Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Khamis, 21 Mac 2013

SETAHUN melayari bahtera rumangtangga



Terlalu pantas masa berlari tanpa sempat kita kejari namun telah bersama kita NIKMATI, 9 Mac 2012 dan hari ini tarikh yang sama tapi tahun yang baru 9 Mac 2013, menginjak SETAHUN Baitul Muslim yang kita bina. Alhamdulillah.... perjalanan ini masih panjang zaujku (Ajib Is), moga kita berkatiNYA dan lebih bermakna lagi berseri dengan kehadiran MUJAHID SOLEHboy. Insyaallah.. amin ya rabbal amin.


ALHAMDULILLAH... masih diberi kesempatan waktu untuk nikmati kemurahanMU Ya Allah. Berkatilah pernikahan yang telah terjalin antara kami untuk setahun ini dan tahun yang mendatang. Bersama en. zauj sebelum subuh tuhh tunai solat taubat, hajat dan witir. Moga diberkati BAITUL MUSLIM kami hingga ke syurga.


KHAS buat zaujku yang juga merangkap kekasih awal dan akhirku


SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA


ZAUJku, kekasih awal dan akhirku….. Di kala kedua bibirmu bergetar melafazkan akad, Aku sudahpun meletakkan dirimu sebagai raja dihatiku, Mana mungkin kumungkiri lafaz itu kerana martabatku kau lonjakkan ke persada mulia, maruahku kau junjung ke puncak persona. Dari saat itu, jangan sesekali kau ragui cintaku kerana jiwamu adalah hidupku, nafasmu adalah nadiku, tawamu adalah kebahagian dan tangismu adalah kedukaanku. Bersama selamanya dalam susah dan senang, insyaallah.

Kami raikan Ulangtahun Perkahwinan PERTAMA dengan sederhana.  9 Mac 2013, Sabtu en. zauj bekerja makanya keesokkan harinya baru berkelapangan. Sekadar jalan-jalan dan makan di RASA MAS, Sunway Carnival. Ini kali puan zaujah yang belanja, next week giliran en. zauj. hihihi. Namun tetap syukuri kerana saat-saat bersama itu lebih indah untuk dihayati dari segala yang lain.


SYUKRAN buat en. zauj coz hadiah puan zaujah hadiah yang bermanfaat. Moga hadiah ini dapat berbakti untuk tempoh yang lama. Psstt........ kita pun dah belikan 4 hadiah untuk en. zauj dan ada lagi yang akan dibelikan kerana pencarian BELUM tamat. hihihihhi.

16 Mac 2013 berkesempatan untuk melanjutkan sambutan dengan menjalankan misi pencarian yang belum selesai dan untuk kali ini giliran en. zauj untuk belanja makan. SYUKRAN luvly zauj untuk rezeki ini: Sesi tengahari with Zhorbian Lamb & Mix Grill at Restoran Qasar Hadramawt, Bandar Perda dan sesi malam with Meatball & Macaroni Sup at Restoran Big Mug, Sg Petani. Kenyang sampai esok lusa kot... Pertama kali dalam hidup, Ajib Is cakap takpa setahun sekali ja coz puan zaujah dok berbunyi jenuhh tak larat makan.... hikhikhik.


SYUKUR.... SYUKUR..... SYUKUR...... INDAHnya rasa ini, rasa CINTA yang KAU hadirkan setelah terlafaznya ijab dan qabul. NIKMATMU tak terhitung banyaknya untukku, untuk kami. Moga aku tidak menjadi orang yang lalai dan lupa untuk mengucapkan ALHAMDULILLAH.

Tiada ulasan: