Sejujurnya sangat KESIAN dengan dia...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Usia perkahwinan baru berusia 1 bulan 1 minggu 4 hari TAPI terpaksa berhadapan dengan situasi yang TIDAK MENYENANGKAN. Zaujah awak kesian dengan awak tapi zaujah awak tak dapat nak elak kejadian TUHAN (Allah). uhukk...uhukkkk.... Kesian dengan zauj sebab:
Terpaksa/Perlu bancuh SUSU pagi dan malam untuk zaujah.Terpaksa/Perlu terima MALAS zaujah.Terpaksa/Perlu hadap moody zaujah yang tak menentu.Terpaksa/Perlu dengar rungutan zaujah yang macam-macam.Terpaksa/Perlu layan +++ kemanjaan dan kemengadaan zaujah yang bersangatan.Terpaksa/Perlu turut selera zaujah yang mengidam.Terpaksa/Perlu pastikan zaujah makan vitamin/supliment sebaiknya.Terpaksa/Perlu beri perhatian yang lebih pada zaujah.Terpaksa/Perlu jaga sakit, pening, loya, deman, tak sihat badan zaujah.
MAAF En. Zauj....
Dalam masa-masa yang wajar untuk membina kemesraan, perhatian dan kasih-sayang antara KITA, Puan Zaujah dikesan sebagai PEMBAWA MAKHLUK TUHAN lalu hari yang mendatang tidak mengizinkan Puan Zaujah untuk beraksi dengan baik sebagai seorang isteri. Jelas.... keadaan/situasi ini tidak langsung diminta tapi ianya adalah ujian/dugaan untuk menyedarkan KITA tentang kesusahan ibu/mak semasa mengandung. Syukur kerana menjadikan kita INSAF akan kejadian Allah. Juga untuk mengingatkan kita bahawa di dalam rahim 'ini' bersemadi AMANAH yang berat untuk ditanggung kelak setelah ia lahir. Ujian ini hanya sekelumit kecil untuk KITA rasa wahai En. Zauj. Puan zaujah berharap dan berDOA semoga En Zauj cukup kuat dan sabar menghadapi tempoh-tempoh ketidak stabilan ini. Moga ia berlalu dengan pantas dan menjadi kenangan 'manis' buat KITA yang bakal bergelar UMMI dan WALID.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan