Sampai ke hari ini 'ramai' individu, kenalan, sahabat, saudara-mara yang bertanya-tanya:
1. Dah ada isi ke??
2. Bila nak ada baby sendiri?
3. Pregnant dah ka??
4. Tanak bertiga plak ke??
5. Etc....
Soalan biasa untuk 'individu' yang baru berkahwin dalam tempoh sebulan ke 10 bulan kebiasaannya. Setiap WANITA pastinya menginginkan ANAK untuk menjadi penyambung ZURIAT kepada diri dan suaminya. Namun REZEKI setiap orang TIDAK kita tahu. Ayuh terus berdoa untuk semua pasangan agar dikurniakan zuriat penyambung keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
Bukan niat untuk ber'AKSI' artis tapi perkhabaran gembira ini buat sementara waktu hanya dikongsi oleh insan-insan terdekat dan teristimewa. Dan catatan di blog ini adalah sulit, hanya individu tertentu sahaja yang mengetahui kewujudan blog ini. Ini kerana masih terlalu awal untuk diMAKLUMkan pada ramai orang. TIADA niat untuk menyembunyikan khabar gembira namun perlu berjaga-jaga dan berhati-hati... perjalanan ini masih panjang, little caliph baru sahaja sedang tumbuh dan berkembang, dan perlukan rahmat dan kasih sayangNYA untuk memastikan LITTLE CALIPH terus develop hingga ke saat ia lahir ke dunia.
Sementara, memang ramai yang menasihati sebelum ini, andaikata mengandung..... setelah kandungan berusia 3 bulan dan ke atas barulah seeloknya dikongsi bersama yang lain. Ini kerana RAMAI yang yakin bahawa 2nd trimester adalah tahap yang agak STABIL. Dan sememangnya niat di hati insyaallah, cukup kandungan 3 bulan pastinya diri akan berKONGSI rasa ini dengan indvidu-individu yang lain. BUKAN niat bermegah. takjub, riak namun sekadar mengutip doa dari insan lain untuk little caliph yang akan terus membesar dalam tummy ummi untuk tempoh 9 bulan 10 hari.
Little caliph..... ummi bersyukur dengan kehadiranmu sayang. Kurnian TERINDAH dariNYA buat ummi kerana DIA memberi ummi peluang mengandungkan dan insyaallah lahirkan zuriat buat walid. Ummi bahagia dan gembira untuk melihat tumbesaran little caliph dalam tummy ummi. Cepat membesar yeaa sayanggg ummi. Luv u sayangg.. Ummi doakan little caliph jadi anak yang soleh/ah, hafiz/ah, mujahid/ah agama. Impian ummi dan walid. Amin ya rabbal amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan