Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Khamis, 31 Mei 2012

Peranan SUAMI disisi ISTERI HAMIL




Mana-mana isteri yang hamil sangat-sangat mahu sentiasa didampingi SUAMI.  SUAMI sangat diperlukan isteri dalam setiap perkara. Oleh yang demikian, SUAMI wajar mengetahui dan bersedia fizikal serta mental menghadapi tempoh kehamilan isteri. Para SUAMI sangat digalakkan untuk mempelajari serba sedikit berkenaan kehamilan melalui buku, internet dan sebagainya. Ianya sebagai gambaran awal untuk melalui tempoh yang mencabar ini. Antara perkara yang perlu diberi tumpuan oleh para SUAMI ialah:

KESIHATAN
Sentiasa mengambil berat kesihatan isteri dan kandungan. Menyediakan makanan tambahan yang terbaik buat kedua-duanya.

PEMAKANAN
Perlu menjaga dan menitikberatkan pemakanan isteri kerana dalam tempoh kehamilan isteri dan kandungan memerlukan pemakanan yang baik dan berkhasiat .

PERSEKITARAN
Memastikan persekitaran, tempat tinggal dan tempat kerja isteri berada dalam keadaan yang baik dan selesa serta jauh daripada risiko yang merbahaya.

PEMERIKSAAN
Sentiasa menemani isteri setiap kali membuat pemeriksaan dalam tempoh kehamilan. Secara tidak langsung ini membina emosi yang baik buat isteri dan kandungan.

DOA
Para suami jangan lupa untuk SENTIASA berdoa untuk kesejahteraan isteri dan bayi yang dikandung.

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perut isiteriku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut isteriku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perut isteriku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.

Jumaat, 25 Mei 2012

TAHNIAH Abg Long Yusry & Kak Long Ida


Alhamdulillah....

Insyaallah.... keluarga Puan Atiah bakalan bertambah BESAR.
Baru mendapat perkhabaran GEMBIRA daripada Dikya (tenet bergerak bak kata Bangah, hihhii)
MAK bakal dapat cucu kedua tahun depan 2013.
Kak Long Ida telah disahkan hamil, memasuki 4 minggu (sebulan).
Semoga segalanya dipermudahkan buat semua.


TAHNIAH buat Abg Long & Kak Long atas kehamilan Kak Long.
Take care, moga kandungan terus sihat dan membesar dengan baik.
Bie... nanti Little Caliph kita ada kawan, ada ABANG sorang n ADIK sorang.


Abang HARRAZ..
Adik ...........  (kena tunggu Abg Long & Kak Long bagi nama dulu)


Mungkin selepas ini bakal menyusul........ Kak Ngah & Abg Ngah pula....
Next.... Dikya (kena settle kawen bulan 12 dulu yea).

(^_^)

p/s: Setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga pasti mendambakan kehadiran CAHAYA MATA penyeri keluarga. Maka setelah berolehnya, peliharalah AMANAH tersebut dengan sebaik-baik. Terus dan sentiasa rafakkan kesyukuran pada DIA MAHA KUASA.

Rabu, 16 Mei 2012

First SCAN my Little Caliph

14 Mei 2012, Isnin
Klinik Kesihatan Ibu & Anak Air Puteh
8.00 pagi  (hakikatnya nak dekat kul 9 pagi baru nama dipanggil)


Excited tersangat... even taw tak berapa nak nampak apa sangat.
Just nak pastikan kedudukan Little Caliph kesayangan umie & walid BETUL.
Perkembangan Little Caliph BAIK dan SEMPURNA.


Alhamdulillah, pemeriksaan pertama :
1) Berat - naik hampir 1kg, patutnya untuk 1 Trimester kena nai 0.5 kg ja tapi nurse cakap ok
2) Tekanan darah - 90/60, GOOD
3) Ujian air kencing (paras gula & protein) - normal dua3, tadak masalah

Pemeriksaan kedua:
1) Ukur ketinggian rahim - 9cm
2) Penerangan tentang pengambilan makanan & ubat - dapat ubat baru menggantikan ubat yang telah kehabisan stok

Pemeriksaan ketiga:
(Dibuat oleh Doktor)

SCAN my tummy untuk lihat kedudukan LITTLE CALIPH

Taraaa......




Taaraaa........




TTTaaaarraaaa.......



Just nampak rahim, then PERASAN ada degupan kecil jantung si Little Caliph.
Ya Allah, rasa nak menitis airmata, bila menyedari ada makhluk bernyawa dalam tubuh sendiri.
Doc maklumkan panajng Little Caliph dalam 9-10 cm, sesuai dengan kandungan 8-9 minggu.
Alhamdulillah... semuanya baik-baik.... terus membesar dengan sihat, sempurna yea sayang.


p/s: tak sabar tunggu second scan pada minggu ke 24. tyme nihh baru akan nampak muka, tangan, kaki, hidung dll.

Khamis, 10 Mei 2012

Aktiviti Mei


FULLTIME HOUSEWIFE



Carian KERJA




Ya Allah permudahkan URUSANku.... murahkan REZEKIku..... aku memohon dan merayu hanya padaMU.KAU Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Makbulkanlah permintaan kecil hambaMU ini. Amin.. amin.. amin ya rabbal amin.



p/s: SEMPITdan SESAK untuk bulan ini dan bulan mendatang sekiranya masih belum dilamar oleh mana-mana majikan. TIADA lagi soping-soping. uhukk3. Sobb.. sobb...

Jumaat, 4 Mei 2012

Umie + Walid




Assalammualaikum semua.

Umie to be nak berceloteh ckit jea.
Even kandungan baru beberapa minggu tapi naluri keUMIEan membuatkan diri asyik verangan :-

1) Macamna rupa little caliph/HONEYstar umie & walid?
2) Little caliph/HONEYstar umie & walid gegurl ke beboy?
3) Nanti little caliph/HONEYstar ikut rupa umie ke rupa walid?

Compem semua yang bakalan menjadi IBU. UMIE. MOMMY, EMAK akan terpikir-pikir benda yang sama selama membawa perut yang berisi makhluk comel bernyawa. (^_^)   Comel rasa ini.