Bulan PerTAMA
Mengalami sakit dan ngilu di bahagian ari-ari yang berkeMUNGKINan akibat jatuh terduduk di Jeti Pulau Dayang Bunting. Sakit Allah sahaja yang tahu.... Ada juga bibit-bibit kerisauan andaikata diberi 'rezeki' awal even masih terlalu awal di mana usia perkahwinan baru memasuki 3 minggu. Ikutkan perkiraan lebih kurang 5-6 hari lagi akan didatangi bulan 'wajib' wanita. Niat hati mahu melakukan ujian UTP sdn. bhd. tetapi en. zauj suruh tunggu dan sabar sampai tempoh haid sebenar, andaikata haid tidak kunjung tiba baru akan buat ujian UTP dan buat pengesahan di klinik (alasan en. zauj haid regular so tak susah nak detect pregnant atau tak).
Tapi kan.... kannn...... memang DASAR wanita kot, tak tahan daulat sebabnya sakit kat ari-ari makin mencucuk dan breast sangat sakit yang menambah kerisauan saban hari. ADA ke tidak... kalu ada macamna if dah jatuh hari tuh, kalu tadak plak macamnan??? Maka diam-diam, saya pun membeli UTP di farmasi dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Tapi terperap 2 hari juga alat tuhh dalam handbag kerana takut-takut nak buat ujian. Sambil-sambil tuhh kalut juga cari-cari info kat google berkenaan ujian UPT sebelum miss period.
Akhirnyaa NEKAD, 5 April 2012 saya membuat UPT pertama kalinya di awal pagi sebaik sahaja bangun untuk solat subuh. Sangat-sangat mendebarkan dan penuh harapan MUNGKIN. Dalam masa 5 minit kelihatan line kedua yang SANGAT SAMAR. Apakah?? Keesokan harinya saya buat ujian kali kedua dan masih ada DOUBLE LINE yang samar. Hati berbisik girang andaikata IAnya benar. Untuk kedua-dua hari nihh siap sempat snap picture UPT tuhh sebagai bukti nak tunjuk kat en. zauj. Pikir punya pikir macamna nak maklumkan kat en. zauj memandang beliau awal-awal lagi tak bagi buat UPT. hihihihihi.
[ Percubaan dua kali dengan gigihnya ]
Maka dalam kereta semasa on the way bersama ke tempat kerja bagi kat en. zauj kamera, kebetulan beliau nak tengok gambar beliau dalam tuhh tapi saya lebih CERDIK terus setkan kat kamera tuhh gambar UPT berDOUBLE LINE dengan harapan beliau faham. Mula-mula en. zauj agak blur..... ohhohohho pastu dia tanya nih sapa punya?? Sentapp........ terus jawab "NTAH. sapa punyan ntah saja p tangkap gambar masuk dalam kamera tuhh". Pastu beliau dah macam faham.... betul ke nihh?? Saya just lehh jawab tak pasti, kita berdoa jaa dan tunggu 9hb samada datang sahabat karib (Si Merah) ataupun tidak. Beliau SENYUM yang membuatkan hati saya lebih-lebih berbunga riang. Hope ini bukan harapan PALSU. Dan petangnya beliau bawa saya ke klinik untuk buat pemeriksaan memandangkan zaujah asyik mengadu makin kerap sakit di bahagian ari-ari. Keputusannya POSITIF tapi KAMI masih 50%-50% sebab rasa macam awal yang tersangat, usia perkahwinan baru cecah nak cecah sebulan.
8 April 2012 balik Nibong Tebal, beliau dan sibuk-sibuk suh makan segala bagai ubat yang doktor bekalkan sampai mak mertua dan adik-adik ipar pun jadi pelik dan tertanya-tanya???? Esoknya 9 April 2012 KAMI sama-sama bersetuju dan membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan untuk pengesahan yang sebenar-benarnya bersama dengan mak dan adik-adik ipar. Masing-masing menanti penuh HARAPAN. Mula tuhh md dah macam swing sebab nurse veteran (kawan mak) cakap kata nihh belum pregnant lagi mungkin horman jea bila tunjuk gambar UPT. Muka pun dah kelat dan time gie shushu pun dah macam down sangat+tak berperasaan. Tapi pasrah gak laa, tunggu dalam 15 minit, dok nampak dari jauh nurse dok buat ujian 3 kali untuk memastikan pemeriksaan adalah tepat. Tak lama lepas tuhh. dipanggil dan nurse bagi kad yang mencatatkan keputusan pemeriksaan. Mula-mula tanak tengok.... pastu pandang jugak laa kat kad tu sambil cari-cari kat mana keputusan dia then terus terpandang yang di'bulat'kan adalah POSITIF. ALHAMDULILLAH.... diSAHkan benar sebagai pembawa makhluk Allah s.w.t. Saya happy, en. zauj pun suka macam tuhh laa jugak mak dan adik-adik ipar. Insyaallah cucu SULONG untuk family mak dan abah sementara cucu kedua untuk ibu dan ayah sekeluarga.
Bulan keDUA
Mungkin orang cakap macam tergesa-gesa coz awal-awal dah buat KAD MERAH tapi KAMI sekadar mengikut saranan doktor untuk mengelakkan kemungkinan yang tidak dijangka daripada awal (nauzubillah). Disahkan HAMIL 5 minggu... Kehadiran 'ANUGERAH' terindah dalam my tummy masih menjadi rahsia , cuma dimaklumkan kepada kedua ibubapa dan adik-beradik kerana masih terlalu awal dan tidak mahu terlalu berlebihan. Niat di hati pun apabila melepasi 1 trimester yang mencabar baru akan berkongsi 'rasa' dengan orang lain kerana kita tak mampu menjangkakan kemungkinan yang mendatang.
[ihsan dari Pak Cik Google juga]
Check up kali PERTAMA:
- Berat 65.6 kg
- Tekanan darah 110/70
- Disahkan 5 minggu usia kandungan
Bulan yang agak menduga even tidak menghadapi morning sickness apabila dilanda GASTRIK yang sangat teruk. Kesakitan di bahagian Miss B makin menjadi-jadi dan dilanda kemalasan yang amat. Sementara rasa ngilu di bahagian ari-ari makin berkurangan, doktor maklumkan keadaan tersebut disebabkan penempelan sedang berlaku di dinding rahim. Bersyukur sangat kerana 'kemalangan' yang tidak disengajakan semasa di Langkawi tidak memberi kesan negatif kepada kehamilan.
Bulan ini juga dilanda EMOSI yang tidak terkawal, kesian sangat dengan en. zauj yang sememangnya kena BANYAK bersabar. Pantang silap sikit, salah cakap pasti moody. Airmata pada bulan-bulan ini sangat MURAH, senang jea nak mengalir. Pelik pun ada bila memikirkan balik sebabnya saya stok SUSAH nanges+hati keras. Selain itu saya sangat perasan bahawa saya cepat lapar dan sangat kuat makan, mulut asyik nak makan ja even baru jaa makan 10-15 minit yang lalu.
Antara tanda yang mula kelihatan pada diri pemegang status pregnancy woman:
- Ngilu di bahagian Miss V
- Rasa tegang dan sakit Miss B
- Badan asyik berangin dan kerap dilanda gastrik
- Cepat lapar dan kuat makan
- Malas yang teramat
Rasa gerun andaikata BERAT naik berkilo-kilo. huhuhuhuhu. Tapi beliau asyik suruh saya makan, katanya untuk baby + makan dua orang. Nanti saya gemok + tak cantik JANGAN tak sayang pulak k. Hasil check up kali KEDUA:
- Berat naik ke 66.5kg
- Tekanan darah 90/60
- HB adalah snormal 11.2gm
- Ketinggian rahim 9 cm.
- Hamil 9 minggu
Bulan keTIGA
Bulan ketiga makin kerap dilanda gastrik, sememangnya sangat tak tertahan sakitnya. Lemah satu badan dan mampu terbaring sahaja. Terpaksa rujuk doktor memandangkan hamil dan tidak boleh mengambil ubatan sebarangan. Si Comel 'baru' sangat dan tengah develop makanya harus berhati-hati dan lebih teliti dalam setiap perkara. Berlaku pertambahan simptom wanita hamil seperti berikut:
- Tidur yang tidak nyenyak
- Lebih kerap kencing dari kebiasaan
- Selalu sahaja pening dan sakit kepala
Mula minum susu untuk berikan Si Comel kalsium secukupnya yang diperlukan olehnya, Dan pilihan susu IBU pertama adalah Anmum Materna. Waktu-waktu ini sememangnya dipantau secara EXCLUSIF oleh en. zauj dari segala aspek samada makan, minum, ubat-ubatan, vitamin, pergerakan dan lain-lain. Walidnya nak OUR LITTLE CALIPH membesar dengan sihat, cerdas, kuat dan shomel. (^_^) Alhamdulillah kerana dalam soal minum susu saya TIDAK alah. Cuma bab makan ubat (vitamin) sahaja sedikit malas. Andaikata tidak diingatkan oleh beliau maka saya pun diam aje la.
Dugaan paling TERUK semasa usia kandungan memasuki 3 bulan adalah dilanda demam yang berlarutan hampir 2 minggu, sakit kepala ditambah pula dengan pembengkakan TONSIL beserta nanah penuh di sekeliling kedua-dua belah tonsil dan juga ulser yang membiak dengan jayanya di sekitar lelangit dan gusi. Saat nihh langsung tak mampu nak buat kerja, hampir semua kerja beliau amik alih. Syukran En. Zauj.... beliau faham saya 'bawa' anak beliau.
Pada saat dan ketika ini hanya dapat makan benda yang berbentuk cecair itupan terSEKSA yang teramat sangat. Even teguk, hirup atau sedut air adalah sangat-sangat sakit. Saya cuba memaksa diri untuk makan memikirkan Si Comel dalam tummy memerlukan makan untuk tumbesaran sekalipun menitis airmata melawan rasa perit yang tak tertanggung. Makan UTAMA ketika ini hanya bubur nasi dan kentang lenyek. Maka hasil check up sangat-sangat tidak memberangsangkan.
Check up kali KETIGA:
Dugaan paling TERUK semasa usia kandungan memasuki 3 bulan adalah dilanda demam yang berlarutan hampir 2 minggu, sakit kepala ditambah pula dengan pembengkakan TONSIL beserta nanah penuh di sekeliling kedua-dua belah tonsil dan juga ulser yang membiak dengan jayanya di sekitar lelangit dan gusi. Saat nihh langsung tak mampu nak buat kerja, hampir semua kerja beliau amik alih. Syukran En. Zauj.... beliau faham saya 'bawa' anak beliau.
Pada saat dan ketika ini hanya dapat makan benda yang berbentuk cecair itupan terSEKSA yang teramat sangat. Even teguk, hirup atau sedut air adalah sangat-sangat sakit. Saya cuba memaksa diri untuk makan memikirkan Si Comel dalam tummy memerlukan makan untuk tumbesaran sekalipun menitis airmata melawan rasa perit yang tak tertanggung. Makan UTAMA ketika ini hanya bubur nasi dan kentang lenyek. Maka hasil check up sangat-sangat tidak memberangsangkan.
Check up kali KETIGA:
- Berat turun dari 66.5 kg ke 66kg
- Tekanan darah 90/60 ---> 100/60
- HB adalah sangat turun dari normal 11.2gm ke 9.9gm.
- Hamil 13 minggu setengah
Entry lama... boleh rujuk sini UMMI to be (1)
2 ulasan:
Maaf ye..nk btlkn kesalahan ejaan..bukan UTP tpi UPT (Urine Pregnancy Test)..
Diari hamil. Rajin awak update.. nanti lama2 boleh tunjuk kat anak. Awal2 kehamilan biasalah... loya2 muntah. Mujur saya peppermjnt ginger dgn esp shaklee. Babyak membantu kurangkan alahan diawal kehamilan.. kalo dak, dok pitam je..
Catat Ulasan