EDERMA atau juga lebihi dikenali keadaan bengkak kaki dan tangan semasa hamil? Jom baca cara-cara nak atasi masalah kaki bengkak.
Berikut adalah cara-cara untuk atasi masalah ini:
- Sekiranya anda duduk sepanjang hari pastikan ada rehat secara teratur iaitu luangkan masa untuk anda bangun dari tempat duduk anda dan berjalan-jalan serta luruskan kaki anda. Ini adalah untuk menggalakkan peredaran darah anda.
- Regang dan lenturkan jari-jari kaki dengan memusingkan pergelangan kaki anda supaya darah dalam badan anda sentiasa bergerak.
- Selain itu, lakukan urutan pada kaki anda. Urut kaki anda dengan menggunakanminyak urut atau minyak angin (yang panas) untuk mengurangkan bengkak. Urutan ini amat penting untuk mengurangkan rasa penat anda ketika berjalan dan boleh membuatkan anda lebih relaks (tenang).
- Sepanjang kehamilan, anda digalakkan tidur dalam posisi mengiring ke kiri atau kenan. Sekiranya anda tidur secara terlentang, ia akan member tekanan tambahan pada pembuluh darah (vena) anda. Dengan tidur dalam keadaan posisi mengiring ini dapat memudahkan serta melancarkan peredaran darah anda ke jantung. Malah ia akan mengelakkan atau mencegah darah atau cairan berkumpul seterusnya menyebabkan bengkak.
- Selain itu, ketika baring, tinggikan kaki anda atau alas dengan bantal agar darah di kaki dapat mengalir dengan lancar
- Bersenam secara ringan juga dapat membantu dari kaki anda bengkak. Cari senaman ringan yang boleh diamalkan oleh wanita hamil.
- Rendam kaki yang bengkak ke dalam air sejuk yang telah dicampur dengan sedikit garam atau limau nipis selama 10-15 minit. Rendaman ini juga bagus untuk mengurang rasa penat atau lenguh kaki anda.
- Kurangkan pengambilan garam dalam makanan dan minuman
- Anda juga boleh mengurangkan bengkak dengan minum ramuan herba, Antaranya ialah:
- Masukkan 2 sudu ketumbar dalam 2 gelas air dan rebuskan ia hingga tinggal separuh (lebih kurang 1 gelas). Setelah itu, minum air rebusan itu 3X sehari. Bagi menambahkan rasa, anda boleh tambah sedikit gula dan susu.
Selamat mencuba..
Kepada sesiapa yang ada sebarang petua, nasihat, pengalaman..jom kongsi.. ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan