skip to main |
skip to sidebar
SUAMI SOLEH dambaan ISTERI
Suami sebagaimana yang sebenarnya dimahukan oleh seorang isteri? Kali ini disenaraikan ciri-ciri suami yang amat didambakan oleh isteri di luar sana.
1 – Sedia mendengar
Seorang isteri sebenarnya mahukan suami yang sedia mendengar cerita dan keluhannya.
2 – Sentiasa menambah ilmu rumahtangga
Bukankah suami itu pemimpin bagi isterinya? Sebagai seorang pemimpin, suami wajib memberi bimbingan dan memberi pendidikan kepada isteri dan seluruh ahli keluarganya agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan.
3 – Menghargai
Mulakan dengan perkara kecil seperti ucapan terima kasih semasa isteri menyediakan kopi di waktu petang hari atau memuji masakan isteri yang sememangnya sedap.
4 – Tidak sentiasa menyalahkan
Sewaktu ternyata isteri tersilap, suami sebaiknya janganlah terus merungut, marah-marah dan terus menyalahkan hingga mencalarkan emosi pasangan. Daripada menarik muka masam, ada baiknya minta penjelasan daripada isteri tentang mengapa ia berlaku sambil memberikan nasihat. Jangan lupa tetap memberikan senyuman.
5 – Mampu menahan marah
Orang yang mampu menahan marah itu adalah orang yang kuat. Sekiranya suami bersikap panas baran, ia hanya akan menyemarakkan sikap bermusuhan dan rasa tidak puas hati di pihak isteri.
6 – Sayang diri sendiri
Sayangi diri dengan menjaga kesihatan, pemakanan, meluangkan masa untuk bersenam, mendapat tidur yang cukup serta tidak merokok.
7 – Boleh menerima pendapat isteri
Walaupun suami berperanan sebagai ketua keluarga, namun itu bukan bererti suami boleh bertindak sewenang-wenangnya atau membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan atau pendapat isteri.
8 – Pulang dengan senyuman
Tekanan di tempat kerja selalunya membuatkan suami stres. Begitu juga jika seharian melakukan kerja yang meletihkan di tempat kerja. Tetapi tidak perlulah perasaan itu dibawa kembali ke rumah. Tinggalkan masalah pejabat di pejabat sahaja.
9 – Romantis
Memang agak sukar mengharapkan suami meluah dan menunjukkan rasa sayang serta cinta pada isteri setiap hari, tapi sekurang-kurangnya suami mempamerkannya pada hari-hari istimewa sang isteri
10 – Membantu urusan rumahtangga dan anak
Walaupun sekadar menyidai kain di ampaian, bantuan seperti itu sebenarnya amat dihargai isteri. Ingat, isteri bukan hamba suaminya.
11 – Tidak cerewet
Menurut satu kajian, suami yang baik adalah seorang yang mudah, ringkas dan tidak cerewet terutama sekali dalam bab makan minum dan sebagainya. Sifat-sifat demikian akan memmudahkan isteri untuk melaksanakan tanggugjawabnya sebagai seorang isteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan