Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Isnin, 20 Februari 2012

TEMPOH PERCUBAAN

Lebih kurang 2 week majlis bakal berlangsung..... tempoh yang sangat kritikal untuk menyelesaikan perkara-perkara yang masih PENDING. Kita sentiasa mengharapkan yang terbaik namun siapa kita untuk menidakkan UJIAN dan DUGAAN dariNYA. 
Permukaan yang tenang.... tiba-tiba dikocak, BERGELOMBANG deras dan laju. Yang pasti, 'kehadiran' yang tak diundang telah mengeruhkan keadaan. Ternyata tempoh PERCUBAAN ini teruji di saat-saat akhir tatkala syaitan dan iblis sedang meratapi sedih lagi hiba bilamana anak ADAM & HAWA akan diijabkabulkan. Allahuakhbar....


Ya Allah, hanya kepadaMU aku memohon. Peliharalah DIRIku dan KELUARGAku dalam jagaanMU. Lindungi KAMI dari segala kesulitan dan kesusahan. Jadikan KAMI insan yang REDHA dan SABAR. Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Agung, hanya padaMU aku sandarkan pengharapan. Amin....amin... amin Ya Rabbal amin.

  
"Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang" [Amin...amin... amin Ya Rabb al-amin..]


p/s: Mohon doa daripada rakan-rakan juga.

Tiada ulasan: