T E L I T I ?
M E M I L I H ??
C E R E W E T ???
Jenuh juga yea memilih baju untuk majlis nikah dan perkahwinan. Berbulan-bulan pencarian, berpuluh-puluh kedai diterjah, berhelai-helai baju dicuba, dari pulau hingga ke seberang.... saat akhir baru TETAPkan hati mana satu pilihan QALBU.
Nihh tester jea... bukan busana dan warna yang TEPAT. Insyaallah, untuk majlis nikah kami telah sepakat untuk memilih warna lembut tetapi segar putih/cream/silver iaitu warna peach lembut. Pilihan saya dan En. Tunang baek hati, just follow me. (^_^) Syukran...
Sangat hampir seperti warna busana dalam pixel ini. Comel jea. Verangan sudah.
Seterusnya untuk majlis perkahwinan, BERJAYA booking untuk majlis pihak perempuan sahaja, untuk majlis pihak lelaki MASIH dalam proses.... (^_~) Bila jumpa yang berkenan di hati, ianya siap sedia ditempah oleh individu yang lain pada tarikh yang sama. Sangat mendukacitakan. Ini PENGAJARAN kerana persediaan LAST MINUTE, dekat-dekat dengan majlis baru beringat nak serius. Pilihan adalah HAMPIR seperti pixel di bawah ini.
Dan kini masih meneruskan misi pencarian busana pengantin idaman untuk belah pihak lelaki. Perancangannya sebelum ini dengan tema purple sekali En. Tunang beralih angin memandangkan terlalu ramai rakan baik dan kenalan rapatnya mengenakan busana bewarna purple. Maka sedang membolat tekad untuk mencari busana dengan pilihan warna biru torquise or tiffany blue terang-terang seperti ini:
Pastu kalau dah tade sangat, cari kaler lain dari yang lain aci tak?? Kita buat kaler yang orang jarang-jarang buat. Ada BERANI tak En Tunang untuk pakai warna kuning DIRAJA, MEWAH tuh. (^____^)
p/s: memang HEBAT laaa kalu BELIAU setuju nak pakai tema kuning di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan