Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Ahad, 8 April 2012

HADIAH SEBULAN PERKAHWINAN

Insyaallah, 9hb April 2012, genap 1 bulan usia perkahwinan KAMI berdua.
ALHAMDULILLAH, KURNIAAN TERINDAH saat inai masih di jari.


?

?

?

?

?

?

?

1. Beli UPT diam-diam, tak maklumkan kat En Zauj pun. Beli kat Farmasi Balik Pulau ja otw balik dari kerja. Beli dalam hari Selasa then dok teragak-agak nak buat test ke tak. Kalu ikut hati memang tanak cek pun, nak tunggu 9hb nih BULAN MERAH ke tak. Tapi disebabkan risau dengan keadaan diri memandangkan bahagian bawah perut sakit-sakit, punggung pun sakit akibat jatuh masa bulan madu di Langkawi. huhhuhuhu. 

2. Akhirnya hari Khamis pagi-pagi sebelum mandi dan solat subuh, Cik Puan beranikan diri untuk buat test sendiri. Buat UPT dengan air kencing pertama selepas bangun tido pagi. Berdebar juga.... first tengok just naik 1 line jea, line terang yang tak memberi makna apa-apa. Sedikit kecewa... Dah tuhh terus basuh muka dan gosok gigi then nak mandi. Pastu jeling-jeling skit kat UPT tuhh, skali tengok naik line 2. Sangat-sangat tak percaya... terkejut....nak nanges... hepi.... SEMUA ada. Tapi line tuhh SAMAR sangat-sangat. Oleh yang demikan 50-50. Takot nak letak HARAPAN tinggi, takot nanti tadak pape pun. Just lehh doa jea.. sambil mandi senyum sorang-sorang dalam bilik air. Yang penting tak lupa snap gambar sebagai bukti.

3. OTW dalam keta nak g kerja, En Zauj nak tengok gambar-gambar dalam kamera. Then saja FOKUS kat gambar UPT tuhh. TERKEJUT dia tengok siap tanya sapa punya???? Boleh pulak macam tuhh. hisshhhh3... Tapi lehh tengok laaa riak WAJAH En Zauj sangat-sangat teruja+hepi. Alhamdulillah....  tertunai hasrat hati nak berikan dia ZURIAT dalam masa terdekat. Pape pun still berdoa, tanak sandar pape harapan takut kecewa if keputusan sebetulnya nanti NEGATIF. Dalam perjalanan ke opis.. En Zauj senyum jaa.... 

4. Sepanjang hari KAMI asyik SMS+CHAT sahaja. En Zauj sangat-sangat TIDAK BERPUAS HATI, cz nakkan KEPASTIAN. Petang tuhh En Zauj ajak g cek kat Klinik, nak pengesahan dari doktor. Keputusan akhir, g TESCO beli UPT skali lagi nak buat test. Maka hari JUMAAT buat test kali kedua. Berdebar yang sangat dan sekali lagi ALHAMDULILLAH, dalam kesamaran masih nampak DOUBLE LINE. Terus maklumkan kat En. Zauj. Dan sebab MASIH tetap tidak yakin petangnya amik keputusan untuk g mana-mana klinik untuk buat pengesahan.

5. After balik kerja hari Jumaat, terus gerak sama-sama dengan En Zauj g klinik buat pemeriksaan dan semakan. Lama juga tunggu nak masuk jumpa doktor dan kedua-duanya sangat tidak sabar. Jumpa jea doktor, maklumkan keadaan diri dll. Pastu doktor cakap biasanya KOMPEM 99.9% if buat UTP. Dalam masa yang sama tunjuk gambar dua ujian UTP. Dan doktor cakap tak perlu dah buat ujian UTP lagi coz memang POSITIF menunjukkan kehamilan. En Zauj SENYUM sampai telinga. Rasa macam nak peluk jaa En Zauj tyme tuhh tapi malu depan doktor maka kawal laa dulu perasaan. 


6. Mula saat tuh mula laa En Zauj dok pesan, ini tak boleh, itu tak boleh... adooiii, tekanan di situ. KELAKAR pun ada jugak.  Tapi KAMI masih diam-diam, sebab nak buat ujian kat KLINIK/HOSPITAL untuk pengesahan sebenar dan nak tunggu 9hb April bulan MERAH ke tak.  Tapi En Zauj sangat-sangat gembira maka dia nak maklumkan kat MAK, maka perlu la juga maklumkan kat IBU, AYAH dan ABAH. Malam tuhh jugak kol mereka-mereka untuk maklumkan khabar GEMBIRA nih. Sedang dalam hati SERIAU juga kot-kot angan tak kesampaian.

7. Betul cakap orang bila dapat berita kehamilan pertama akan berada dalam antara percaya dan tidak. WAJIB buat ujian berkali-kali, PASTI akan ke banyak klinik dan jumpa doktor berkali-kali untuk kepastian MUKTAMAD. Itu juga terjadi pada KAMI berdua. Maka pada 8hb April 2012 En Zauj amik keputusan untuk ke Klinik Kesihatan Bandar Bharu, Kedah kebetulan balik Nibong Tebal jumpa keluarga mertua.

8. G klinik kesihatan bersama ngan En Zauj, MAK, dik ya dan dik an. Letak KAD PENGENALAN, amik KAD klinik, p cek TEKANAN DARAH kat kawan mak, amik kad terus g MAKMAL, amik BOTOL kosong, g TANDAS untuk shushu... letak botol air kencing, tunggu ujian dari MAKMAL. Tyme cek tekanan darah, MORAL DOWN sangat coz kawan mak cakap tadak pape, tak pregnant bila tunjukkan dia gambar UTP yang sebelum nih. huhhuhuhuhu. Rasa nak nanges juga tyme g tandas sorang-sorang untuk shushu... tapi doa jea laa dalam hati moga ada REZEKI kami beroleh ZURIAT. Tunggu dalam 5 minit, then orang makmal panggil bagi borang yang siap diSAHkan keputusan then dia cakap dah boleh buat buku. Teruss macam blur-blur. APAKAH???

9.  Keluar dari bilik makmal terus cari perkataan POSITIF/NEGATIF kat kad tuhh. Skali terpandang bulatan MERAH pada perkataan POSITIF. Bergetar DADA dan TANGAN saat tuhh sampai bawak kad semula jumpa kawan mak dalam keadaan yang masih terketar-ketar.  Hati GEMBIRA dan BERSYUKUR tak terhingga atas NIKMAT yang TERINDAH ini. NIKMAT bergelar UMMI pada little caliph bagi seorang yang telah bergelar ZAUJAH. ALHAMDULILLAH.



Ya Allah ya tuhanku,peliharalah anakku selama berada dalam kandunganku. Ya Allah, lahirkanlah anakku dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah anakku, anak yang sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh dan solehah. Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A. Jadikan la anakku,anak yang dapat memberi manfaat pada agama,dirinya,keluarganya dan keturunannya.

1 ulasan:

Myvitrd berkata...

Amin... Alhamdulillah