Bulan keEMPAT
[Alhamdulillah..... pembawa makhluk Allah s.w.t yang comel]
Alhamdulillah.... kesihatan semakin pulih. Bersemangat nak QADA makan yang berkhasiat untuk Si Comel dalam tummy nihh. Baru jaa nak recover balik tuptupp.... satu hari tuhh jejalan sorang kat tapak ekspo UMMI jatuh, maka tersagatlah lutut, kaki dan pergelangan kaki. Memang terkejut sangat + risau apakah naseb baby ummi. huhuhuhuhu. Kalu walid tahu kompem kena MARAH sebab tak berhati-hati, lasak dan ganas sangat. Maaf..... ummi tak sengaja la walid. Mungkin mood hepy sangat coz dah sihat n nak g second animun ke CAMERON HIGHLAND bersama keluarga tercinta.
Naseb la 26 Jun 2012 check up so maklumkan kat doc perihal kemalangan yang tak disengajakan n minta buat scan memandangkan wisau kondisi baby. Tak dapat nak pastikan baby OK atau tak coz waktu dan ketika ini ummi masih belum dapat merasa sebarang gerakan baby. Hasil check up 4 bulan maka doc sahkan:
Alhamdulillah.... hampir 2 bulan menternak lemak dengan jayanya ummi dapat kerja GSTT di Penang Free School. Rezeki baby setelah ditiupkan roh pada masa 4 bulan 10 hari. Ummi syukur sangat sebab sebelum asyik sedih dan susah hati ja memikirkan kewangan family yang agak merunsingkan. Simpati dengan walid yang perlu menanggung banyak perkara, sekurang-kurangnya bila ummi kerja, boleh laa membantu serba sedikit. Moga Allah murahkan rezeki ummi, walid dan keluarga kita dengan kelahiran baby nanti. Ummi hope sangat dapat kerja tetap awal tahun 2013.
Naseb la 26 Jun 2012 check up so maklumkan kat doc perihal kemalangan yang tak disengajakan n minta buat scan memandangkan wisau kondisi baby. Tak dapat nak pastikan baby OK atau tak coz waktu dan ketika ini ummi masih belum dapat merasa sebarang gerakan baby. Hasil check up 4 bulan maka doc sahkan:
- Berat naik ke 66.5kg
- Tekanan darah 100/60
- HB semakin ok 10.9gm
- Hamil 15 minggu
Alhamdulillah.... hampir 2 bulan menternak lemak dengan jayanya ummi dapat kerja GSTT di Penang Free School. Rezeki baby setelah ditiupkan roh pada masa 4 bulan 10 hari. Ummi syukur sangat sebab sebelum asyik sedih dan susah hati ja memikirkan kewangan family yang agak merunsingkan. Simpati dengan walid yang perlu menanggung banyak perkara, sekurang-kurangnya bila ummi kerja, boleh laa membantu serba sedikit. Moga Allah murahkan rezeki ummi, walid dan keluarga kita dengan kelahiran baby nanti. Ummi hope sangat dapat kerja tetap awal tahun 2013.
Bulan keLIMA
Sedar tak sedar usia kandungan memasuki 5 bulan. Dalam usia 4 bulan 10 hari, ummi mula merasa gerakan baby yang semakin jelas, SUBHANALLAH. TAKJUB dengan kebesaranNYA. Gerakan yang ummi rasakan hanya sedikit dan lembut sahaja, adakala seperti 'geli-geli' di bahagian tummy, macam ada kupu-kupu dalam perut pun ada jugak. Walid teruja sangat nak merasa gerakan baby beliau tapi diawal-awal nihh agak susah hendak merasa dengan jelas gerakan Si Comel.
Ummi sangat-sangat syukur kerana diberi kesempatan berpuasa penuh pada bulan Ramadhan tahun ini. Awalnya timbul kerisauan juga memandangkan sedia ada GASTRIK kronik. Tapi baby ummi walid baik sangat-sangat, behave ja sepanjang bulan puasa maka dapatlah ummi puasa dengan harmoni. Ummi perasan yang tyme bulan puasa baby kurang aktif, jarang sangat godek-godek dalam perut ummi sampai ummi risau jaa. Tapi walid selalu motivate ummi supaya positif, baby sayangg ummi tanak bagi ummi letih tuhh yang baby banyak rehat dan tak lasak-lasak dalam tummy ummi. Alhamdulillah......... cayangggg dia.
Dalam 2nd trimester ummi dah stop amik suplemen dari klinik, ummi makan OBIMIN untuk Si Comel + rajin minum susu + makan buah. Dan ummi rasa lebih selesa kerana tidak perlu menelan ubat dalm kadar yang sangat banyak. Tak termampu tekak nak menanggung. Untuk check up 5 bulan:
- Berat naik 2.5 kg ke 69kg
- Tekanan darah 100/60
- HB semakin ok 11.7gm
- Ketinggian rahim mencecah 20cm
- Hamil 19 minggu
Yeayyyyy.. berhari raya pertama kalinya bersama En. Zauj dan Si Comel dalam tummy dengan warna tema TORQUISE. Yang pasti ummi semakin embamm bamm a.k.a chubby. Banyak baju yang ummi tak muat terutama kat bahagian dada dan pinggul. Wuaaaa.......... rasa macam tadak stok baju dah. Ini umpama BONUS gak coz dapatlah merayu-rayu kat beliau untuk beli baju BARU. hihihihhi. Dalam usia kandungan ummi 5 bulan nihh, baby sangat-sangat aktif pada waktu tengah malam dan awal pagi. Tyme ummi nak tidur baru laa dia sibuk-sibuk nak menguit laa, tendang-tendang tummy ummi la dll. Tyme pagi-pagi pun sama, Si Comel excited nak solat subuh ngan ummi yea sayang..
Bulan keENAM
Pemeriksaan kandungan pada usia enam bulan + scan. Baby aktif sangat-sangat..... sampai ummi walid pun jadi teruja sangat. Dan hari nihhh, sebab Si Comel cerdik dan bijak sangat, dia siap show lagi JANTINA dia tanpa segan silu. Doc tanya ummi nak taw jantina tak, kalu tanak tape doc tanak bagitaw. hihiihhi. Mestilah ummi nak taw, nak gtaw walid kat luar yang sangat tak sabar tuhh.
Hasil check up 6 bulan:
- Berat naik dari 69kg ke ke 76kg (maka terpaksa minum air gula untuk check kencing manis)
- Tekanan darah 90/50
- HB semakin ok 10.0gm
- Ketinggian rahim mencecah 24cm
- Hamil 24minggu
Semua terTANYA-TANYA?????
Pada 30 Ogos 2012 tetiba kaki ummi bengkak macam kaki gajah, buruk sesangat + terkejut. Ummi risau sangat andaikata ada petanda buruk apa-apa. NAUZUBILLAH.... pastu ummi terus ngadu dengan walid dan malamnya walid tolong sapu minyak dan urutkan. Lega dan surut bengkak kaki ummi... bila tanya-tanya orang, semua cakap normal bila kandungan makin besar, apatah lagi jadi CIKGU so banyak berjalan dan berdiri membuatkan kaki bengkak.
Memasuki bulan keENAM ini baru tummy ummi kelihatan kalu tidak ramai yang tak perasan ummi pregnant apatah ummi selalu pakai jubah dan tudung labuh, memang tadak peluang laa nak nampak tummy ummi yang makin comel. Dalam bulan nih jugak ummi kerap sangat-sangat SAKIT PINGGANG, PENING KEPALA dan KEJANG KAKI. Moga Allah beri kekuatan kat ummi sebab kadang-kadang rasa letih dan penat sangat-sangat nak ke sekolah dan mengajar.
13 September 2012, tetiba ummi mengalami sakit yang teramat sangat dibahagian bawah perut lebih-lebih lagi sebelah kanan sampaikan ummi rasa tak mampu nak berjalan. Oleh kerana tahap kerisauan terhadap Si Comel yang melampau, ummi buat check up kat klinik. Berdasarkan scan dan cek air kencing, semua ok cuma doc suspect apendix atau cyts. Nauzubillah.... Doc bagi banyak ubat dan perlu dihabiskan untuk tengok kemajuan diri, andaikata lepas habiskan makan ubat still sakit, ada pendarahan, muntah lain-lain ummi perlu rujuk dengan doc dan hospital. Sekiranya sembuh.... alhamdulillah SIHAT. Dua tiga hari, rajinkan diri makan ubat-ubatan, kesakitan ummi semakin beransur hilang. Sesungguh semua PERASAAN ini adalah anugerah terindah:
Gembira, Risau, Takut, Excited, Sedih, Ragu-ragu dan sebagainya....
Hasil MINUM AIR GULA, ummi adalah NEGATIF maka ummi sanat hepy. Tak perlu risau lagi samada ummi penghidap kencing manis ataupun tidak. Sememangnya ummi TAKMO.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan