Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Selasa, 1 Januari 2013

SAKIT yang INDAH


Saya telah SELAMAT melahirkan secara NORMAL MUJAHID SOLEH ke dunia pada tanggal 17 December 2012, Isnin, 6.03 petang yang damai dengan hujan renyai-renyai. Dengan berat 3.25kg, ukuran panjang 53 cm, alhamdulillah semuanya dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi yang menCEMASkan.




Dipertontonkan OUR LITTLE MUJAHID SOLEH UMMI & WALID
Muhammad Irfan Naqib Bin Razis
 [ suka SENYUM..... sejuk & damai hati ummi tiap kali melihatnya ]

Ummi baru lepas makan tengahari, tanak baring terus nanti tak SELIM laa badan ummi so habes laa usaha ummi nak kurus jelita balik. hohohoho. So ms nihh dimanfaatkan sekejap untuk update belog yang dah lama terabai. Ummi nak update serba sedikit proses KELAHIRAN our little mujahid nihh.




PESAN AWAL: Lain orang mungkin lain ceritanya. Malah menurut NURSE/DOKTOR setiap orang ada BAHAGIANnya masing-masing. Ini hanya perkongsian TIDAK lebih dan kurang.



15 December 2012, SABTU

Petang
Seharian tuhh elok saja ummi bersantai di rumah even tadak sapa-sapa siap ramai kawan-kawan dok p.m tanya pasal bila nak 'beranak' sebab rasa dah lama sangat ummi pregnant. Ummi just lehh jawab baby selesa sangat dok dalam tummy ummi tuh yang tak maw kuar-kuar kot pastu ummi plak makan sedap lagi laa dia suka nak dok dalam tummy ummi lelama. REDHA jaa... sebab kalu ikut esoknya dah DUE tapi belum ada pape tanda. Dalam dok kata tadak pape tanda, kul 5.00 petang lebih kurang tetiba pas jawab kol sedara dari Pahang yang dalam perjalanan nak datang turun AIR. Tengah dok jalan nak p amik wuduk rasa nak terkucil tuptuptup tak sempat tahan langsung dia meluncur laju kuar terus. Jerit3 panggil my ibu suh tengok... terus ibu kata 'hahh. tuhh turun air ketuban la. Dah p mandi dan shampoo semua dan siap apa yang patut'. Terus terkedu sebentar. Rancangnya pas maghrib tunggu en. zauj balik kerja baru nak g hospital memandangkan air ketuban turun TIDAK diiringi rasa sakit. 

Malam
Tunggu en. zauj balik kerja, makan dan prepare apa yang patut. After solat maghrib terus gerak g Hospital Balik Pulau bersama dua kereta berasingan, my ibu ayah + en. zauj. G hospital kena la ikut prosedur biasa, daftar, kena salin baju, test air kencing, buat CTG (denyut jsntung baby) then cek ummi dan SELUK untuk lihat bukaan. Tyme nihh nurse-nurse jea yang buat dan dia sahkan bukaan hanya 1cm jea. Depa tengok rekod semua, pastu kena la refer ke Hospital Bersalin Pulau Pinang memandangkan MATERNAL OBESITY even tadak kencing manis, darah tinggi dll. Depa tak berani tanggung risiko yang berKEMUNGKINAN. Sempat rehat jap kat wad, pastu makan then terus depa hantar ke Hospital Bersalin Pulau Pinang dengan ambulans. En. zauj follow dari belakang sementara ibu ayah terpaksa balik memandangkan ada sedara dari jauh hendak datang.

Sampai jea nurse dan en. zauj buat pendaftaran apa yang patut then menunggu yang sangat lama untuk pemeriksaan. Pemeriksaan pertama dalam bilik kecik, suh kencing lagi, amik darah lagi then SELUK lagi. Dan saya dengan TEGASnya cakap nak doktor PEREMPUAN even yang cek luaran tadi adalah doktor lelaki. Terkedu seketika dan doktor lelaki tadi pun panggil doktor perempuan so saya LEGA. After semua tuhh tunggu lagi untuk pemeriksaan lanjutan, SCAN details. Alhamdulillah semua ok, baby dalam anggaran 3.3 kg, level air ketuban ok dalam 9, kedudukan babi, uri dll baik. Then kami bersetuju memilih WAD KELAS 3 (EKONOMI) sahaja. Saya tegaskan pada En. zauj, tak kisah laa kelas apa coz sakit bersalin itu tetap sakit even first kelas lagi plak KAMI dah berbincang untuk utamakan PERUNTUKAN bagi majlis akikah baby nanti. Setelah itu masuklah wad..... en. zauj hantar saya ke wad, siapkan katil dan kemas barang apa yang patut kat almari comel tepi katil tuh. Saya pula skali lagi perlu menjalani CTG. En. zauj amik keputusan TAK BALIK nak temankan saya dan dia tido dalam keta..... PENGORBANAN btul, Luv u so much my hubby. 


16 December 2012, AHAD

Pagi
Tetiba terjaga dalam pukul 2.00 pagi dan mengalami sakit-sakit di bahagian ari-ari. G bilik air n tengok ada darah kuar. Dan sepanjang pagi tuhh nak tunggu siang memang lena tak lena lena berikutan kontraksi yang dialami. Kejap sakit, kejap reda tapi sakit lagi banyak dari tak sakit. hohohoho. Dok sms-sms dengan en. zauj yang wisaukan si zaujah. Sian en. zauj yang tak cukup rehat memandangkan baru balik dari kerja terus zupzapzupzap..... terpaksa bergegas dan berjaga. Pagi-pagi lagi en. zauj datang, minta dia belikan makanan, makan kenyang dan rehat-rehat. Sarapan pagi di hospital tak mampu diterima tekak, still demand even dok sakit-sakit. Still belum rasa nak bersalin even kontraksi berterusan. Hari ini dapat laa en. zauj temankan dari pukul 1 tengahari sampai 8 malam. Tyme nihh semua posisi untuk duduk, baring, berdiri dengan selesa sudah TIDAK ada lagi. Yang tahu hanya rasa SAKIT yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata. En. zauj SETIA jea... pastu asyik sabarkan zaujah suh zikir, doa n selawat apa yang termampu. Hanya itu ja yang mampu kita sebagai HAMBA mohon DIA ringankan kesakitan...

Petang
Sedara-mara pun ramai yang datang menziarah even belum deliver. Tyme nih masih boleh gelak ketawa senang hati sebab buat-buat tak layan rasa SAKIT tuhh. Sesekali jea ngadu ngan en. zauj. huhuhuhuhu. Sambil tuhh dok merengek-rengek bila laa nak bersalin nihh. Sabar jea la.. Petang tukar tuala wanita perasan  ada lendir, patut laa sakit bertambah-tambah. Maka sekarang telah lengkap, turun air ketuban, kuar darah dan lendir then kontraksi. Pastu petang skit kena SELUK lagi tapi tiada perkembangan positif, just 2cm macam tuhh. Wuaaa.... dalam hati berapa lama nak berkampung kat hospital. BOSAN!! Doktor maklumkan if tak bersalin juga hari ini, saya akan diINDUCE pada pukul 5.00 pagi esok sebab air ketuban pecah telah melebihi 24 jam bagi mengelakkan sebarang risiko kepada baby. PASRAH!! En. zauj tak tenang jaa tengok zaujah kejap-kejap sakit... en. zauj siap ngaji, baca yasin n buat air yasin masa zaujah terlelap jap.... very APPRECIATE. En. zauj sangat-sangat bersusah-payah dan usahakan sebaik yang termampu.


Malam
Malam nihh lagi laa sakit yang teramat-amat..... boleh berselawat, zikir dan berdoa jaa. Malam nihhh memang langsung tak boleh tidur. Sakit Ya Allah...... DIA sahaja Maha Mengetahui. Sekejap perut cekang, pastu sakit sangat......... pastu kejap jea COOL pastu cekang dan sakit lagi. Sakit macam datang senggugut.. tapi ini mungkin senggugut tahap MAKSIMA. Sakit sangatt...kejap-kejap pegi tandas, kejap-kejap pegi tandas coz dah tak tahu nak buat apa dengan sakit yang dialami. Hope sangat-sangat akan rasa nak bersalin dan bukaan semakin besar coz TANAK diinduce. Risiko untuk C-SER sangat besar.... OH NO!!! Tanakkkk!!! Mata asyik tengok jam jea.... dok wisau jam menginjak pukul 5.00 pagi dan nanti kena induce. huhuhuhhuu. Malam nihh cuba tak SMS en. zauj, saja nak bagi dia rehat dan lebih bertenaga untuk temankan zaujah esok dalam labour room. Malam nihh suh en. zauj balik menumpang tido rumah kawan-kawan sewa dia zaman bujang yang dekat dengan hospital. So malam nih berAIR MATA sensorang menahan SAKIT KONTRAKSI. Moga Allah ampunkan segala dosa-dosaku...


17 December 2012, ISNIN

Pagi
Tengok jam dah 5.00 pagi tapi tadak sesapa pun panggil untuk cek bukaan mahupun INDUCE maka saya masih boleh bertenang. Tunggu en. zauj datang..... ngengadu sakit yang amat sangat, dah boleh kuar air mata if tak tahan sakit. En. zauj sabarkan suhh banyak doa. Sarapan dulu takut-takut nanti dah kena masuk labour room. Tunggu punya tunggu pemeriksaan, kul 7.00 pagi macam tuh baru doktor panggil untuk SELUK (cek bukaan) dan kemungkinaan INDUCE. Tapi alahmdulillah, seluk kali nihh doktor maklumkan bukaan dah 5cm dan kena masuk labour room. Siap-siap nak masuk labour room skali PENUH.... maka pasrah jaa dok kat wad. Lagi tenang still boleh kuar masuk tandas, makan minum dan borak-borak. Kalu masuk labour room awal-awal pun blum tentu terus bersalin, takut-takut dok tersadai lama dalam tuhh dengan sakit dan lapar lagi. Sempat makan tengahari bubur nasi yang en. zauj belikan. Even tyme makan asyik-asyik terhenti bila kontraksi datang menyerang. Tyme nihh memang tak mampu nak senyum dah... kelat ja muka. Baru ku tahu rasa KONTAKSI  itu.

Petang
Dalam pukul 2.00 petang nurse maklumkan dah boleh masuk labour room maka bermulalah perjalanan SAKIT tanpa henti. Tyme nihh memang sakit yang sangat-sangat dah tambah-tambah kejap-kejap kena SELUK dengan doktor pelatih dan doktor SEBENAR. DERITA jaa rasa.... masuk dalam tuhh kena tukar baju kain semua. Pastu depa pasang laa segala macam wayar untuk antibiotik la, air laa dsbnya. Pasang jugak CTG kat perut nak cek degup jantung baby pastu nak tengok kekerapan kontraksi tuhh. Tyme nihh hanya air mata menjadi penemam di samping zikir dan selawat di bibir. Nak menjerit tuhh memang TAK SANGGUP + MALU even ada kat bilik depan dok menjerit-jerit dengan kuatnya. huhuhuhhu. Seriau satu badan... Seyes sakit yang tak dapat digambarkan, selang 2 jam doktor/nurse akan cek bukaan. Tapi MORAL sangat down bilamana setiap kali SELUK tiada perkembangan.

If orang tanya sakit... jawapan JUJUR dariku SANGAT SAKIT. Kerana sakit yang tidak mampu tertahan lagi maka ummi pun minta suntikan dan oksigen untuk TAHAN SAKIT... even diberi suntikan dan oksigen, SAKIT tetap sakit, sedikit pun tidak reda. Ummi sedut sepuas-puasnya oksigen tahan sakit sampai habes satu tong then siap kena bebel juga dengan nurse-nurse, 'jangan dok sedut sangat-sangat oksigen tuhh nanti boleh PENGSAN or MUNTAH'. Tapi dalam hati ummi terbetik biarlah, pengsan kaa muntah ka yang penting hilang SIKIT pun jadi laa rasa sakit nihh coz tak tertahan. Kejap-kejap nurse datang tengok untuk pastikan tiada pape MASALAH pastu bagi minum sikit air masak.

Kejap-kejap rasa nak terkencing... rasa nak terbeyak. Bila gtaw nak beyak, nurse SELUK tengok dan kata belum masa lagi then dia tak bagi teran. Kencing plak nurse masukkan tiub panjang dalam miss V, memang agak sakit, pedih dan nyilu laa apatah tyme tuh kita memang tengok SAKIT. Pastu rasa laa air kencing meleleh-leleh, punya laa banyak, penuh satu beg plastik tuhh. Tapi still rasa sangat tak puas... alih-alih terkucil jugak sedikit sebanyak atas katil tuhh. Dalam dok sakit-sakit tuhh, tangan tak lepas pegang HP, berSMS dengan en. zauj melaporkan perkembangan diri dan baby. En. zauj memang resah laa kat luar tuhh, nak masuk temankan kat labour room taleh almaklum laa hospital kerajaan. Just boleh masuk sewaktu ISTERI telah benar-benar hendak melahirkan. uhukuhukuhuk... Maka beliau diluar usahakan apa yang patut, berDOA, berZIKIR, baca QURAN dan solat SUNAT agar dipermudahkan urusan insan-insan yang beliau sayang. SYUKRAN En. zauj tercinta.

Hakikatnya diri makin lemah lagi down bila tengok jarum jam makin menginjak ke petang sedangkan diri dan kandungan tidak perkembangan yang memberansangkan, malah bukaan juga tiada KEMAJUAN. Lagi-lagi bila mendengar SPEAKING doktor bahawa diri mungkin diBEDAH sekiranya tiada BUKAAN yang sepatutnya pada waktu yang sepatutnya. DUGAAN sungguh.... mulut terus berdoa n berzikir sambil air mata meleleh tanpa henti dan jadi peneman SETIA. Tetiba datang sorang nurse yang agak VETERAN... beliau tanya-tanya nurse lain berkenaan ummi pastu dia minta izin nak seluk ummi. Ummi pun izinkan then kecohh mulut dia kecek kelate... 'hahhhh, nihh boleh nihh, boleh. Dah buka luas nihhh, skit lagi, lebih kurang 7cm dohh. Takpa-takpa... mak dia kuat semangat nihh, bolehh aihhh teran. Bolehh nihh bersalin NORMAL...' Dengar ayat dia tuhh terus berSEMANGAT... rasa dapat aura baru.

Pastu nurse tuhh ajaq bernafas dan teran... dia kata jom kita praktik slow-slow. Buat laa apa dia suh even dalam kesakitan.. mungkin dia nak ilangkan skit rasa sakit tuh. Pastu rasa sakit sangat dan nak terbeyak.. bila gitaw nurse tuhh dia cakap ok if rasa nak terbeyak, beyak jaa tapi TERAN selow-selow. hohoho. Pastu dia seluk sekali lagi, waktu nihh memang sakit sangat-sangat siap boleh rasa sampai ke jantung.. whohhh, SEKSA. Terus rasa memang betul-betul nak terbeyak... angkat kaki then terus jaa teran selow-selow. Ingatkan tadak pape tapi keadaan terus jadi KECOH, nurse sibuk panggil doktor gtaw ummi dah sampai saat nak melahirkan pastu 2-3 orang lagi nurse masuk untuk membantu. Nurse yang tadi terus bagi arahan angkat kaki n bengkokkan then tangan pegang pergelangan kaki. Pastu semua bagi arahan PUSH.... PUSH.... PUSH.... tarik hembus, tarik hembus.. Bukan MUDAH ok!! Tyme nihh nak sedut dan hembus nafas pun dah jadi tunggang langgang. Teringat en. zauj di luar tapi mulut tak terkeluar minta nurse tolong panggilkan beliau. Alih-alih nurse kelate tuhh sendiri yang teringat suh nurse lain panggilkan en. zauj yang sedang tunggu di luar masuk ke labour room secepat mungkin.

Sekelip mata en. zauj dah berada di sisi... SENYUM dapat hati bila nampak beliau. Diri terus berusaha untuk melahirkan our little caliph. En. zauj di sisi terus memberi kata semangat, membelai tangan dan mengusap kepala untuk tenangkan zaujahnya yang sedang bertarung nyawa. Dalam pada dok tarik nafas hembus, tarik nafas hembus masih lehh dengar bila nurse bagi arahan kat doktor pelatih untuk gunting sikit laluan KELUAR coz bukaan tadi masih tidak mencukupi untuk baby keluar. Mereka-mereka mengandaikan ummi tidak merasa sakit sedang hakikatnya terasa juga sedikit sakit bila mereka menggunting..... perit. Aduhh... terasa semakin lemah tapi semua di dalam labour room terus menerus memberi semangat dan bantuan pada ummi. Dan satu ketika nurse menarik tangan untuk, meletakkan di pintu laluan keluar bayi. Ummi merasa RERAMBUT halus.... owhh, sangat syahdu. Nurse nyatakan itu kepala bayi, dah hampir sangat untuk bayi keluar cuma ummi kena lebih KUAR bekerja keras terik hembus... tarik hembus... tarik hembus bersambung-sambung tanpa putus.

Ummi berusaha sedaya mungkin...... mengerah segala TENAGA yang ada tapi bukan MUDAH seperti yang kita sangka. Dalam pada sakit itu terdengar cakap-cakap mereka bahawa baby telah kuar kepala separuh dan ummi kena meneruskan usaha supaya baby tidak lemas dan tersepit di celah laluan begitu lama. Tapi ummi seperti kehabisan nafas.... terpaksa berhenti lama sebelum mengambil nafas semula dan TERANNN. Para nurse terus menggodak-godak dan menekan perut, memberi bantuan untuk baby dapat keluar dengan selamatnya. Akhirnya dengan segala tenaga yang ada ummi teran sekuat hati dan...................... terasa PANAS. Alhamdulillah lahir ke dunia dengan selamat BENIH CINTA UMMI + WALID, our little MUJAHID. 

Dalam saat itu en. zauj terus mengucup ummi, pipi kanan dan kiri juga dahi juga terasa titis air mata beliau. Ummi tidak pasti itu air mata gembira, SEKSA, lega atau apa hanya beliau sahaja yang mengetahui. SYUKRAN en. zauj kerana keberadaan di sisi anje sepanjang detik kelahiran yang mencemaskan. Sedikit PANIK bila baby tidak MENANGIS dan kebiru-biruan, beberapa minit kemudian baru terdengar tangisan si kecil itupun selepas nurse tepuk-tepuk dan masukkan air untuk bersihkan kotoran dalam mulut bayi. Sedikit KESAL kerana TEKNIK pernafasan ummi yang tidak CEMERLANG, ummi hadiah 'sanggul' buat little mujahid. Sian beliau.... tapi nurse cakap, sanggulnya lama-lama akan surut.

Apa pun ummi lega bila telah selamat melahirkan little mujahid ke dunia ini... namun proses kelahiran tidak BERHENTI setakat itu sahaja. Masa kuarkan uri, prosesnya lebih kurang sama di mana ummi perlu juga meneran tapi tidak seteruk sebelumnya, sebentar cuma dan terasa panas suam-suam yang menandakan SELESAI. Setelah itu nurse meneruskan proses JAHIT-MENJAHIT tanpa ubat bius ok. Sememangnya TERASA jarum dan benang, perit, pedih dan sakit. Namun ummi seperti sudah lali even sesekali terjerit kecil dan mengaduh SAKIT bila benang direntap agak kasar. Proses jahit-menjahit tidak begitu lama tapi ummi amik masa yang agak lama diREHATkan di dalam labour room sebelum dibenarkan keluar dan masuk ke wad. Untuk beberapa ketika baby diletakkan didada ummi.... pertama kali ummi menatap wajah si comel. Syukur yang teramat sangat melihat INDAHnya kurniaanMU YA ALLAH. Selesai saja ummi dibersihkan apa yang patut dan sedikit bertenaga, ummi dibenarkan masuk ke wad untuk bersama baby. ALHAMDULILAH....



Nantikan entry berkenaan SEMINGGU BERKAMPUNG di wad dan pengalaman breastfeeding tak seindah biasa.

3 ulasan:

Nurul Izayani berkata...

Sedih..huhu..

NK[R]S berkata...

Alhamdulillah... lega semua dah selamat.

rezyers berkata...

Sgt trharu k.uda...huhu