Semakan untuk mengenal pasti
kehamilan awal. Rujukan khas dari Baby Center. Apa yang telah dan sedang ANDA
rasa??
1. KEMBUNG PERUT DAN
KERAPKALI RASA LAPAR - juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi
lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada
tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang
lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
è
Seyes perut rasa kembung, ANGIN jaa satu badan. Asyik errkk…errkkk…
BELAHAK jaa sepanjang hari kecuali tyme tido. Sangat-sangat rasa lapar, baru
jaa makan tapi nanti rasa lapar balik siap perut berbunyi krekkk krukk lagi
even dah makan ikut tyme tanpa skip makan. Huhuuuhu. Sedangkan sebelum kalu
makan ke tak makan ke tak kisah sangat.
2. DERIA BAU LEBIH SENSITIF -
sesetengah bau anda akan merasa sedap untuk dihidu, manakala sesetengah bau
meloyakan.
3. PENING KEPALA, RASA LOYA DAN MUNTAH - Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak
akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita
akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas
beberapa hari mengandung.
4. Kerap membuang air kecil -
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula
menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
è
Sebelum nih akan kerap kencing bila minum air banyak dalam
sehari so sangat laa MALAS minum air masak sampai kulit kering. SEKARANG ini
tanpa minum air dalam kuantiti yang banyak pun still kerap kencing. Malam jea
memang asyik berulang ke tandas la.
5. CEPAT PENAT DAN MERASA TIDAK BERMAYA - Rasa
seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal
kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak
bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
è
Yang taw rasa sangat-sangat MALAS. Huhuhuhu. Pie soping pun
rasa macam tak larat nak jalan padahal I adalah ratu berWINDOW SOPING.
6. SAKIT DAN TEGANG BUAH DADA -
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada
sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda
sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini,
kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
è
Miss B sangat sensitive sekarang ini even tanpa ransangan dan
ada rasa denyutan yang sedikit SAKIT.
7. PERUBAHAN PADA WARNA DI SEKELILING PAYUDARA -
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah
pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan
oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan
kandungan yang terdahulu.
8. PENDARAHAN IMPLANTASI & SENAK PADA ARI-ARI - Lebih
kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan
dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin
mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang
haid hari pertama
9. SUHU ASAS BADAN TINGGI BERPANJANGAN - Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
è
Pelik dan sangat pelik coz akhir-akhir nih asyik panas jaa
badan padahal hakikat kejadiannya aku individu yang tidak tahan kesejukan, even
berLEMAK banyak tapi tidak mampu menjadi penebat haba. Huhuhuhu. Econ skit pun dah
tak tahan tapi sekarang nihh tido malam memang campak jauh-jauh jaa comforter,
seyes panas badan nih.
10. MISSED PERIOD - Sekiranya haid
anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah
masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
è
Belum lagi, another 2 day baru period. Period memang stabil
dan tetap la jadi andaikata terlewat tuhh memang COMFIRM sangat la. Makanya dok
menunggu 9hb April 2012. Kalu tak mai ALHAMDULILLAH, kompem ‘berisi’ JUARA.
11. UJIAN AIR KENCING YANG POSITIF -
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada
ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor
untuk kepastian.
è
5 hari lagi sebelum tarikh sebenar period ada buat test
curik3+diam3 dari pengetahuan zauj. Hihihihi. Bukan pulun sangat tapi
disebabkan terasa sakit-sakit kat bahagian bawah maka mencuba laa even tak
letak harapan pun. Terkejut coz double line tapi sangat-sangat SAMAR. Confuse
sebab was-was dan benda belum kompem. Then buat test kedua setelah maklumkan
kat zauj… zauj teruja sangat. Boleh tengok dalam riak wajah dan mata dia.. Luv
u bie. (^__^) Kali kedua still sama,
naik laa double line even sangat-sangat samar.
12. BOYOT DALAM MASA 9
BULAN – Kompem dah menurut kata Doc kt Klinik Murni coz kami dua masih yakin
tak yakin (50-50)
3 ulasan:
tahniah,,,semoga kedua ibu and baby sihat sehingga melahirkan.. suka dengar orang pregnant.
Camna sakit kt bahagian bawah tu erk?
Mcm mana ek..sebelum ni saya mengalami haid yg tareatur...semalam saya period 8 hari awal dr tarikh sebenar....saya tak pernah mengalami perkara begini....
Catat Ulasan