Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Khamis, 31 Mei 2012

Peranan SUAMI disisi ISTERI HAMIL




Mana-mana isteri yang hamil sangat-sangat mahu sentiasa didampingi SUAMI.  SUAMI sangat diperlukan isteri dalam setiap perkara. Oleh yang demikian, SUAMI wajar mengetahui dan bersedia fizikal serta mental menghadapi tempoh kehamilan isteri. Para SUAMI sangat digalakkan untuk mempelajari serba sedikit berkenaan kehamilan melalui buku, internet dan sebagainya. Ianya sebagai gambaran awal untuk melalui tempoh yang mencabar ini. Antara perkara yang perlu diberi tumpuan oleh para SUAMI ialah:

KESIHATAN
Sentiasa mengambil berat kesihatan isteri dan kandungan. Menyediakan makanan tambahan yang terbaik buat kedua-duanya.

PEMAKANAN
Perlu menjaga dan menitikberatkan pemakanan isteri kerana dalam tempoh kehamilan isteri dan kandungan memerlukan pemakanan yang baik dan berkhasiat .

PERSEKITARAN
Memastikan persekitaran, tempat tinggal dan tempat kerja isteri berada dalam keadaan yang baik dan selesa serta jauh daripada risiko yang merbahaya.

PEMERIKSAAN
Sentiasa menemani isteri setiap kali membuat pemeriksaan dalam tempoh kehamilan. Secara tidak langsung ini membina emosi yang baik buat isteri dan kandungan.

DOA
Para suami jangan lupa untuk SENTIASA berdoa untuk kesejahteraan isteri dan bayi yang dikandung.

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perut isiteriku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut isteriku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perut isteriku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.

Tiada ulasan: