Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Isnin, 3 Disember 2012

Diari Hamil (Trimester ke-3)


Bulan ke TUJUH

Bulan REZEKI juga bila Ummi dipanggil semula untuk menyambung perkhidmatan sebagai GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) bermula 4 Oktober 2012 sehingga 9 November 2012. Kurang-kurang ada juga kewangan TAMBAHAN untuk menolong-bantu Walid dalam persediaan menyambut kelahiran baby dan majlis aqiqah nanti. ALHAMDULILLAH..... Ummi gembira untuk keluarga kita. Berikut adalah hasil pemerikasan kesihatan Ummi + baby...

Hasil check up 7 bulan:
  1. Berat naik dari 76kg ke ke 80kg 
  2. Tekanan darah 100/60
  3. HB semakin ok 13.1gm
  4. Ketinggian rahim mencecah 28cm
  5. Hamil 28minggu
  6. Mengalami EDERMA di kedua-dua belah kaki (kiri lebih menyerlah kebesarannya)
  7. Denyut jantung baby 131/min (dah boleh dengar denyut jantung baby)
  8. Kedudukan baby Ceph
Kini usia kandungan Ummi memasuki 7 bulan. Ummi masih diberi kekuatan untuk mengusung tummy yang makin KELIHATAN ke Majlis Konvokesyen Ijazah Sarjana di Universiti Malaya, Kuala Lumpur bersama Walid, tok ibu dan tok ayah, turut serta Pak Long+ Mak Long dan Abg Harraz. Jenuh juga laa Ummi dan Walid cari baju yang sesuai untuk konvo bilamana badan Ummi membesar dengan jayanya dan memerlukan pakaian yang LEBIH selesa supaya baby Ummi pun selesa.... akhirnya FIRST LADY juga jadi pilihan, ala-ala dress maxi gitu. Jadi laa ADA dari tadak. kui3..

Dan bulan ini adalah bulan yang dinanti dan menGUJAkan bilaman Ummi+ Walid tak sabar nak jumpa (scan) baby dalam tummy Ummi. Ini hadiah ADVANCED+kecil Ummi untuk Ulang Tahun Kelahiran Walid  ke-26 tahun pada 29 Oktober 2012 nanti. Sebabnya sepanjang kehamilan Ummi, walid belum pernah tengok baby, Ummi yang selalu dapat tengok pun tak pernah nampak pape melalui scan 2D tuh so kali  nihh untuk pertama kalinya Ummi+Walid buat scan 3D4D untuk tengok baby dengan sejelasnya. Walid dan booked temujanji pada 3 Oktober 2012, jam 3.00 petang di Klinik Fauziah, Ampang. 



Gembira yang tak terkata bila dapat lihat WAJAH dan aksi baby dalam tummy Ummi. Ummi lehh nampak juga keTERUJAan di wajah Walid bila dapat tengok baby. Banyak muka Ummi ke Walid???? Walid lagi SUKA bila dapat tengok baby senyum bila Walid sembang-sembang ngan dia. Comell sangat... Habes jaa scan, tak henit-henti tengok gambar yang diprint-out tuh pastu tak sabar balik umah nak tengok VIDEO baby gerak-gerak. TAKJUB dengan kekuasaan Allah s.w.t. Si baby sangat-sangat tembam, tak sabar nak GOMOI pipi dia yang montok tuh. Ikut details scan, pembesaran baby adalah baik+sihat.

Siapa sangka... ingatkan panas hingga ke petang rupanya HUJAN di tengahari. Adoiiyaiiii...... dalam perjalanan balik ke Penang Ummi dah kurang sihat, asyik batuk-batuk, tekak tak selesa dan badan sedikit panas. Dalam perjalanan balik tuhh Ummi tidur jaa sebab memang tak bermaya sangat. Sampai jea rumah memang tido awal laa coz esok tuh dah nak kena lapor diri semula kat Penang Free School. Bangun pagi, badan macam OK skit, drive g kerja dan Walid pun keja gak tapi akhirnya kudrat Ummi tak cukup kuat, tengahari Ummi minta balik. Ummi demam panas, g Hospital terus Wad Kecemasan then kena masukan drip dua botol air dan dapat MC dua hari. Huhh..... Allah s.wt jea taw macamna rasa badan bila pregnant+gastrik+sakit kepala+demam. Semua nih mungkin faktor CUACA yang amat panas ketika hari konvokesyen hari tuhh pastu g jejalan Shah Alam lagi.

Dalam 7 bulan nihh Miss B Ummi sakit yang teramat sangat... tak boleh nak tahan ada masanya. Tapak kaki pun rasa mencucuk-cucuk bila Ummi jalan bebanyak jadi membuatkan hati Ummi selalu berdetik "cepatlah tamat sesi persekolahan 2012". Pinggang juga sakit bilamana duduk terllau lama. Malahan lebih kerap kencing, bila baby godek-godek terus rasa nak menitik air kencing, memang taleh tahan-tahan dah. Semestinya memasuki usia kandungan 7 bulan TIDUR tiada lagi nikmat. Ke kanan baby menendang, ke kiri juga tak selesa, telentang juga tak lelap. huhuhuhu....


Bulan ke LAPAN

Tik..... tok.... tik.... tok..... pejam celik pejam celik dah pun 8 bulan. 23 Oktober pemeriksaan Ummi+baby seperti biasa memandangkan kesihatan Ummi+ baby adalah baik. Tapi oleh kerana ketidakcekapan nurse muda di situ Ummi terpaksa dicucuk 3x untuk amik darah sahaja. Memang laa tak sakit mana tapi PEDIH juga la. 


Hasil check up 8 bulan:
  1. Berat naik dari 80kg ke ke 85kg 
  2. Tekanan darah 120/80
  3. HB semakin ok 11.6gm
  4. Ketinggian rahim mencecah 32cm
  5. Hamil 32minggu
  6. Mengalami EDERMA di kedua-dua belah kaki (kiri lebih menyerlah kebesarannya)
  7. Denyut jantung baby 144/min (dah boleh dengar denyut jantung baby)
  8. Kedudukan baby Ceph

Dalam bulan nihh Ummi sentiasa rasa panas, berpeluh-peluh bagaikan MANDI. Kalu boleh Ummi rasa nak berendam jaa 24 jam dalam tab ke, sungai ke, air terjun ke apa janji sejuk. Mandi AIS pun okehh kot. Ummi juga sedar yang Ummi agak sukat bernafas, rasa nafas tersekat jaa... dada sempat dan bernafas pun berbunyi + tidur makin kuat mengeroh. huhuhuhu.


Tahun ini menyambut Hari Raya Aidiladha di rumah mertua Nibong Tebal, jejalan skit jea tapi makannya banyak then berat naik lagi. Memang TERBAEK. Maka 7 November 2011 sekali lagi terpaksa minum air gula yang sangat sodap... Alasannya scan baby, baby macam besar seminggu dari yang sepatutnya. hohoho. Macamna pun bulan ini juga bulan yang menggembirakan bilamana TERTUNAI hasrat di hati dan IMPIAN coz dapat berMATERNITY SHOOT bersama Walid+baby in tummy. Dan bulan ini adalah bulan yang agak sibuk bilamana adik ipar bakal melangsung aqad nikahnya. Apa pun Ummi+baby masih KUAT dan bertahan untuk melalui hari-hari mendatang...


Bulan ke SEMBILAN



Begitu cepat masa berjalan..... saat menulis entry ini, kehamilan telah pun mencecah 37 minggu. Alhamdulillah masih berasa SIHAT dan KUAT even seluruh anggota badan sakit-sakit dan sengal yang teramat. Semua nihh Ummi anggap NORMAL bagi semua wanita HAMIL: lenguh pinggang, sakit-sakit badan, rasa mencucuk di Miss B dan sesekali sakit yang tidak keterlaluan di bahagian perut. Hingga ke saat ini Ummi masih belum mengalami sebarang tanda/simptom untuk bersalin. Mungkin Si Comel Ummi dan Walid nihh masih seronok menghuni di dalam tummy Ummi yang penuh dengan lelemak berkrim. hihihiihi. Perkembangan untuk pemeriksaan kesihatan Ummi dan baby untuk 9 bulan adalah seperti berikut:

Hasil check up 9 bulan:
  1. Berat naik dari 85kg ke ke 91kg 
  2. Tekanan darah 100/60
  3. HB OK 12.6gm
  4. Ketinggian rahim mencecah 37cm
  5. Hamil 36 minggu
  6. Mengalami EDERMA di kedua-dua belah kaki (kiri lebih menyerlah kebesarannya)
  7. Kedudukan baby Ceph
  8. Doktor maklumkan berat baby dah mencecah 3.4 kg (ohh maiiiiGOD, biar benar anak Ummi Walid)

Berdasarkan details SCAN untuk cukup tempoh MATANG, kesihatan Ummi dan baby BAIK, tiada sebarang masalah malah kedudukan baby juga baik, telah ke bawah dan masuk ke dalam ruang yang sepatutnya. Cuma yang dicatatkan oleh DOKTOR, Ummi mengalami kenaikan BERAT BADAN melebihi had sepatutnya iaitu hampir 25kg. (^___^)  Apa-apa pun Ummi bersyukur kerana setelah 2 kali minum air MANIS sememangnya Ummi BEBAS kencing manis, malah tiada juga darah tinggi. Moga DIA permudahkan hingga saat kelahiran.

Dalam penghujung kehamilan nih, Ummi bertambah-tambah sibuk + menyibukkan diri menolong bantu Mak Tih Si Comel yang telah SELAMAT diijabqabulkan dan bakal LETIH dengan kenduri yang akan berlangsung pada 1-2 December 2012. Cupppp..... baju Ummi dan Walid untuk kenduri Mak Tih dah siap,  sedondon lagi. Pertama kali kot taleh nak bergaya bagai, almaklum laa Ummi telah membesar dengan jayanya. Ummi just tempah kain yang dibeli buat baju ala-ala MAXI gitu dan Walid tempah baju raihan. NOT BAD actually..... takpe nanti simpan jea baju BESAR itu untuk next pregnancy.  kui...kui...kui..

Insyaallah, bermula 3-4 December 2012 akan bermula perpindahan semula ke rumah my FAMILY. Walid risau tinggalkan Ummi sensorang kat rumah tanpa pantauan sesiapa memandangkan Walid terpaksa bekerja siang malam akibat ketidakcukupan staff yang telah berhenti kerja. Ikutkan pada Ummi, boleh jea untuk tinggal bersendirian di rumah tapi kerana Ummi nak jadi isteri solehah maka Ummi ikut arahan Walid. Walid cakap mudah kalu ada pape hal bila dia kerja siang malam, Ummi taw Walid nak yang terbaik untuk Ummi dan baby. SYUKRAN Walid.... luv u so much.


1 ulasan:

fatimah berkata...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Ibu Hamil