Dengan anggaran sendiri dan belum pasti berkemungkinan kandungan dalam lingkungan 3 minggu lebih mendekati ke 4 minggu. Insyaallah, 16hb April 2012 baru akan membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Air Putih (berdekatan rumah) bagi memudahkan segala urusan yang mendatang. Mengikut perancangan sedemikian rupa... En Zauj kerja petang dan Puan Zaujah bakalan MC untuk urusan little caliph. (^_^) Hope everything will be fine..
Rutin harian apabila bergelar UMMI to be selepas disahkan di Klinik Murni (swasta) adalah menelan ASID FOLIC sebiji sehari menurut nasihat doktor. Baru nak habis sepapan.. maksudnya hampir seminggu lebih sudah mengetahui diri hamil. Rasa yang INDAH tak tergambar dengan kata-kata.
Dalam masa yang sama dapat 2 paket sample susu untuk ibu hamil. Doktor bagi untuk cuba, so dapat merasa Friso Mun Gold. Naseb jenama minum SUSU so tadak masalah untuk minum susu setiap hari apatah untuk kesihatan dan perkembangan little caliph dalam tummy ummi nih. 2 hari berturut, WALID yang baik hati sedia bancuhkan susu untuk ummi. Syukran walid.. Sedap susu friso mun gold, even tak letak gula masih rasa manis berlemak... suka jea untuk diminum sepanjang 8 bulan yang mendatang..
Survey punya survey akhirnya mengalah amik ANMUM MATERNA (coklat) jugak dengan harga yang agak mampu milik even En Zauj a.k.a WALID to be cakap nak makan/minum tayah nak berkira sangat tapi kena laa jugak berjimat memandangkan akan menambah bilangan keluarga. Friso mum gold dekat 40+ maka sangat TIDAK mampu. Maka bermula Rabu, En Zauj akan pastikan Puan Zaujah minum sus Anmum pagi (sarapan) dan malam (sebelum tido). Syukran my luvly hubby babyy..
3 ulasan:
Bagus2 kena rajin minum susu... Dulu kak long pun minum anmum... Tu pon kena paksa... Acid folic wajib makan jgn misss... Semoga semuanya sihat2
TQ abg long... insyaallah minum punya. Naseb tak jns TENSION mcm kak long tyme minum susu. hihihih. Doakn yea..
Catat Ulasan