Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sabtu, 6 April 2013

Susu Cair VS Susu Pekat

 
Mungkin ada ibu-ibu yang tertanya-tanya apakah perbezaan susu ibu yang pekat dan cair. Di sini dikongsikan fakta tentang pertanyaan ibu-ibu itu.


Setiap penghasilan susu ibu mengandungi 2 peringkat iaitu "Foremilk" (susu awal) dan "Hindmilk" (susu akhir) yang mana kedua-duanya adalah penting dan diperlukan oleh setiap bayi.

1. Foremilk

Susu awal yang dihasilkan dan diterima bayi atau dalam kata lain susu yang mula mula keluar. Ia selalunya kelihatan kebiruan seperti air biasa dan agak cair. "Foremilk" mengandungi lebih banyak air, kurang lemak dan karbohidrat yang dapat menghilangkan dahaga bagi bayi.

2. Hindmilk

Selepas beberapa minit penyusuan, bayi akan mendapat susu akhir dimana ianya kelihatan agak pekat dan lebih berkrim. Selain itu, "Hindmilk" mengandungi kalori yang tinggi, kaya dengan lemak, dan ia amat penting untuk tumbesaran bayi. "Hindmilk" boleh diibaratkan seperti makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan. Kebaikan untuk ibu pula, jika ibu mengalami puting luka (sore nipple), ianya dapat sembuh dengan cepat kerana susu ini lebih melembapkan serta dapat melegakan kesakitan pada puting susu ibu.

Kedua-duanya mempunyai fungsi tersendiri, "Foremilk" yang menghilangkan dahaga dan "Hindmilk" yang mengenyangkan.

Komposisi susu ibu seimbang dan sesuai dengan keperluan setiap bayi. Biasanya pada musim sejuk, susu ibu akan lebih pekat untuk membolehkan bayi mendapat tenaga, khasiat yang banyak serta lebih kenyang di waktu sejuk. Bila musim panas atau kering, susu ibu akan menjadi lebih cair dan mengandungi lebih banyak air untuk menghilangkan dahaga dan mencegah dehidratan semasa cuaca panas.

Jadi, untuk membolehkan bayi mendapat khasiat seimbang, ibu-ibu boleh menyusukan bayi sekurang-kurangnya 15 – 20 minit bagi sebelah breast sebelum menukarkan ke sebelah lagi breast. Sebaik-baiknya teruskan sehingga breast terasa kosong. Jika breast di sebelah (yang bayi tidak menyusu) terasa berat dan penuh, ibu boleh mengepam sambil menyusu untuk membuat stok EBM.

Tiada ulasan: