Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Selasa, 4 Disember 2012

Pemeriksaan 38 minggu


Hari nihh CHECK UP untuk 38 minggu. Keputusan adalah seperti berikut:


  • Berat TURUN 92kg --> 90kg
  • Tekanan darah MAINTAIN 100/60
  • HB tak ambik pun
  • Ketinggian rahim mencecah 38cm
  • Mengalami EDERMA di kedua-dua belah kaki dan tangan
  • Denyut jantung baby MENURUN 107/min
  • Kedudukan baby Ceph


  • Tak pasal-pasal terus kena refer ke Hospital Balik Pulau (wad bersalin) untuk buat CTG untuk mengesan gerakan denyut jantung baby dengan lebih terperinci. Maka be'REHAT' laa dekat sana lebih kurang 30 minit juga. Tummy Ummi kena ikat keliling dengan benda alah CTG tuhh, pastu dengar laa denyut jantung baby ....gedutt...gedutt... dutt.... dutt... siap kuar jumlah gerakan dan kertas yang memplotkan graf turun-naik. Awla-awal tuhh OK, denyut berkadaran dengan baik tapi tak lama lepas tuhh macam makin turun 113 gitu. Denyut jantung baby tak konsisten. Nurse pun mula soal-jawab macam-macam:

    Ummi TAK bekpes ke?
    PENAT ke??
    Ada rasa SAKIT?
    Baby GERAK tak?

    Yang PASTI, Ummi dah bekpes sekeping roti telur pukul 7.30 pagi tadi, tak penat langsung pun coz baru ja bagun tido semula kul 10.00 pagi pastu mandi n siap-siap terus g check up. Ummi tadak rasa sakit nak bersalin pun, just sakit kat kelangkang kanan bawah rahim tuhh yang teramat sangat, nak bergerak pun rasa nak menitis airmata. Baby Ummi aktif ja bergerak-gerak malah tyme cek pakai CTG tuhh pun lehh rasa n nampak baby gerak-gerak.


    Dekat 15 minit mungkin nurse-nurse tak puas hati ngan result yang ditunjukkan maka dipakaikan Ummi dengan Nasal Cannula pastu baru denyut jantung baby macam OK balik. Makin menaikdan berkadaran dengan baik. Nurse cakap baby lapar kot.... KUAT dia makan nahh. Habes semua nihhh dekat kul 1.14 macam tuhh gak pastu nurse suh balik lue makan dll coz doktor REHAT. Ummi balik dulu, siapkan makan minum nenek kat umah, suh nenek solat, Ummi pun lunch n solat pastu gerak p hospital balik bila Walid kol cakap hospital kol walid suh Ummi segera g hospital balik jumpa doktor. Kelam-kabut Ummi dibuatnya... Naseb laa ada Pak Cik Zul even kejap ada kejap tadak macam CHIPSMORE.. hohohhoho.

    Jumpa doktor.....  hasil keseluruhan adalah GOOD, dalam pukul 2.00 ++ baby dah 10 kick, denyut jantung baby secara purata 130/min. ALHAMDULILLAH. Apa-apa pun nurse + doktor CERAMAH kalu ada tanda-tanda segera ke hospital, jangan berlengah.

    Serius hari ini PENAT sangat, terkejat sana-sini. Kuar rumah dalam 10.30 pagi, check up sampai dekat kul 11.35 pagi macam tuhhh bergegas g PPD dulu amik surat TAWARAN TEMUDUGA GSTT, then p beli laku-pauk untuk atok (perempuan) n terus ke HOSPITAL buat CTG dan habis cek semua tuhh dah Zohor pun. Siap-siap makan minum atok, pastu Ummi pun makan + solat then bergegas plak kuar rumah g hospital semula dalma pukul 2.15 petang. Habis semua dalam kul 2.26 petang tuhh balik umah sewa angkat baju di ampaian dan terus balik umah ibu ayah. Fuhhhhhhhhhh............ >>REHAT depan FB<<

    Tiada ulasan: