Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Isnin, 2 Januari 2012

Urusan yang belum SELESAI

Lebih kurang 2 bulan sahaja lagi akan menyingkap TADBIR HIDUP baru. Maka ramai laa sedara-mara yang bertanya sana-sini berkenaan persiapan. Hati ini sangat RISAU dan CEMAS. Bila disemak-semak, terlalu banyak yang BELUM diurus dan diselesaikan. huhuhhuhuhuhu.  ~terus rasa tak maw keja lagi, nak jadi penganggur dulu then habis majlis nanti baru nak KERJA~


Semua pakat kata 2 bulan tuhh tak lama mana dah ~diri tahu jaa tapi buat-buat kata lama lagi~ Bukan apa, tanak memeningkan kepala, cuba bertenang-tenang. Because of  YOU exam around the corner. Pas exam, insyaallah akan lebih fokus.
  • Baju untuk Majlis Nikah, Majlis (P) dan Majlis (L)
  • Tempahan jurusolek (3 majlis)
  • Tempahan kad kahwin
  • Tempahan goodies untuk tetamu 
  • Pencarian saki-baki barang hantaran (telekung, sejadah, buku-buku agama dll)
  • Tempahan katering (diuruskan oleh IBU AYAH)
  • Gubahan hantaran (D.I.Y)



Dan ini pula adalah PERKARA paling PENTING yang TIDAK boleh dilewat-lewatkan. huhuhuhu. Huru-hara HATI bila benda di bawah ini tidak selesai lagi.
  • Hadiri Kursus Kahwin (dah basi pun, awal 2009 lagi)
  • Sijil Kursus Kahwin original & salinan (DONE)
  • Ambil Borang Nikah di Pejabat Agama
  • Surat Akuan Bujang
  • Ujian HIV 
  • Borang Kebenaran Nikah (Mr. Fiancee) (DONE)
  • Salinan IC wali (Ayah) (DONE)
  • Salinan IC 2 saksi
  • Sijil nikah Mak & Ayah original & salinan (DONE)
  • Isi Borang Nikah
  • Booking Jurunikah

Ya ALLAH, ENGKAU permudahkanlah urusan KAMI. ENGKAU lancarkan segala proses menuju pembinaan BAITUL MUSLIM ini. Amin...amin... amin... ya rabbal amin.

Tiada ulasan: