
Tengok org kawin memang seronok.. Tp bila mengalami sendiri.. Barulah kita tahu betapa susahnya.. Takpe ni semua pengalaman.
List no.9? ????? Tu yg ngeri apakh dia..he2
Catat Ulasan