Tetamu Kehormat

CINTA HALAL

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati UMMI & WALID

Lilypie First Birthday tickers

Our Second Baby

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sabtu, 7 April 2012

Tanda Tanda Awal Kehamilan



Semakan untuk mengenal pasti kehamilan awal. Rujukan khas dari Baby Center. Apa yang telah dan sedang ANDA rasa??


1. KEMBUNG PERUT DAN KERAPKALI RASA LAPAR - juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

è Seyes perut rasa kembung, ANGIN jaa satu badan. Asyik errkk…errkkk… BELAHAK jaa sepanjang hari kecuali tyme tido. Sangat-sangat rasa lapar, baru jaa makan tapi nanti rasa lapar balik siap perut berbunyi krekkk krukk lagi even dah makan ikut tyme tanpa skip makan. Huhuuuhu. Sedangkan sebelum kalu makan ke tak makan ke tak kisah sangat.

2. DERIA BAU LEBIH SENSITIF - sesetengah bau anda akan merasa sedap untuk dihidu, manakala sesetengah bau meloyakan.

3. PENING KEPALA, RASA LOYA DAN MUNTAH - Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung.

4. Kerap membuang air kecil - Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

è Sebelum nih akan kerap kencing bila minum air banyak dalam sehari so sangat laa MALAS minum air masak sampai kulit kering. SEKARANG ini tanpa minum air dalam kuantiti yang banyak pun still kerap kencing. Malam jea memang asyik berulang ke tandas la.

5. CEPAT PENAT DAN MERASA TIDAK BERMAYA - Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

è Yang taw rasa sangat-sangat MALAS. Huhuhuhu. Pie soping pun rasa macam tak larat nak jalan padahal I adalah ratu berWINDOW SOPING.

6. SAKIT DAN TEGANG BUAH DADA - Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

è Miss B sangat sensitive sekarang ini even tanpa ransangan dan ada rasa denyutan yang sedikit SAKIT.
    
7. PERUBAHAN PADA WARNA DI SEKELILING PAYUDARA - Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

8. PENDARAHAN IMPLANTASI & SENAK PADA ARI-ARI - Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama

9. SUHU ASAS BADAN TINGGI BERPANJANGAN - Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

è Pelik dan sangat pelik coz akhir-akhir nih asyik panas jaa badan padahal hakikat kejadiannya aku individu yang tidak tahan kesejukan, even berLEMAK banyak tapi tidak mampu menjadi penebat haba. Huhuhuhu. Econ skit pun dah tak tahan tapi sekarang nihh tido malam memang campak jauh-jauh jaa comforter, seyes panas badan nih.

10. MISSED PERIOD - Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

è Belum lagi, another 2 day baru period. Period memang stabil dan tetap la jadi andaikata terlewat tuhh memang COMFIRM sangat la. Makanya dok menunggu 9hb April 2012. Kalu tak mai ALHAMDULILLAH, kompem ‘berisi’ JUARA.

11. UJIAN AIR KENCING YANG POSITIF - Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.

è 5 hari lagi sebelum tarikh sebenar period ada buat test curik3+diam3 dari pengetahuan zauj. Hihihihi. Bukan pulun sangat tapi disebabkan terasa sakit-sakit kat bahagian bawah maka mencuba laa even tak letak harapan pun. Terkejut coz double line tapi sangat-sangat SAMAR. Confuse sebab was-was dan benda belum kompem. Then buat test kedua setelah maklumkan kat zauj… zauj teruja sangat. Boleh tengok dalam riak wajah dan mata dia.. Luv u bie. (^__^)  Kali kedua still sama, naik laa double line even sangat-sangat samar.

12. BOYOT DALAM MASA 9 BULAN – Kompem dah menurut kata Doc kt Klinik Murni coz kami dua masih yakin tak yakin (50-50)

3 ulasan:

Mummy Chenta berkata...

tahniah,,,semoga kedua ibu and baby sihat sehingga melahirkan.. suka dengar orang pregnant.

syarina berkata...

Camna sakit kt bahagian bawah tu erk?

Unknown berkata...

Mcm mana ek..sebelum ni saya mengalami haid yg tareatur...semalam saya period 8 hari awal dr tarikh sebenar....saya tak pernah mengalami perkara begini....