Kejadian pada 27hb Mac 2012 (Selasa) sehari sebelum memulakan percutian BULAN MADU. Sangat-sangat TRAGIS, apatah lagi di saat-saat nak bergembira. Jujurnya ROBEK+CARIK hati nih. Puas jaga…. pedomm bawa skali tak semena-mena atas kecuaian sendiri dan budget yang tak lepas maka dengan ini PUAN NISA telah mencederakan PKM 9312, HADIAH BERKAHWIN yang amat dihargai. Uhuuhukkk…. Memang MENANGIS laa…. Tak dapat nak MAAFkan diri sendiri even benda dah berlaku dan tak disengajakan..
Selepas kejadian
di USM…. Terus jea kol En Zauj maklumkan hal tersebut. Dan seperti selalu En
Zauj tenang sahaja, tapi Cik Zaujahnya tetap kusut dan runsing coz kecederaan
adalah SERIUS. Sepanjang hari langsung
tidak dapat menumpukan perhatian di tempat kerja. Rasa sangat-sangat BERSALAH…
En Zauj, maafkan anje coz tak menjaga amanah bie sebaiknya ~~~ sambil laju jaa
air mata dko turun. Pujuk En Zauj tetap tak jalan even En Zauj cakap takpe
benda dah jadi… janji zaujah dia selamat dan kecederaan pastinya boleh diRAWAT
tapi………… HATI nih tak mampu dirawat setiap kali tengok/pandang kecederaan PKM
9312.
Last-last malam
tuh, masa dalam perjalanan menjemput abah dan adik an dan nak bertolak ke
JITRA, Puan Nisa kalah jugak ngan perasaan bila air mata yang cuba ditahan
depan En Zauj gugur melimpah-limpah, BANJIR. Kejadian ini agak memadamkan mood
ceria untuk berbulan madu. Syukur ada En Zauj yang mahu berlapang dada… sekali
lagi, maafkan anje yea bie. Anje langsung tak berniat nak cederakan PKM9312. Dah
salah anje, anje la yang akan bertanggungjawab untuk RAWAT kecederaan PKM9312
tuhh. Huhuhuhhu. ~~maka larikk laa budget bulan ini.
SEKARANG
PKM9312 dalam proses RAWATAN untuk memulihkan kecederaan yang agak PARAH.
Moga-moga kecederaan tersebut dapat pulih sepenuhnya kalu tidak menanggung rasa
bersalah sepanjang usia. Uhuhuhuhuhu. Tak BEST rasa bila dah buat SALAH pada
orang even En Zauj sendiri. Dah laaa SEDIHH kena marah ngan ibu dan ayah. Huhuhuhu. Mood masih STRESS+SEDIH dengan kejadian tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan